Program Pecutan Maksimum SPM



Peringatan! Entry ini agak panjang. Jika rasa diri cepat bosan, dinasihatkan
janganlah baca ok.

PROGRAM: Pecutan Maksimum SPM @ PMR
TEMPAT: Masjid Negara, Kuala Lumpur
MASA: 8.30pagi-10.30malam/ Sabtu 17 September 2011
ANJURAN: SNB Kasih Training & Consultancy
bersama krew Semanis Kurma.



























Assalamualaikum kum kum. Ada orang tak? Ada orang tak? Saya nak masuk ni tuan rumah ehem.
Haha *Ain buat buat kiut* Awakkkkkkkkkkkkkkkkk! Semalam en en en kita ada program bertempat
di Masjid Negara tau wak. Awak tahu tak kita memang first time first meet ke Masjid Negara ni tau.
Jadi bila dah baru pertama kali sampai disitu, kita jadi kita jadi macam apa ye? Annoying gila kot.
Jadi macam wow masjid negeri dekat Kuantan tak besar bapak cemnik pun, *esaited sambil sengih*

Ok ni introduction dia hikhik yang diatas ni sajo joooo nak menggedik. Watlek aje.
Saya ke Kuala Lumpur bersama dengan mak kawan saya berserta kakaknya dan
semestilah dengan kawan saya sekali itu. Suhaibah yang comel kiut miut itu ewah
kembang hidung dia jakgi. Nanti kita tunjuk gambar dia. Wait yaa.
Kami bertolak pukul 6.30petang hari Jumaat tu. Wow! *bertolak malam buat aku seram ni*
Umi hantar saya dekat rumah Sue area pukul 4 something cemtu ah. 
Umi ingat nak meet lah mak kepada Sue tu dulu tapi tapi mak dia wanita berkerjaya meeting bagai
so hantar cemtu aje lah. Tak dapek den nak nolong hikhikhik. 
Lepastu lepastu bertolak lah kami ke KL tu. Jalan highway malam malam agak menyeramkan,
nak pulak kakak Sue tu bawak kereta sapsapsoi aje. Laju kemain.
Umi texting, "Dalam kereta tu berzikir sikit..." then im reply, "Ok umi tersayang!"
Sepanjang perjalanan saya asyek nak tido ajooo. Taktahu kenapa haih rasa macam
tertelan ubat tido woo woo. Masuk area Genting Sempah then masuk dalam terowong tu,

*tibatiba*

"Sue, rasa tak telinga Sue berdengung. Telinga Ain berdengung lah haih kenapa entah..."
"Hm memang area sini macamtu. Telinga Sue pun berdengung juga ni aduh..."
"Rasa seperti disumbat sumbat..."

Masuk plaza tol Gombak fiuuu fiuuuu rasa lega sikit lah en nak sampai dah.
Waktu tu dah pukul 11 something cemtu. Stay dekat rumah mak sedara Sue
dekat Kepong dekat Intan Baiduri. Pewitttttt! Flat dekat situ cun cun woo woooo.
Tapi apa yang tak cun nya, perangai budak budak yang stay dekat flat ni tak cun pun sebenarnya.
Perangai hudoh. Kalau duduk rumah cemnik macam macam dah saya dengar fuh takut!
Untung rumah saya rumah teres haha selamat doo.
Dah sampai tu, salam salam ehem saya segan sikit kalau dekat rumah orang ni hmm
lepak dengan Sue dalam bilik setengah jam borak borak aduh tak tahan dah tak tahan dah
lalu saya menghempaskan tubuh saya dikatil itu. Alahai nikmatnya bila dapat tidur!
Saya tidur dengan nyenyak sekali tanpa ada sebarang gangguan. *sebelah ada tingkap takutnya aku!*
Keesokan pagi nya kena bangun awal sangat-sangat-sangat. Program tu daftar pukul 8.30pagi.

Tepat pukul 6.30pagi saya mengejutkan diri saya sendiri dari mimpi yang indah hikhikhik
dak errrr dapat mimpi dengan dia semalam ehem ok lepastu saya ambik baju kurung
raya saya tahun ni yang comel comel itu dalam beg. Saya geledah geledah akhirnya terjumpa! haha
Konon aje tu alah nak gramatiskan ayat sikit pun tak boleh kah? Ok fine saya terima :'(
Sue pun suruh saya pergi mandi dulu ehem perlu ke cerita? sementara dia pergi gosok baju
kurung saya yang berkedut seribu itu aduh tak cun ah cemnik.
Then, lepas mandi wangi wangi saya pun teruskan penyiapan diri saya.
Lepastu lepastu saya pakai baju kurung ewah nak usha pakwe dekat Masjid Negara jakgi
haruslah cun gituwwww! Sampai keperingkat nak pakai tudung tu, "Nak pakai shawl ke
nak pakai tudung bawal aje ek? Kalau pakai shawl nampak beriya sangat ah pulak minah ni siap
bershawl bagai kau nak pergi merempit ke kau nak pergi cari ilmu ni aduh kalau pakai
tudung bawal karang nampak sangat keselekehan diriku ini dah lah datang dari jauh eyuck..."
berkata dalam hati. Jadi, keputusannya berpihak kepada Puan Shawl hikhikhik.
Saya memilih dia untuk dipakai. Lepastu tu terjadi lah proses lilitan ke leher haha.
Ok bila dah cun comel semua tu, ayuh kita pergi ngedate! Eh eh no no no bukan itu
matlamat awak ye Ain datang ke sini. Cium sikit! Ok cun dah :)
Bertolak dari Kepong ke Masjid Negara hm ambik masa setengah jam kot.
Kiteorang keluar pukul 7.30 then sampai betul betul pukul 8. Sumpah saya terpegun
melihat rumah Allah yang satu ni. Subhanallah indah sungguh! Sangat besar ye anak-anak.
Kami hampir hampir tersalah masuk program sebab program yang kami nak join ni
tempat dia agak tersorok sikit so kena cari guna mata bukan dengan kaki. *makan dalam*

Turun tangga betul betul berhadapan dengan bilik kuliah. Kami orang first! Untunglah.
Lepastu ramai-ramai-ramai lagi yang datang. Nasib baik jadi orang first yang mendaftarkan diri,
kalau tak kena duduk sit belakang dalam bilik kuliah tu. Ah takmo takmo saya perlukan fokus!
Duduk belakang saya mengantuk dan memain dan berborak dan tertidur dan seangkatan dengannya.
Saya dan Sue duduk barisan kedua dari depan. Yang depan budak laki-laki.
Lepastu lepastu belakang kiteorang pun budak laki. Ehem awak boleh berkenalan? *berangan*
Sebaris kami tu ada lagi tiga orang budak perempuan. Masa class nak bermula tu baruku
perasan bahawa kami berada dipertengahan budak laki. Aduh malunya!
Budak perempuan yang lain duduk sebelah satu lagi. Jadi kami duduk barisan budak laki.
Saya taktahu saya taktahu. Ok abaikan sudah. Tapi agak tidak menyelesakan diri lah en en en,
budak laki tu buat macam macam bunyi dekat belakang saya ah nasib baik awak handsome tau tak haha
Pakwe pakwe KL comel comelssss lah woi tak menahan aje kan. Control iman kau tu Ain.
First class English. Dari jam 9 hingga 10.30pagi. Cikgu dia terbaikkkkkkkkk ah wei! 
Dari Sekolah Menengah Agama Kajang (SMAK) antara sekolah terbaik lah kot. Tak pasti.
Cara dia ajar best hoi hoi. Yang penting masa tu pun ada Ustaz Wan Akashah suami kepada
Ustazah Siti Nor Bahyah. Beliau meninjau lah kan. Borak borak dengan kiteorang, lepastu beliau tanya

"Sapa datang dari jauh atau semua ni sekitar Kuala Lumpur je?"
Tiba-tiba saya angkat tangan. Tapi kenapa? Why why why Ain? Haha.
Ustaz tu tanya, "Dari mana?"
"Hm dari Kuantan..." *kecomelan harus dicontrol hikhikhik
"Bertolak sini bila?" Ustaz Wan Akashah
"Semalam" *sambil senyum senyum*
"Oh berjihad lah datang sini..." *sambil ketawa*
Saya dengan Sue ketawa lah sikit en ambik hati k tak lawak. Over all, Ustaz Wan Akashah tu
sporting peramah lah hoi. *Manisnya kurma ini!*

Saya tak cantik macam awak. Maaflah. Tapi saya comel kan kan kan? *Overacting*
Saya jarang berbaju kurung. Bila dah tersarung dibadan nampak cun lah pulak ehem

Then, bermula lah sesi pembelajaran. Eh tak kearah pembelajaran sangat pun,
lebih kepada cara teknik menjawab. Memang terbaik cara cikgu tu kasi penerangan!
Pukul 10.30pagi sarapan pagi sat. Makan bihun dengan telur. Bihun tu banyak penuh satu
tupperware tu tau then telur tu pula comel sangat. Sayang nak makan. Ok jangan nak otak
kuning sangat lah kan. Makan makan tak habis pun. Eh awakkkkkkkk, kita pun dapat
empat orang kawan baru tau. Sorang dari KL, sorang dari Muar, sorang dari Ipoh,
sorang lagi dari Karak. Awesome semuanya! Enjoy sungguh semalam tahu.
Walaupun baru kenal tapi tapi macam dah lama gila kot kenal. Semua peramah. Sukoooo!


Latar tempat: membontuti KTM. Itulah Sue, sahabat dunia akhirat saya ewah ewah

Next subject, Bahasa Melayu. Cikgu dari Sekolah Sains Alam Shah kalau tak silap.
Terbaikkkkkkkkk ah! Cara dia terang pun tidak mengecewakan. Cun pun cun. hikhikhik.
Jam 12.45 makan tengahari kejap then bersiap untuk solat zohor pula.
Ehem tandas masjid ni tersorok gila kot. Kalau nak buang air kecil, rasanya tak sampai
ke tandas. Tandas dia pun bersih lagi cantik. Fiuuuuu fiuuuu nak mintak sign? *tetiba*
Lepas solat masuk dalam bilik kuliah semula 1.45petang dengan subjek math mode
Saya, Sue, Fatin, Ania masukkkkk lewat! Omaigokkkk. Waktu tu kelas dah start.
Ah ghasak ah cemnik. Dengan muka tebal disaluti tepung, kami pun masuk.
Budak laki belakang saya tu tengok aje. Awak pehal? Nak ngorat ye? Haha
Dah lah ramai budak laki dekat belakang belakang tu, nasib dorang tak cakap apa apa.
Cikgu Math ni pula alah biasa aje. Tapi tak kurang hebatnya juga.
Then diikuti subjek sejarah. Eh saya dapat buku nota ringkas sejarah woo. Free aje!
Best sangat! Macam tahu tahu aje saya malas nak baca buku sejarah ni en en en. tak suka!
Berhenti pukul 4.45petang then makan lagi. Saya rasa apa yang saya makan pagi tapi
terasa lagi. Perut penuh lepastu mengantuk. *Eloksangatlatuh*
Pukul 5.00petang kena masuk Bilik Syarahan Utama pula nak buat aktivit dalam kumpulan.
Dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sebelum buat aktiviti tu, buat regangan dulu diiringi
dengan lagu tema tv Al-Hijrah tu. Saya taktahu tajuk lagu tu apa. Best ah aduh!
Abang Shah, fasilitator kami tu sporting sangat-sangat-sangat. Ramai lagi abang-abang
akak-akak fasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami buat gaya dengan lagu tu.
Have fun betul lah! Abang Shah ketua fasi kami tu memang best doo. Sporting then
takde ah depan kiteorang nak cover cover ke apa slamber aje dia gedik gedik sporting,
tergolak sakit perut kami. Haha.


Ini sahabat baru saya. Dari sebelah saya itu namanya Ania dan Fatin.
Peramahnya boleh tahan hikhikhik :)

Pukul 6 bermulanya aktiviti dalam kumpulan. Disebabkan saya duduk barisan paling tepi
saya kena jadi ketua kumpulan untuk barisan saya tu. Oh shit! Ok takpe takpe.
Bergabung dengan adik adik PMR. Abang Shah kasi penerangan dekat kami.

"Dalam kertas tu ada 8 checkpoint. Setiap checkpoint kamu
semua dikehendaki lalui satu permainan. Bila permainan dah selesai,
mintak tandatangan abang abang atau akak akak fasi tu.
Setiap ckeckpoint akan ada abang akak fasi. 3 kumpulan pertama yang
berjaya dapat kelapan lapan tandatangan fasi-fasi ni akan
dapat hadiah bonanza. Ok 20minit dari sekarang!"

Panjang lebar Abang Shah kasi penerangan. Fuh berlari cepat-cepat keluar dari bilik syarahan tu.
Ops saya dan Sue tersalah masuk lorong lee pula. Helamak! Tersalah masuk lorong budak laki
so kami je yang lalu dekat situ. Baruku sedari ramai budak perempuan yang lalu dipintu lain.
Saya pun bisik dekat Sue, "Acano ni Sue?" Aduh. Lepastu ada budak laki entah sapa ntah
belakang saya main langgar langgar dekat gila lepastu buat bunyi slurrppp slurrrppp macam
kebulur ayam KFC sebulan. Bodoh sangat! Ah terperangkap. Kami pun cepat cepat turun
dari tangga tu. Takut woo! Karang tak pasal pasal budak tu bertindak diluar kawalan.
Ok selamat turun dari tangga tu, fuh cari geng kumpulan saya itu. Hoi hoi
Kak husna, kak mira, abang faiz ramai lagi ah dah lah handsome comel belaka baik pula tu.
Kumpulan saya kumpulan Aries! Tu pun kasi nama dalam keadaan nak cepat. Pakai letak ajooo.
Main macam-macam. 

-MASUKKAN BOLA GOLF DALAM GOL LAH MAIN TIUP TIUP SAMPAI MASUK
-TULIS GUNA MAKER PEN TAPI MATA DIA AJE BOLEH KENA KERTAS

DAN MACAM MACAM LAGI.

Saya rasa kumpulan saya paling bersemangat. Sebab apa? Nasib baik bebudak ni sporting habis.
Last sekali permainan dengan Abang Faiz. Main alihkan gelang getah guna straw. syok woo!
Abang Faiz main main taknak sign sambil gelak gelak best gila lah aduh
Ni last then kiteorang menjerit lah hoi sebab kumpulan first dah siap!
Masuk bilik syarahan pula syok lah kan kan dapat siap awal lepastu dua kumpulan lagi sampai.
Abang Shah kata penutup nanti dia kasi hadiah kumpulan yang menang ni, 
Hadiah apa? Hadiah apa? Ada lah secret of Ain. Hikhikhik :)



Aku dapat bergambar dengan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah. Kau hadoooo?

Malam pula ada Solat Hajat lepas solat hajat ada ceramah dengan Ustazah Siti Nor Bahyah.
Bapak seronok doooo! Cara beliau cerita, pehhhhhh lembutnya hati saya. Menangis nangis.
Habis ni bersurai dalam pukul 11malam. Fuh seharian duduk Masjid Negara balik balik
rumah mak su kepada Sue terus terpungkang dengan baju kurung still tersarung. Ah seksi
sikit terselak selak ehem watchill sudah! K panjang berjela woi entry saya ni. K assalamualaikum.































Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)