Terkilan.





" Tahap kesabaran aku pun ada had nya. Masa aku suka gelak gelak semua tu,
kau boleh bergurau dengan aku, kau boleh cakap dengan semua lelaki dalam sekolah
tu yang aku batak nak mintak numbor mereka, kau boleh senyum senyum cari pasal
dengan aku. Tapi kalau kesabaran aku dah sampai ke kemuncak, kau jangan
pelik kalau kerusi naik atas badan kau. Aku memang nampak 'happy sokmo' tapi kau
mesti take a note aku juga sensitif. Kau jangan ingat aku perempuan murahan macamtu ok.
Sumpah demi Allah, sekali aku benci selamanya aku akan membenci. So jangan bagi aku
membenci kau. Sebab aku memang tak suka benci orang... "

Assalamualaikum. Ok yang atas ni selingan iklan kejap sebelum cerita start. Ya Allah mintak lah
budak tu terasa. Amin Amin. Harini mood saya 'agak' kurang baik. Faktornya? Pasal budak annoying
bajet bagus nak mati dalam kelas saya. Ok benda ni dah lama saya nak luahkan tapi ok watlek dulu
Ain kau kan strong kui kui kui. Biar saya gelarkan budak ni si A. Ok si A ni lelaki lah kan.
Nak kata hyper aktive bukan, nak kata terlebih makan ubat bukan, nak kata terminum klorox
pun tak mungkin tapi dia ni Ya Allah banyak cakap mulut tempayan. Jarang sangat jumpa budak
lelaki suka cakap banyak. Tapi yang ini lain daripada yang lain. Dia suka menyakat saya, dia suka
buat saya naik angin dan yang paling penting dia suka buat orang marah dia whoah. Jenis memang
takde hati serta perasaan betul mamat sorang ni. Dulu saya ada cakap eh hensemnya budak
baru form four ni, sapa ek nama dia? Tanpa saya sangka sangka, dia pergi mintak numbor budak
tu cakap saya nak berkenalan. Punyalah tebal seinci muka. Cakap depan depan saya pula tu,
memang tak expect langsung. Kesudahannya saya buat tak layan dan dia pun buat senyap sudah.
Orang tua cakap, "Kalau kita layan orang bodoh, lama lama kita pun terikut ikut dia jadi bodoh sama"
Takmo takmo cemtu. Selagi moleh ignore, ignore kan. 

Kedua, hari kami buat study group tu saya tanya, "Eh sapa abang form six tu, tak pernah nampak
pun. Budak baru ke?". Then, dia buat perangai gila bodoh sangat tu kata dekat kakak form six
yang saya nak berkenalan dan dan mintak numbor dia. Ya Allah punya lah bengang saat dan ketika itu.
Padahal tanya nama, tapi dia salah tafsir. Ok ku pendam jua. Waktu tu tak payah cakap lah
memang berair dah air mata. Tunggu nak menitis aje. Macam nampak sangat saya batak nak
berkenalan padahal tak terlintas langsung dalam hati just nak tanya nama aje last last kena
khianat sebegitu rupa pehhhhhh memang makan dalam sangat rasanya.

Ketiga, semalam ke semalam punya semalam waktu rehat naik tangga sama sama sebab dari
bilik guru tiba-tiba ada abang form six ni turun tangga. Dengan sepantas kilat dia cakap
dengan abang tu, "Eh dot dot dot, budak ni nak num kau. Nama dia Ain tau". Eh si A kenapa kau
cakap macamtu? Kau tak jaga langsung air muka kawan kau kan. Sampai hati kau...
Berubah terus air muka saya ni. Terus naik tangga masuk dalam kelas. Memang benda tu tak betul
dan kalau tak betul buat apa nak rasa malu or segan or rasa macam macam lagi kan. Tapi dari
situ nampak dah budak ni macam terhegeh hegeh kan walau hakikatnya semua tu fake belaka.
Sumpah Ya Allah, tak terdetik langsung dalam hati ini nak mintak numbor lelaki semua tu.
Bukan nak berlagak bagus tapi memang budak sekolah saya itu bukan taste saya ok. Biarlah
orang cakap hensem macam Fizo Omar pun, tetap saya tak tertarik sama sekali. Pelik juga kalau
kadang kadang tu kawan baik saya cakap budak lelaki tu hensem sangat tapi bila saya tengok
apa yang hensem sangatnya? Ok cantik/hensem itu subjektif. saya tahu. :)

Buat kau si A, nak kata aku sedih kawan dengan kau buat apa aku nak sedih dengan orang macam kau
Nak kata aku terkilan kawan dengan kau huh ada lah a little bit kot.
Nak kata aku benci kawan dengan kau tak mungkin aku sanggup bertahan sampai sekarang kan.
Nak kata aku makan hati dengan kau ye memang hati aku hancur bila kau khianat aku macamtu.
Nak kata aku sensitif kau tanya kawan lama aku tu tinggi mana tahap sensitif aku.
Aku tahu aku tak matang. Tapi kau lagi tak matang rupanya. Kau buat macam tu bukan setakat
kau malukan aku tahu tak, kau memang tempah diri untuk memalukan diri kau sendiri.
Aku taknak benci kau. Aku taknak benci sapa sapa sehingga lah SPM tamat 14 Disember nanti.
Tolong hargai perasaan orang lain seperti mana kau nak orang lain hormati perasaan kau tu ok.
Kalau orang lain memang tak terasa kot dengan gurauan manja hakhhh hakhhh tuihhh kau tu,
tapi bukan dengan aku. Jiwa aku sangat sensitif. Aku memang dilahirkan untuk menjadi sensitif.
Kalau kau mahupun kau kau dan kau kau tak suka aku disebabkan faktor kesensitifan aku ni,
aku terima sebab aku pun tak suka 'kau' yang tak menghargai perasaan seorang sahabat.





Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)