Jadual Anjal SPM.




Assalamualaikum. Rindu tak? Rindu tak? Ok hari ini saya menempelkan diri lagi di laman sosial
ini yang bagi saya semakin hari oh ohhh semakin awesome. Rindunya saya dekat blog.
Rindunya saya nak menatap blog. Rindu rindu rindu. Tempoh seminggu agak lama bagi saya.
Ok saya ada banyak cerita sangat-sangat untuk diceritakan sangat-sangat.
Syukur alhamdulillah. Sekarang saya dah moleh kawal nafsu online saya.
Semua ni demi SPM saya yang tinggal 38 hari lagi tu.
SPM sekali seumur hidup, online kau nak melantak tak tidur terus pun moleh lepas SPM. kui kui kui.
Update dihujung minggu hanya sekadar untuk me-release-kan tension. 

Ok minggu ni dah start JADUAL ANJAL. Jadual Anjal apakah? Jadual Anjal ialah satu pecutan 
terakhir untuk pelajar yang bakal memduduki SPM diselaraskan mengikut markah Percubaan SPM lalu.
So, now memang dah tak guna dah jadual kelas semua ni. Jadual untuk Form Five adalah Jadual Anjal.
Sepanjang seminggu berjadual anjal ni, saya rasa berkesan kot. Duduk dalam kelompok yang kecil
mudah untuk para guru memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar pelajar yang sederhana.
Ok saya. Nak kata cemerlang sangat pun, hek eleh hakkkh tuih betul kau ni Ain,
Nak kata sederhana, haha pun moleh.
Nak kata bodoh tahap buta tuli, ah melampau lah kan. Nyah kau dari sini! hik hik hik
Konklusinya, saya ditahap 50/50 ketika ini. Cemerlang pun tak, bodoh pun tak.
Tapi saya agak terkilan. Result SPM trial saya begitu teruk sekali. Saya takmo cakap
berapa saya dapat. Tapi sangat 'teruk' bagi saya. Sangat merudum. 
Soalan teruk, mana result tak teruk. Ye dak? Soalan tu biar comel sikit, baru result comel molek.
Rasa nak bakar ajooo soalan SPM trial tu. Tapi orang cakap kalau Percubaan agak susah,
insyaAllah SPM nanti agak mudah. Ya Allah ya tuhanku, masin lah mulut orang yang cakap tu,
Permudahkan lah SPM pada tahun ini Ya Allah. Aku dah berusaha semaksimum yang mungkin.
Tak sabar rasanya nak pamerkan ilmu selama dua tahun aku belajar pada SPM sebenar nanti.
Pssttttt, untung lah rehat dekat sekolah sekarang dua kali. Khas untuk pelajar tingkatan lima sahaja.

Dan sekarang. Selepas tamat sahaja waktu persekolahan atau bagi kami selepas tamatnya
jadual anjal saya dia dia dia dia dia tak balik terus. Kami stayback sampai ke petang.
Tiap tiap hari pilih satu subjek. Lepas solat zohor, cari tempat lepak. Samaada ditengah tengah
dewan terbuka ataupun dipondok ilmu bersebelahan makmal ict. Dekat atas pentas dewan terbuka
kakak kakak dan abang abang Form Six study untuk STPM mereka. Semua ada tugas masing-masing.
Waktu buat study group ni lah kita moleh tanya kawan kita yang lebih pandai sikit daripada kita
subjek apa yang kita tak faham. Itulah yang dinamakan belajar secara berkumpulan.
Sharing ilmu. Tak salah en en en? Ilmu tak akan berkurang. Sebaliknya, akan bertambah dan
ia akan kekal sampai bila bila. Kaunselor saya bagitahu, tips untuk saat-saat terakhir sebelum SPM ni
Study Smart. Cara yang terbaik, AJAR KAWAN. Kalau kita selalu ulang ulang apa yang kita dah
belajar tu dan ajar balik dekat kawan, yes ilmu yang kita ajar dekat kawan tu terus kekal dalam otak.
Kita akan ingat. Dan insyaAllah SPM nanti akan lebih mudah. Berkat tu! wuwuwuwu,
Dan sekarang saya just ignore suara suara sumbang yang keluar daripada mulut 'budak tak matang'
Abaikan. Saya nak fokus. Dan saya tegaskan sekali lagi, saya tak suka sapa-sapa dekat sekolah saya
tu. Jangan timbulkan fitnah. Jangan timbulkan salah faham orang lain, nanti teruk.
Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Awak belajar agama, saya belajar agama.
Kita belajar agama sama-sama kan. Dalam kelas yang sama kan. Jadi manfaatkan lah.
Jangan jadi bodoh. Dah lah bodoh, sombong pula. Semoga Allah buka luas luas pintu hati kau ye kawan.

Sekarang, dengan berbekalkan sisa sisa waktu sebelum melangkah ke SPM sebenar, 
cikgu banyak membantu dari segala segi. Bersusah payah mem-fotostat-kan kertas
soalan percubaan dari negeri-negeri lain, bertungkus lumus menjemput penceramah untuk
seminar semua subjek. Semua tu free je. Tak payah keluar duit. Tapi pelajar ehem
macam saya, ada manfaatkan semaksimum yang boleh semua tu? Saya manfaatkan, taktahu lah orang lain,
Hahaha, sedih tengok ada yang main pijak pijak aje kertas yang cikgu kasi tu, ada yang buang
dalam tong sampah, ada yang simpan dalam beg sampai berkurun. Sungguh tak berharga
mungkin pemberian cikgu tu. Mungkin kena guna duit sendiri dulu baru tahu erti menghargai sesuatu,
Kesian awak kan, mak bapak habiskan duit suruh awak belajar rajin rajin tapi ni yang awak tunjukkan.
Macam sia-sia jeee belajar selama 11 tahun. Sekarang apa yang saya kurang tahu kurang pandai dulunya,
sedikit demi sedikit saya dah mula tahu saya dah mula pandai. 
Saya belajar daripada kesilapan. Alhamdulillah, Allah buka minda otak saya semua untuk
jadi yang lebih baik disaat sedang meniti detik detik SPM. Bersyukur sangat-sangat-sangat.

Kalau nak masuk Matrikulasi, syarat dia sekurang-kurangnya :
C - Bahasa Melayu
C - Bahasa Inggeris
C - Mathematics
E - Additional Mathematics
C - Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas (sekurang-kurangnya C untuk 2 subjek ni)

BM- InsyaAllah boleh lepas. Bm saya semakin exam semakin meningkat. Nak kekalkan A
sampai SPM nanti.

BI- Dah boleh sangat lepas. InsyaAllah kena yakin dengan naluri hati kita.

Maths- InsyaAllah saya akan manfaatkan ilmu yang saya ada ni subjek ni.

Ekonomi Asas- InsyaAllah boleh lepasssss!

Addmaths dan Prinsip Perakaunan- Fokus utama. Sangat kena buat banyak latihan untuk
lepas ketahap lulus untuk Addmaths dan kredit untuk PA. Kalau boleh memang nak A untuk PA
tapi kena study smart smart smart lagi lah nampak gayanya. 

Eh lupa nak cakap. Cikgu Akaun tercintoooo kelas kami akan berangkat ke Mekah untuk
menunaikan ibadah haji hari ini kot. Sebelum cikgu mula cuti hari selasa haritu, dah suruh
cikgu untuk tolong doa doa kan kami depan Kaabah supaya semua dapat A+ untuk PA. Tak mustahil kan?
Dan ingatkan cikgu ada lagi hari Rabu tapi tapi cikgu dah cuti. Sedihnya. Tak dan nak salam
cium tangan cium pipi cikgu saya tu. Dah lah ada juga termengumpat cikgu dulu dulu.
Cikgu, maafkan kami! Semoga cikgu selamat sampai dan selamat balik semula ke Malaysia.
Doakan kami cikgu! Nanti lepas cikgu balik haji, cikgu nak buat kelas untuk kami. Ok suka ! :)


Hari ini cikgu Ekonomi saya suruh tengok Bajet 2012 (Belanjawan Negara) dekat tv3 pukul 3.00petang. Bersungguh-sungguh dia suruh tengok. Layankan aje. Padahal tak paham satu habuk pun. Mentang mentanglah dalam Ekonomi ada pasal Belanjawan Negara. I love Ekonomi. kui kui kui



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)