Seminar lagi seminar lagi.
Lupa pula nak merendahkan diri kui kui kui
Assalamualaikum! Hai hai hoooo. Semalam saya ada Seminar lagi di Olympia College.
Seminar seminar seminar. Selagi tak habis SPM, selagi tu ada seminar en en en,
Actually taktahu pun kewujudan Olympia College ni tapi since kaunselor saya bagitahu
college ni ada anjurkan satu seminar, baru tahu. Hik hik hik. Freeeeeeee pergi aje lah.
Sebernarnya ramai yang mintak tapi tak ramai yang dapat. Ingatkan dia bagitahu
dapat ke tak melalui sekolah ghupe ghupenya pihak dia bagitahu personal aje melalui kita.
So, ni lah muka muka terpilih. Enjoy sangat lah dekat sana. College dia boleh tahan lah,
tak cantik sangat tak buruk sangat tapi ada ala-ala macam hotel pun adoooo!
*SEMALAM*
7.00pagi. Event ni bermula tepat pada pukul 8.00pagi. So, disebabkan abah ada hal dan
tak moleh hantar saya ke college tersebut, saya paksa Soleha keluar awal sikit.
Abah just hantar depan sekolah aje. Lepas daripada tu pandai pandai lah kau bawak diri ye nak haha,
Tunggu punya tunggu lama juga dari pukul 7 sampai 7.20 baru nampak si budak cun tu.
Bukan senang nak paksa orang en, dah lah dia jalan kaki. Kui kui kui.
Awal gila kot kami pergi. Naik teksi segala. Fuh nasib baik teksi senang dapat harini
lagi lagi lagi murah sikit. Kalau pergi Megamall mak kau RM6 sorang. *membebel kejap*
Pakcik teksi tu berhenti betul betul depan Olympia College tu. Ok cun.
Tengok jam oloh baru 7.29 awal lagi. Cakap dekat Soleha, "Jom pergi makan dulu, lapar gila..."
Yelah, sibuk sangat nak keluar awal tadi makan pun non-adoooo. Jalan punya jalan
kedai banyak tak buka lagi. Haha memang bapak awalnya lagi. Gila kau buka kedai awal-awal.
Takpe, buka awal-awal rezeki masukkkkk wuwu. Then tengok ada satu restoran depan Megamall
tu dah buka. Makan roti canai dengan milo ais pagi pagi memang perut terkejut.
Bila dah siap makan tu, nak kesana balik punyalah sendat perut. Fui fui fuwww.
Waktu balik. Hujan rahmat. Lebat gila wuwu.
Sampai balik ke Olympia College tu tengok ramai gilo dah orang. Dari pelbagai jenis sekolah.
Ada muka muka yang saya kenal. Tengok tengok Kerry dah sampai. Mucet aje belum.
Ramai yang dah masukkkk daftarkan diri tapi Mucet aje belum sampai sampai lagi,
last last kami daftar dulu then baru tunggu dia semula. Fuh sampai juga akhirnya,
Then nampak bonda dok parking kereta. Eh kenapa bonda ada sini pula?
Mula mula taktahu lagi yang bonda lah kasi seminar BM harini. Masuk masukkkk bilik
kuliah tu cop tempat kedua dari depan. Fokus fokus. Tengok tengok bonda masukkkk
bilik tu, fuh esaited gila syok pun ada tak sangka pun ada. Then bermulalah seminar
selama dua jam. Dari pukul 8.30-10.30. Cara bonda kasi ceramah pun macam dalam kelas juga tapi ni lebih
terperinci lah en dan dan tak garang sangat. Kalau dalam kelas tu, ya Allah nyaring gila suaramu. bonda
Modul pun cun. Lepas habis BM, seminar BI pula. Sebelum tu rehat dulu. Dapat mihun nyum nyum.
Yang ni lagi ohsem lagi tak sangka. Dalam modul tu dah ada nama teacher sekolah kami
tapi macamana entah tak perasan. Tengok dekat pintu bilik tu nampak teacher nak masukkk.
Terus jerit kejap. Hah macam esaited sangat en. Teacher tengok kiteorang sambil senyum senyum.
Peace dekat teacher. Then teacher cakap, "Tak kenal ni tak kenal..." *sambil gelak gelak*
Lepastu start BI dari jam 11.00pagi-1.00petang. Teacher bebel-bebel dekat depan tu buat
gua mengantuk gila. Fuh taktahu kenapa harini mengantuk sakan. Macam tertelan ubat tidur aduh.
Pukul 1 rehat. Bagi masa selama 1 jam untuk rehat. Buat lah apa-apa pun janji pukul 2 dah ada sini.
Memandangkan Megamall adalah destinasi yang terdekat dengan college tersebut, so kami
berempat pun terus kesana. Ramai juga pergi sana. Terkedek kedek macam itik pulang petang kui kui.
Nak makan dekat KFC hoi ramai gila orang begitu juga di McDonald. So saya dan Soleha ambik
keputusan nak ais blend dekat COOLBLOG. Peh kedai ni pink comel. Ais blend dia pun nyum nyum.
Kerry dan Mucet pula nak pergi KFC ramai orang pula so kami pun pergi ke kedai roti.
Bermacam macam jenis roti tahu. *katakau*. Rambang mata murah murah pula tu.
Saya beli roti bun cheese. Pehhh pehhhhh dah lah besau, enak pula tu. Nasib baik perut dah penuh,
ada juga aku beli banyak banyak karang. Sambil jalan jalan, makan. Tak senonohkan?
Dekat ruang legar Megamall tu ada apa entah, retisssss kot ada. Bising aje dekat situ.
1.45tengahari balik semula kesana. Sambung dengan Maths Mode pula ye anak-anak.
Nasib baik cikgu Maths ni bukan dari sekolah saya. Haha. Cikgu SMK Teluk Chempedak.
Best jugak. Time ni kami tengah berbincang lepas habis ni nak lepak Megamall karok karok.
Last last tengok dekat luar hujan lebat wuwu. Habis pukul 4. Mucet nak balik dengan Adha.
Oloh baru nak tunggu hujan serik dulu then nak ke Mega semula. Then tinggal lah kami bertiga.
Hujan dah mula nak serik tapi tak serik mana lagi kot. Nak tunggu serik sampai esok tak balik lah.
Kami redah aje sampai ke Megamall. Hik hik hik. Kelakar gila. Mega tu jauh juga dah lah kena lintas
jalan bagai. Dalam keadaan jalan licin tu macam macam boleh berlaku. Tapi alhamdulillah umur
kiteorang still panjang. Orang pandang pelik aje kami berlari sakan nak sampai ke Mega tu.
Cakap dekat Kerry, "Takpeeeee takpeee, pengalaman ni. Lama tak mandi hujan..."
Kasut baju tak payah cakap lah, basah habis. Dalam kasut berbondon bondon air. Euww bushukk!
Masukkkkk Mega, fuh fuh lega wooo! Terus tuju ke tandas nak keringkan kasut.
Then merayau lah ken, nak pergi karok semua tempat karok penuh. Kesian Soleha kempunan.
Janji dengan dia lepas SPM terus kita karok 30buah lagu sorang. Ok? Senyum jeeeee!
Yes, saya 'MERDEKA' 6 haribulan 12 tau tapi budak ERT 'MERDEKA' 13 haribulan 12, kesian.
Muka monyok aje. Then pergi Gaint dekat tingkat bawah sekali. Mereka nak beli aiskrim
yang RM0.99 satu tu, then saya tergoda sekali padahal perut dah tak moleh masukkkk
apa-apa dah ni, fui fui sendat mak noksss!
Area nak balik tu mereka nak singgah pasar malam kejap, tapi saya ikut aje.
Perut penuh, mata mengantuk. Ikut belakang mereka, mata sambil mamai mamai.
Kalau boleh, nak tidur aje masa tu tau. Sambil layan mata tengah mengantuk jalan
pun macam takmo jalan aje, ada orang tegur, "Eh Ain..."
Buka bluetooth dalam otak search sapa pula panggil aku ni, tengok tengok Fatin dengan bapak dia.
Haha sumpah tak perasan, "Laaaaa Fatin!". "Omboihh, jalan bandar tak ajak pun kan takpeee :("
"Eh kami baru balik dari Olympia tu lah fatin...", "Ohhh...."
Dah habis berjalan, ambik teksi dekat padang then balik sampai sekolah abah ambik
nasib baik tak balik lepas maghrib macam haritu, sampai sekolah abah tak sampai lagi.
Masukkkkk kereta sampai rumah terus terpungkang. Kaki sakit sebab berjalan, mata mengantuk
sebab banyak sangat dah sumbat. Cukup pakej ye Ain.
Thanks for today, kawan. Happy sangat-sangat-sangat lah buddies :)
To 'awak' - Maaflah saya tak boleh layan awak lebih daripada itu. Saya bukan perempuan
murahan yang selalu awak tipu tu tau. Saya tak bodoh seperti mereka. Saya cerdik sikit
kalau dalam bab bab macamni. Awak layanlah saya awak ambiklah hati saya macamana pun,
hati saya tak akan tertarik. Sama sekali tidak ok. Harap awak faham dan jangan buang masa
nak layan saya baik baik supaya saya tertarik dengan awak. Sebab.... maaflah tidak akan pernah.
InsyaAllah saya hanya mampu layan awak seperti seorang Abang.
1 orang manusia cantik:
GOODLUCK SPM (:
Post a Comment