Rutin Harian Saya.




" Faktor sekeliling membuatkan saya lebih pandai membawa diri dan berdikari "

Rutin harian. Sebut aje rutin harian pasti sudah terbayang bayang perkara yang kita selalu
buat hampir setiap hari. Bosan tak bosan tak tiap tiap hari hadap perkara yang sama?
Mungkin bagi certain orang yang jiwanya kental bak buluh perindu, pasti tak bosan punya.
Tapi bagi yang berjiwa seperti gua yang spesis jiwa cepat bosan, pasti bosan punya lah.
Gua percaya pasti setiap diantara kalian pasti ada rutin harian tersendiri yang membosankan. Opss.
Membosankan pun tiap tiap hari juga kena hadap bukan? So think positive lah bro!
Secara rawak perkara yang gua selalu gua buat hampir setiap hari. Bukan sehari tapi berhari harian.
Fakta. Tiada unsur tokok tambah. Seriusly gua tak suka akan perbuatan menipu diri sendiri
dan orang lain. Ok?

Pada hari persekolahan.

1. Pada setiap hari malam sebelum gua dodoikan diri, gua akan pastikan sebelum mata gua
tertutup rapat gua sudah mengunci alarm pada jam 6.10 a.m dan yang pasti selepas bunyi
alarm jam 6.10 a.m gua bangun semata-mata untuk tutup alarm dan set alarm baru pada
jam 6.25 a.m. Ini bagi memudahkan gua untuk tidak terlajak terbangun lewat. Awal kan kan kan?

2. Selepas gua bangun, gua akan pastikan diri gua menuju ke kamar mandi. Then rapi kan diri.
Semua benda gua kena uruskan sendiri. Tanpa pertolongan dari pihak lain. Pandai pandai
bawak diri. Selepas siap berbaju kurung sekolah, berdiri depan cermin sambil pakai tudung sekolah.
Alolo comelnya dia. Bajet sangat puji diri sendiri. Shit. Senyum sikit ok then keluar rumah.

3. Dulu sebelum adik gua tak PMR lagi, gua antara kakak paling kejam sedunia tiap tiap hari
terlolong lolong panggil adik suruh bangun. Ya Allah liatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tapi sejak beliau tamat PMR, gua sangat bersyukur sebab gua tidak diperlukan lagi dalam
acara menjerit pagi pagi buta. Bingit sangat suara gua. 

4. Then selepas keluar sahaja dari rumah, gua akan pastikan sliding door ditutup, grill dimangga.
Agar keselamatan rumah gua tersebut terjamin. Lepas menyarungkan stokin dan kasut,
gua akan menunggu kelibat kereta abah diluar pintu pagar untuk hantar gua ke sekolah.

5. Sepuluh minit kemudian, sampailah gua dihadapan sekolah gua yang tersergam indah.
Tetapi tidak semegah yang disangka. Jangan disangka air yang tonang tiada buaya darat.
Selepas menyalami tangan abah, gua terus bergegas ke pintu pagar sekolah. Alhamdulillah.
Sepanjang lima tahun bersekolah, gua tidak pernah sama sekali lewat datang ke sekolah.

6. Selepas masuk ke perkarangan sekolah, jiwa gua tenang. Tempat menuntut ilmu, semestinya
harus tenang. Mata gua melilau ke arah satu sudut. Oh dia tak datang lagi hm takpe lah.
Terus melangkah ke arah tepi dewan dan duduk disitu sementara dipanggil untuk masuk ke dalam.

7. Belajar. Belajar. Belajar. Jadual anjal. Jadual anjal. Jadual anjal. Jadual anjal baru sahaja
bermula dua minggu yang lepas tapi kenapa gua berasa macam dah lama sangat dah jadual anjal ni?

8. Petang gua bersama teman sepermainan gua yang lain buat study secara berpasangan.
Opss bukan. Study secara berkumpulan lah. Semua dah makin sedar akan SPM dah nak sampai
kepenghujungnya. Akan tiba tak lama lagi. Just wait. Terkadang gua mencuci mata gua dengan
mengusha abam-abam form six. Fuh kus semangat.

9. Jam 4.30 p.m gua menelefon abah gua untuk ambik gua. Abah gua tak ubah macam
pemandu tak bertauliah gua. Gua tak pernah anggap macamtu, tapi abah gua yang ngomong.
Bersabarlah wahai ayahanda, anakmu ini tidak akan menyusahkan hidupmu lagi dalam tempoh
23 hari aje lagi. Tu lah sekolah nak jauh sangat, ni makan dia. Nyusahkan orang.
Abah marah juga. Tapi gua berdiam diri. Abah marah tanda abah sayang gua. Alhamdulillah.

10. Sampai rumah jam sudah menunjukkan angka 5.00 p.m. Masuk saja rumah, selepas menyalin
pakaian sekolah dan bertukar kepada t-shirt dan seluar sleck, gua pergi hadap makanan.
Gua lapar. Seharian gua hanya makan makanan yang tidak cukup berkhasiat untuk gua di kantin.
Jadi apabila di rumah gua akan pasti kan diri gua rakus menjamah makanan.

11. Berehat sambil tengok astro sambil kaki bergedik atas sofa . Makan makan roti.
Rehatkan perut kejap. Tak lama kemudian, mata dah tak tertahan. Semua gelap gelita.
Apa ni apa ni. Ini bermakna gua sedang tidur. Nyenyak sekali. Oh rupanya! Suspen. 

12. Bangun bangun gua lihat sudah kelihatan di kaca tv sinetron feverat gua, Nada Cinta.
Cerita Indo, bak cerita bodoh. Bila gua tengok gua rasa gua diperbodohkan. Tapi gua lebih suka
sinetron Indon daripada drama korea walaubagaimanasekalipun gua rasa macam diperbodohkan.
Ah persetankan semua itu. Yang penting gua happy. 

13. Jam 7.00 p.m gua berpaling tadah ke Tv3 pula, drama Soffiya. Cerita tu penuh misteri.
Gua suka. Walaupun Nada Cinta habis jam 7.30 p.m, tapi ada ulang tayang lagi malam.
Obsesnya gua dengan semua ni. Hentikan.

14. Selepas itu gua bersihkan diri yang sedang membusuk. Solat semua. Jam 8.30 p.m gua 
akan memulakan aktiviti buat latih tubi. Latih tubi yang didapati melalui jadual anjal.
Setiap malam gua kena stay sorang. Gua cakap dekat umi gua takut tapi umi cakap gua bukan
takut sebenarnya tapi gua sunyi. Sedihnya. Umi balik kerja area pukul 10.00 p.m. Sampai
jam 10.00 p.m lah gua terpaksa menyendiri buat homework. Ok sunyi sangat. Hampir setiap hari.
Perasaan takut terpaksa gua singkirkan. Disebabkan tuntutan kerja, jiwa gua dikorbankan.
Gua faham. Gua ngerti. Sebab itu gua hanya protes dalam diam. Menangis dalam bilik tanpa bunyi.

15. Dalam jam 9.30 p.m, gua berhenti sekejap daripada homework semua itu. Ada kerja yang
gua belum selesaikan. Basuh pinggan, basuh baju, jemur kain. Semua benda gua kena buat sendiri,
untunglah dapat pahala banyak. Untuk menggelak kan perasaan sunyi terus berleluasa, gua
menyanyi kecil sambil basuh pinggan. Riangnya hati. Tiap tiap hari pinggan bertimbun,
tak paham betul gua. Ni manusia makan ke, jin yang makan. Tettt hah jawab jawab.

16. Setiap hari gua akan menyambut kepulangan umi dan dan abah di muka pintu sliding door
jam 10.00 p.m. Perasaan rindu bagaikan setahun tidak berjumpa. Gua hanya dapat bersua muka
dengan umi hanya pada waktu pagi sebelum umi berangkat pergi kerja, bersalam dengan umi.
Dan keduanya pada jam 10.00 p.m. Dua kali sehari. Alangkah pilunya. Sebab itu hati gua tak cukup
kuat kalau balik balik abah marah gua tak buat itu ini, laju aje air mata gua mengalir. Lembut hati.

17. Selepas itu gua akan sambung balik mengerjakan latih tubi yang terbengkalai sebentar tadi.
Kalau umi suruh urut kaki atau apa aje lah, gua sanggup berhenti buat homework untuk
berbakti kepada umi pula. Gua rasa selagi gua tak buat apa yang umi suruh, gua rasa
gua bersalah sehingga terbawa bawa dalam tidur. Sumpah gua tak tipu.

18. Selepas gua rasa semua latih tubi gua dah siap, baru gua tidur. Tapi selagi jam tidak
menunjukkan jam 12. a.m, gua tidak akan tidur. Gua akan buat perkara bodoh misalnya
baca text message lama lama sambil guling guling atas katil ok macam apa apa je kan? LOL
Tapi ada gua kesah? Serius tak ada orang tahu kan, lain lah ada orang tengah hendap gua. LOL lagi.

19. Dan sebelum tidur gua akan pastikan alarm set gua berfungsi dengan jayanya. Gua salin
pakaian. Tutup lampu. Gelap. Tetiba gua rasa macam dipeluk. Oh patung beruang gua rupanya
yang peluk. Nakal sunggoh. Haha saje buat suspicious. Hiperbola sikit.

20. Dan akhirnya gua nyenyak dalam lena. Tidur sorang sorang buat gua rasa bebas buat apa saje.
Nak terlingkup ke, nak terpungkang ke. Ikut suka hati kau. Dan gua akan bangun pada pagi
yang berikutnya.


Itulah sedikit sebanyak kitaran hidup gua sepanjang bergelar pelajar tingkatan lima
disebuah sekolah yang namanya cukup kekampungan euww euww je. Dan begitulah
seterusnya. Lakukan perkara yang sama setiap hari, sampai bila? Oh mungkin sehingga
tamat tingkatan lima. Oh gua dah tak sekolah dah tahun depan? Huyoooooooo! 
*angkat kening sambil buat senyuman mengejek lagi diejek*
Sampai disini saje untuk entry kali ini, jika ada kelapangan akanku luangkan masa lagi disini.
Terima kasih bagi yang membaca. BM saya penuh! Wuwu sebab saya orang melayu.
Sayeww tark shukew jady rakyat malaysia yunk tark membanggew bahasew ibundanyew.
Ayat nak geli je woi. Geli geli haha. Seakan akan digeletek. Kui kui kui,
walaubagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan life saya sekarang. Cukup sempurna.
Apa nak, semua dapat. Sebab itu saya tak pernah mempertikaikan kenapa umi selalu balik
lambat, sebab umi nak kasi duit dekat saya yang selalu meminta ni. Hik hik hik,
K then assalamualaikum <3




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)