Wordless Friday.




Assalamualaikum. Hai haiyooooo! Hari ini fueww fuewww balik abah ambik.
Ok serius hujan semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni tak menentu.
Sepatutnya balikkkkkkk hari Jumaat naik public transport tapi tapi waktu pagi then sampai
rehat hujan hm lebat? ke renyai renyai aje? Ok sebenarnya renyai renyai ajooo tapi gua
gedik sikit lalu ambik keputusan call abah dekat public phone dekat dewan terbuka tu
waktu rehat suruh ambik gua waktu balik. Waktu gua call tu umi pick up, so umi macam agak
terkejut fuh fuh pula kan ingat suruh ambik masa tu juga, apa ke hal pula anak aku ni, hik hik hik.
Seriusly, gua agak tidak suka naik bas waktu hari Jumaat. Tak suka. Tak suka.
Tapi apa boleh buat. Dalam keadaan terpaksa gua terpaksa redha. Kalau tak balik naik bas,
mati kau mati kau Ain jalan kaki 10 kilometer persegi. Erk? Makin kurus lah gua, kui kui kui.
Bukan tak suka situasi dalam bas *haha hoi kalau tak suka buat bas sendirian berhad lah ye*,
tapi tapi bila gua turun aje dari bas tersebut, gua dapati begitu ramai makhluk yang bergelar
pelajar sekolah dekat perumahan gua itu berebut rebut nak naik, haih ni gua rasa macam nak tikam
sorang sorang ni. Rimas. Macam bas tu dah nak jalan, kau berebut sebegitu rupa kan.
Nasib baik gua mempunyai ketinggian yang maksimum, tidak lah agak tenggelam dalam
kerumunan sebilangan makhluk tersebut. Terpaksa tahan dengan bau-bauan yang tidak
menyenangkan menyalur dalam saluran rongga hidung gua. Busuk. Hapak. Fhiuw fhiuwwww,
Sekali lagi gua terpaksa tahan dengan semua ni. Sekejap. Cuma sekejap. Gua tahan nafas,
fuh moleh lemas gua dalam puluhan makhluk bernyawa tersebut. 10 minit kemudian,
Gua tarik nafas semula, hembus slow slow. Ok cabaran pertama dah lepas, sekarang cabaran kedua pula.
Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini. Dengan kadar kelajuan 1 saat 1 langkah, gua terpaksa
mempercepatkan perjalanan gua untuk sampai ke rumah. Bukan dekat sangat. Tapi agak jauh.

Bermacam macam bermain di fikiran. Bila jalan sorang sorang, macam macam boleh berlaku.
Macam macam kita fikir. Dan apa yang gua fikir, untuk sampai cepat ke destinasi.
Tapi untuk sampai ke lorong rumah gua tu, gua dengan perasaan terpaksa lagi meredah kadang kadang
terdapat sekumpulan budak lelaki. Gua tahu, budak kawasan perumahan yang gua tinggal ni
bukan baik sangat pun. Sebab itu timbul perasaan takut membuak buak dalam diri. Gua toleh
tempat lain, gua jalan dengan kelajuan 1/2 saat 1 langkah. Fuyoo fuyooo terernya Ain, kui kui kui
Kadang kadang waktu dalam perjalanan gua untuk sampai ke rumah, gua terdengar bunyi 'swittt switttt'.
Kau tahu siapa yang buat? Manusia yang tidak kesampaian niatnya untuk menjadi tikus.
Tikus apa pun, gua tak tahu. Mungkin tikus mondok. Oh shit sangat doh! Tikus comel, yang tak
comelnya kau. Dasar tikus jadian. Tapi gua abaikan sambil mata melilau pandang ke arah lain. 
Buat apa dilayan, better ignore. Tapi gua bersyukur. Syukur sangat. Gua dilahirkan tanpa ada
perasaan untuk dilayan atau melayan orang sembarangan. Umi pun tak ajar gua untuk jadi
perempuan gedik atau dengan bahasa agak kurang enak didengar perempuan murahan yang pantang
aje ada lelaki' swittt switttt', pasti terus terkinja kinja. Kau sedar tak itu perbuatan perempuan
yang tak ada harga diri? Opss. Maaf kalau gua terlebih dan menyimpang. Tapi fenomena ini lah
yang gua selalu tengok di sekeliling gua. Fuh serius shit! Oleh sebab itu, gua kurang bergaul
dengan budak lelaki. Bukan sebab sombong apa ke bla bla bla tapi gua sangat berhati-hati.
Terima kasih Ya Allah. Kau pelihara jiwa dan raga aku daripada semua ini. 
Dan oleh yang demikian, gua sering mencari seribu alasan untuk abah ambik waktu hari Jumaat.
Alasan yang relevan. Kalau alasan tidak relevan, fuh ceramah yang berjela jela gua akan dapat.
Tapi gua puas. Gua dapat balik tanpa ada gangguan daripada segerombolan makhluk. Tersenyum puas. 
Ok itu aje yang gua nak bagitahu. Bonda gua cakap fakta kena ada satu aje dalam setiap perenggan
tapi huraian itu kena manyak manyak beserta contoh. Hik hik hik. Ok tak payah lah serius sangat doo!

Rabu lepas. Ada dua orang form 5 Saksama menyuarakan hati mereka kepada kaunselor untuk mengadakan
Majlis Perpisahan Tingkatan Lima. Fuh bunyi macam nak gah aje. Mana pernah tahun tahun
sebelumnya diadakan majlis sebegini rupa. Julung julung kalinya lah kononnya ni. Fhiuwwww!
Jadi, Rabu itu kami dikumpulkan didewan selepas bacaan doa. Lepastu lepastu kaunselor cakap
pasal ni. Mula mula semua ok setuju semuanya. Semua wajah bersinar sinar kegembiraan.
Dinner lah katakan. Tak buat dekat hotel pun, 'hotel multaqa' pun moleh. *katakau*
Pengetua dah kasi green light. Cikgu cikgu semua cakap ok!
Semua dah dok merancang nak pakai itu ini, nak dress acano ni hah temanya Old School?
Kita ni dah lah gegurl bertudung mana lah ada tema tema baju macamtu aduh tema bebas tak boleh?,
sibuk pilih lagu nak karaoke malam dinner form five tu, siap band pun sibuk mencari lagu,
semua dah gembira sangat dengan arus berita yang baru diberitahu oleh kaunselor sebentar tadi.
Sehinggakan perbincangan jadual anjal ditolak tepi. SPM terus dilenyapkan. Semua stress.
Stress bukan nak SPM, tapi stress sebab taktahu nak pakai baju apa malam itu. Nampak sangat kan?
Baru aje dapat berita gembira lah sangat pasal hal dunia, SPM tolak jauh jauh.
Dengan takdir-Nya mungkin Allah lihat hamba hamba-Nya dah terlalu seronok kot, sekali lagi kami
dikumpulkan pada keesokan harinya, Majlis tersebut terpaksa dibatalkan! Fuh semua tunjukkan
riak tak puas hati. Mungkin nak protes, tapi suara tak keluar mungkin. Terus muka masam mencuka.
Terus spoil mood nak berjadual anjal harini. Terus hancur remuk redam hati seperti jatuh ditimpa
tangga aje. Terus macam errrr rasa macam malas belajar dah. Erkkkkkkk?
Sunggoh kuat panahan majlis tak menjadi tersebut. Antara faktor terpaksa dibatalkan:

1. Dinner sudah semestinya malam. Jadi bila malam, anak anak gadis seperti kami ni
macam tak elok pula nak keluar. Sebab itu kena batal.

2. Dengan secara tidak disangka sangka kan, Pengetua tetiba tak izinkan. Sebab itu kena batal.
Cikgu pun tetiba pula tak setuju. Dasar ikut pengetua betul.

3. Semua macam dah abaikan pasal SPM. Semua dok bincang itu ini. Ini menjadi punca utama
faktor kegagalan majlis ini untuk terus dilangsungkan.

Mungkin ada benarnya. Bukan semua mak bapak kasi anak gadis dia keluar malam kecuali dihantar.
Lagi satu agak bahaya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Tipu lah kalau cakap tak terkilan langsungkan.
Dah lah tahun akhir. Nak juga cetuskan pengalaman manis disini. Agak terkilan juga apa yang
dirancang tak menjadi. Terus terlintas dihati, " Pengetua serius tak adil! "
Tak baik fikir negatifkan. Baik kita fikir ke arah positif. Then kaunselor cakap lagi,
tapi kalau nak buat jamuan kelas masing masing, still dibenarkan.
Next week sekolah cuti tiga hari. Fiuwwwww syoknya cuti! Then hari Rabu next week
dah rancang dengan ustazah nak buat jamuan kelas. Waktu tu still dalam cuti lagi.
Nak buat BBQ bagai dekat sekolah. Ok serius serius serius sangat tak sabar!
Jamuan tingkatan lima tak menjadi, jamuan kelas 5 Syumul pun ok juga! Kui kui kui.


Ain nampak abang tadi waktu rehat dekat kantin. Tengah makan atoto serius comel. Ain nampak abang terpandang Ain. Tapi Ain takut salah orang then terus Ain toleh ke arah lain. Sorry.

 


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)