Sweet Memory.




Assalamualaikum. Disaat saya sedang menaip entry ini fuh mata tengah tahan mengantuk.
Pagi tadi seharian jaga my grandpa dekat hospital. Ok tipu sangat lah seharian.
Waktu melawat pun jam 1.00 p.m tipu sikit sikit sudah lah Ain. Ok dari jam 1.00 - 5.00 p.m.
Aduh perlu ke bagitahu semua ni? Perlu ke? Suka hati lah kan. Kui kui kui.
Tokki saya saaaaaakiiiiiiiiiittttttttt! Nama lagi hospital mesti lah sakit.
Ada ke orang nak dok hospital saje main santai santai taik minyak. Ada ke? Ada ke?
AINNNNNNNNNNN! Please stop it. Pukul karang, nak? Nak? *sambil tangan dah naik dekat atas*
Ok! Hik hik hik. So tadi saya bukan duduk sangat tempat tokki saya tu, tapi saya sibuk
dok merayap dekat hospimart beli air kotak soya! Aduh aku meroyan sunggoh dengan menda alah ni tau,
dekat kantin jangan harap nak jual dah, ni rasa macam nak protes ni. Pakcikkkk kantinnnnnn!
Tetiba pula nama pakcik kantin ada, kui kui kui. Tapi saya sebagai cucu mithali lagi main tali,
duduk tepi tokki saya tu sambil picit picit urut urut tangan urut urut kaki fuh rasa macam
boleh diiktirafkan dah. Haha bajet. Tokki saya pesakit kanser. Oh, kanser apa? Kanser pancreas.
Serius cakap macam sedih sangat dengar. Dengar pun sedih, alangkah menderitanya tokki saya
yang sedang alami penyakit itu. Tapi yang pasti tokki saya tak tahu pun dia pesakit kanser.
Yang dia tahu dia cuma ada penyakit pancreas. Tak ada sapa yang sanggup bagitahu tokki saya
tentang itu. Mata kuning semua. Sedih sangat. Tokkkiiiiiiii! Semoga cepat sembuh!
Semua sayang tokki tau. Nakkkkkkk tokkiiiii cepat balik rumah. Nak tengok tokki senyum semua tu.
Then tadi saya pergi toilet wad lelaki kan basuh bekas makanan tokki, tetiba ada bangla
cuci toilet pandang semacam aje, fuh jalan laju kemain! Takut doh.

Dan saya? Saya pernah ada pengalaman stay dalam wad kanak-kanak dekat HTAA Kuantan.

Waktu itu saya darjah lima. Tahun 2005 lah kan. Bermakna peristiwa ini dah hampir 6 tahun berlalu.
Tetapi ia tetap utuh dalam hati dan fikiran saya sampai bila bila. Waktu ni still macam kanak-kanak
riang semua tu lagi. Hingus pun masih lap dekat tudung lagi. Main kejar kejar luar kelas lagi.
Kena rotan dengan cikgu lagi. Masa tu ada rombongan. Rombongan ke Santuary Penyu kalau tak silap.
Rombongan tu untuk pelajar yang dapat no 1 hingga 10 dalam kelas so bermakna setiap kelas 10 orang.
Esaited jangan cakap lah. Esaited sangat rasanya. Sebab waktu tu Santuary Penyu tu agak
menjadi tumpuan semua orang. Sebab tu cikgu nak bawak ke sana. Cakap dekat kawan kawan
whoah kita nak pergi tengok penyu ni aku tak sabar ni aku tak sabar ni woi woi woi woi!
Gembiranya waktu tu. Lepas sampai dekat sana macam biasa lah. Nama lagi tempat penyu,
so banyak gila lah spesis penyu dekat situ. Besar bapak! Happy lah ni cikgu nak main tangkap
tangkap gambar kita dengan penyu shukewwwnyewww shukewwwnyewww kitewww!

Nak dijadikan cerita, balik daripada Santuary Penyu tu saya demam panas!
Ulang tayang sekali lagi tak berapa nampak lah, DEMAM PANAS! Serius tetiba aje demam
panas lepas balik dari tempat tersebut. Suhu badan naik secara mendadak. 
Badan semua lemah. Masa tu antibodi mana kuat lagi, demam panas terus lemah. Tak larat.
Maka bila badan tak kuat, terbluerkkkk bluerkkkk keluar lah cecair segala benda yang
makan sebelum ni semua terkeluar. Masa tu keadaan memang tenat. Nak jalan, kena pimpin.
Dalam sehari tu, tidur aje. Memang tak kuat nak buat benda lain. Lepastu dah tengok
saya demam panas lagi muntah tak habis habis terus umi hantar pergi Poliklinik Beserah.
Alah doktor macam bodoh tahu? Ops. Check check lepastu terus suruh balik macamtu je. Shit.
Yang saya ni badan gila tak larat lah. Keluar daripada Poliklinik tu, sekali lagi saya termuntah!
Betul betul depan pintu Poliklinik tu, Haha padan muka! Ni makan dia. Doktor tu macam acuh
tak acuh je then terus pergi refer dekat HTAA Kuantan. Duduk dalam kereta tu tidur jelah.
Masa tu serius ok tak tipu hampir hundred percent badan tak mampu bergerak lagi.
Masa tu budak budak lagi en, so bergantung harap pada umi jelah. Taktahu papepun lagi.

Dekat HTAA pergi wad kecemasan masuk air. Masuk air semua tu, wuwu menangis tak terkata.
Then masa tu juga doktor suruh masuk wad! Sorong dengan kerusi roda naik wad kanak-kanak.
Waktu tu dah malam, orang ramai lagi kot. Waktu tu perasaan malu tak timbul lagi, kalau
dah besar macamni sorong naik kerusi roda macamtu ok memang malu. Buat apa nak malu?
Bukan tak pakai baju. Cettttt! Naik dekat wad ok tak ingat wad kanak-kanak tingkat berapa.
Badan dah agak beransur pulih. Air still disalurkan dalam badan. Waktu first tu sepupu
yang jaga. Umi kerja keesokan harinya, abah kerja semua tak boleh jaga. Menangis lah masa tu umi balik
fuh macam budak budak. hik hik hik. Then pagi tu tokki dengan tok pula datang jaga.
Masa tu tunggu giliran nak kena suntik! Suntik apa pun taktahu. Sekali jarum tu masuk
dalam urat tangan saya ni, hanya Allah sahaja yang tahu. Huwaaaaaaaaaa! terus menangis.
Waktu tu kerja saya menangis aje lah sampai lebam birat mata.

Mula mula masuk wad tu saya ditempatkan di tempat macam ramai ramai gila orang bising
nama lagi wad kanak-kanak kan baby baby nya lagi. Jadi disebabkan itu, saya dipindahkan
ditempat yang agak aman sentosa jauh dari keriuhan kanak kanak. Mula mula macam taknak,
tanya umi kenapa kena pindah pula? Duduk sini dah best lah umi.
Duduk tempat hujung sikit agak boring. Tiap tiap hari bosan. Malam takdooo orang jaga.
Takut ok. Just nurse aje lah yang teman. Lepastu nurse ajak borak borak waktu kasi ubat.
Waktu ambik ubat pun badan saya lemah sangat. Taktahu kenapa,
Semua ni punca lepas balik dari Santuary Penyu tu. Sumpah saya tak akan lupa sampai bila bila.

Lepastu keesokan paginya umi datang bawak makanan. Setiap kali doktor suntik jarum
dekat urat tangan saya ni, saya mesti menjerit sambil menangis kuat sampai satu hospital
boleh dengar. Apa saya heran. Nak buang air besar air kecil waktu tu pakai bekas je.
Serius macam orang sakit tenat dah woi. Pergi bilik air kena pimpin segala. Macam orang tua!
Masa tu free hair lagi. Tudung tak melekat lagi di kepala. Agak bebas sikit masa tu,
Sepupu sedara ayah sedara tiap tiap hari datang penuh tempat saya tu dengan kehadiran mereka.
Sayangnya mereka dengan saya. Riuh woi macam pasar malam. Nasi yang ada untuk pesakit
semua kena kebas dek semua orang. Masa tu selera saya dah mati. Saya asyik ketiduran.
Tidur. Tidur. Tidur. Sampai satu saat orang ramai ramai dekat situ saya asyiik tidur,
umi cakap dengan nada agak kuat ditelinga sebelah kanan saya, 
Kalau awak nak tidur je, baik umi suruh semua orang turun! Nada suara umi agak marah ok.
Fuh saya terus celik kan mata dan dekat semua orang serius macam apekejadah je kau Ain.

Tiap tiap hari saya nangis sebab tiap tiap hari kena tukar benda alah yang melekat dekat tangan
saya tu. ini bermakna tiap tiap hari kena suntik dengan jarum! Fuh tiap tiap saya meraung!
Sedih sangat tau. Sampai ada satu saat tu doktor tanya, "Jarum tu dah lama kan?",
saya dengan riak selamber lagi takut, "Errrrr tak lama lagi. Baru je ni". *tipu sunat*
Takut dah tiap tiap hari kena masuk jarum dalam urat tangan. Sehingga kini bekas jarum
tu still melekat. 

Dalam dua minggu berlanjutan semua ni dan sampai ke penghujung episod ni,
waktu saya kena ambik air tulang belakang. Awak tahu apa itu air tulang belakang?
Saya tak tahu macamane rupa dia. Yang saya tahu waktu saya kena bius sebelum masuk
bilik operation saya buat buat tidur lah kononnya padahal tak terbius pun, saya dapat
rasa ramai dok sorong saya masuk bilik operation tu tau. Saya boleh dengar umi cakap semua.
Dalam keadaan separa sedar, saya jeling jeling doktor hensem depan saya. Fiuwwww sempat!
Nurse ni dah ramai pegang kaki tangan saya sebab takut terkejut sakan pula karang,
Lagi bertambah esaitednya saya. Then terjadi proses ambik air tulang belakang tu,
sakit hanya Allah yang tahu. Selesai daripada tu, saya ingat dah tak ada papehal dah,
tetiba doktor hensem ni tanya, "Jarum dekat tangan tu dah lama kan, meh doktor cocok
yang baru punya". Fuhhhhhh berair air mata. Lepas seminggu tu dah boleh keluar.

Sadis sangat keadaan saya waktu tu. Kalau waktu boleh diundur, serius takmooo pergi
Santuary Penyu tu lagi. Tapi saya dapat pengalaman! Manis juga. kui kui kui,
Oh, baru saya tahu. Kalau umi tak tandatangan surat yang saya akan ambik air tulang belakang tu,
kemungkinan besar umur saya tak panjang atau saya mungkin akan lumpuh sekarang ni.
Umi ambik keputusan yang bijak. Ya Allah! Kau masih panjangkan umurku. Terima kasih Ya Allah.
Peristiwa ni tak akan pernah saya lupa sampai bila bila!



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)