Al-Fatihah.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita pulang. Semoga roh tokki ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Sekalung doa ku panjatkan ke atas arwah tokki. Al-Fatihah.
Assalamualaikum. Saya ambik masa untuk beberapa minit. Semalam Khamis 3 November 2011
tepat jam 6.25 minit pagi tokki telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HTAA Kuantan.
Ya Allah! Sedih tersangat sangat lah sedih. Sebagai antara cucu yang tinggal berhampiran,
pemergian arwah sangat dirasai. Selama 17 hari tokki ditempatkan di wad lelaki di tingkat 5
kerana telah disyakki menghidap Kanser Pancreas. Tengok keadaan tokki dekat hospital pun
rasa macam, Ya Allah jika kau hendak mengambil nyawa tokki ku pun aku redha.
Kesian sangat. Kita yang tengok pun rasa sakit, ni kan pula orang yang merasainya. Subhanallah.
Kerana rentetan waktu kerja umi, saya hanya dapat melawat tokki sabtu ahad aje dekat hospital.
Tapi saya puas! Sumpah puas. Sebab semasa hidupnya, walau seminit ni kan pula sesaat
segala keperluannya dihospital tidak pernah anak-anaknya memandang remeh.
Ya Allah, untungnya orang ada anak 10 orang dan kesepuluh-puluhnya mampu menggalas
tanggungjawab kepada ibubapa mereka dihari tua dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Dan daripada itu, anak-anak tokki tak pernah abaikan tokki walaupun sesaat sehingga ia mampu
memberi semangat dan kekuatan untuk berjuang dengan penyakitnya tapi semuanya Allah dah tentukan.
Allah lebih menyayangi tokki.
*Saya guna aku*
Semalam
Pukul 5.30 pagi umi dengan abah dah siap siap nak keluar. Tanya umi, aikkkk awalnya pergi kerja?
Umi cakap, umi bukan nak pergi kerja, umi nak pergi dekat tokki. Tokki makin teruk. Doktor
suruh anak anak dia berkumpul dekat hospital. Then umi cakap lagi, dan ke tak tokki ni raya haji.
tapi kalau dia pergi pun, redha. Seksa sangat tengok dia sakit tu...
Aku sekolah sepatutnya harini. Tapi umi cakap kalau tokki makin teruk awak tak payah pergi
sekolah lah duduk rumah aje. Then ok. Pukul 6.30 pagi umi call. Ingatkan nak suruh aku
siap siap nak pergi sekolah tapi lepas aje aku angkat call daripada umi tu, aku dengar umi menangis.
Then umi cakap, tokki dah takda! Duduk rumah elok elok. Nanti pape hal umi call lagi.
Pantas mulutku menyebut kalimah ini, INNALILLAHIWAINNAILAHIRAJIUN!
Pergi tandas basuh muka kejap, duduk atas katil menangis. Itu modal aku. Sumpah saat itu
perasaan sebak tak dapat dibendung lagi. Perasaan hiba sukar ditafsir. Saat tu juga apa
yang aku ingat kembali kenangan bersama tokki. Setiap minggu pasti ke rumah tokki.
Then tokki bergurau gurau dan kenangan yang paling aku tak dapat lupa sampai sekarang
2 tahun lepas tokki pernah cakap, Nanti kawen duduk atas belakang tokki tokki gendong
haruk keliling kampung ye. Ya Allah bila ingat kenangan tu hati aku makin bertambah sebak.
Setiap kali pergi rumah tokki sebelum balik mesti cium tangan cium pipi kiri kanan. Tak pernah missed!
Dalam setengah jam aku duduk bertafakur atas katil. Hari ini dalam keadaan tak rela,
aku terpaksa ponteng sekolah. Berkira kira dalam hati tapi kalau harini aku ke sekolah juga,
maknanya aku kejam sangat. Entah. Aku rasa aku kejam kalau pergi sekolah hari semalam.
Satu mesej pun aku tak kirimkan dekat Sue. Biasanya kalau aku ada hal, pasti Sue menjadi sasaran utama.
Aku sambung tidur. Mata agak kelihatan lebam sebab penat menangis. Sedih tak dapat
bersama tokki disaat saat pemergiannya. Tunggu umi call balik. Dalam pukul 9.00 pagi, umi call.
Suruh siap siap jiran sebelah rumah aku pergi hantar rumah arwah tokki. Abah busy uruskan
jenazah. Bangun mandi cari baju sesuai then terus tuju ke rumah arwah tokki. Dalam perjalanan
tu perasaan sebak hanya Allah yang tahu. Kenapa sedih sangat ni? Sesampainya rumah tokki,
orang dah ramai. Penuh. Nasib baik rumah tokki agak besar alhamdulillah mampu menempatkan
seberapa bilangan orang yang datang. Naik atas rumah ikut pintu dapur, cari umi.
Sampainya aku diatas, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring disatu sudut. Pantas umi peluk aku!
Saat tu juga aku menangis. Sebaik baiknya cuba nak tahan, tapi hati lembut susah nak tahan.
Umi cakap, sabar ye sabar! Nak cium tokki. Umi bawak aku ke arah arwah tokki yang terbaring kaku.
Pilu sangat hati ni. Masa tu dah ter-esak esak. Empangan air mata aku melimpah ruah seakan akan
tidak rela atas pemergian arwah tokki. Umi cakap lagi, kesat air mata tu. Jangan kasi air mata
awak tumpah dekat atas muka tokki. Terseksa tokki nanti. Aku tahu umi pun nak menangis,
tapi umi tahan. Aku ambik hujung tudung, kesat sisa sisa air mataku.
Subhanallah, sesungguhnya aku tak mampu menahan kesedihan ini Ya Allah.
Umi buka kain yang menutupi sebahagian wajah suci arwah tokki. Dengan kekuatan yang
masih bersisa dalam diri, aku cium dahi tokki dengan perasaan yang penuh kasih. Agak lama.
Ya Allah, wanginya! Semerbak bau. Padahal waktu tu tak mandikan jenazah lagi. Tapi wangi sangat!
Duduk disatu sudut, empangan air mata ini tak mampu lagi ku tahan. Menangis lagi menangis lagi.
Sangat tak sangka arwah tokki boleh tinggalkan kami seawal ini. Terlampau sedih!
Disebabkan ruang tamunya agak besar jadi disatu sudut dengan ditutupi kain kelilingnya
tempatkan tokki disitu. Baca yassin untuk arwah tokki. Semakin jarum jam menggerakkan waktunya,
semakin ramai orang datang. Penuh dah satu rumah. Selepas orang dah beransur dari tempat
arwah tokki tadi, aku pergi untuk sedekahkan yassin untuk arwah tokki. Saat itu cuma ada
aku dan sepupuku seorang. Nasib baik tak ramai orang waktu tu. Aku perlukan ketenangan untuk
menghayati tiap bait bait ayat yassin itu. Semuka, dua muka, tiga muka surat aku mampu tahan
lagi sebak. Tiba ke pertengahan ayat yassin tu, sekali lagi empangan air mataku melimpah ruah.
Sebak tiba tiba datang. Sambil baca, sambil menangis, sambil air mata menitik atas surah yassin.
Mata habis merah. Muka merah semua. Suara makin perlahan. Dan akhirnya alhamdulillah aku
dapat menghabiskan ayat terakhir surah yassin sehingga doa lepas baca yassin tu pun aku baca.
Alhamdulillah Ya Allah! Aku mampu sedekahkan yassin dekat arwah tokki. Aku bersyukur.
Semoga aku tabah untuk mengharungi semua ini. InsyaAllah.
Dalam area jam 11 pagi jenazah dimandikan. Semua berjalan lancar. Macam tak ada masalah
langsung dalam pengurusan jenazah tokki. Alhamdulillah, biasanya orang baik macam tu lah.
Usai dimandikan, jenazah dikeluarkan dari bilik mandi. Masa orang usung jenazah tokki tu,
semua orang esaited nak tengok. Yang aku esaited nak menangis. Pertama kali dalam kamus hidup aku,
tengok orang menguruskan jenazah. Dan jenazah itu jenazah arwah tokki ku. Walaupun tirai
yang menutupi tempat arwah tokki, aku dapat rasai. Selesai mengapankan jenazah,
10 orang anak anak arwah, 70 orang cucu arwah mungkin tak semua yang berada ketika itu,
dan 20 cicit arwah dan juga tidak semua berada disitu, memberikan kucupan terakhir
di wajah suci arwah tokki. Suci sungguh wajah tokki ketika itu. Senyum. Manis sangat.
Semua menangis waktu tu. Sorang sorang tunduk dan cium arwah tokki untuk kali yang terakhir.
Tiba di giliranku, kesat air mata dulu dan cium pipi kanan tokki cium pipi kiri tokki dan
buat yang terakhir kali cium dahi tokki. Lama. Subhanallah wanginya arwah tokki!
Ciuman terakhir buat arwah tokki untuk selama-lamanya. Semoga tokki tenang di alam sana. Aminn!
Tunggu akak dari Ipoh. Mujur waktu tu ada sepupu yang ke sana. Macam kebetulan sangat.
Jenazah tokki terpaksa dibiar dulu sementara nak tunggu ada cucu yang belum lihat jenazah.
Pukul 12.30 tengahari akak sampai bersama Abang Mad. Akak lagi sedih sebab langsung
tak dapat tengok tokki masa dekat hospital. Tiketnya sepatutnya jumaat tapi nasiblah. Selesai semua tu,
jenazah disembahyangkan. Pilunya tengok. Saat dan ketika itu, hujan tiba tiba lebat.
Mungkin hujan rahmat menangisi pemergian arwah tokki. Selepas Zohor, jenazah dibawa
ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Semua berjalan lancar dan dapat diselesaikan
secepat mungkin. Alhamdulillah. Tahniah buat 10 anak-anak arwah merangkap ayah sedara dan
mak sedaraku. Tak pernah mengeluh walau sesaat untuk jaga arwah tokki. Umi, tak pernah
merungut walaupun seharian penat bekerja pergi pagi balik malam tetap pergi melawat tokki walaupun
sekejap, ayah su ayah da ayah teh ayah ngah ayah long tak pernah bertengkar sapa nak jaga
tokki malahan sampai berebut turn sapa nak tidur teman tokki malam. Kalian semua anak anak berjasa.
Patutlah semua tak terkilan. Pemergian tokki dapat dijangka. Semasa hidupnya dijaga dengan rapi.
Tak pernah terbiar. Berjasa arwah tokki didik anak anak dia sampai macamni. Alhamdulillah.
Ya Allah Ya Tuhanku, semoga tokki dapat jawab soalan kubur dengan tenang. Kau tempatkan lahdia dalam kalangan orang orang yang beriman. Semoga dia tenang di alam sana. Kau cucurilahrahmat ke atas arwah tokki. Amin ya robbil alamin.
7 orang manusia cantik:
al- fatihah utk arwah tokki... nangis bace entry neh. :'(
menangiss . felt same before Ramadhan . be strong :')
salam takziah ...
Al-Fatihah! keep strong sweety. Moga arwah atok ditempatkan bersama orangorang yang beriman. aminn aminn :')
sabar ye kak....
uwaaaaa sedih,
Al-Fatihah wat arwah
al-fatihah.. sabar ya :)
Post a Comment