Langit tak selalunya indah.




Saya guna aku.

Harini nak cerita pasal kawan. Kawan teman sahabat. Semua tu dalam satu payung 
yang sama. Tanpa kawan mungkin kau tak dapek weh nak survive diri kau sorang sorang.
Mati katak lah kalau kau buat semua sorang diri. Dan sapa sapa yang boleh buat semua
benda atas dunia ni tanpa bantuan seorang sahabat, orang tu memang tak bertuah.

Kawan ni ada macam macam jenis. Jenis kawan baik/kawan jahat/kawan makan kawan/
kawan musuh dalam selimut dan paling pedih sekali kawan tikam dari belakang. Backstabber.
Macam tahik tahu tak kalau dapat kawan cenggini. Kalau tikam sikit sikit tak apa lah juga
ni tikam sampai berlubang. Rasa macam nak tikam balik backstabber tu dengan pisau rembo.

Kawan kadang-kadang tak semuanya baik. Tak semuanya suci. Tak semuanya berhati tulus
dan mulus tanpa debu. Banyak yang palsu/berlakon daripada yang ikhlas. Acting je lebih.
Kau kalau nak jadi sangat pelakon masuk tv lagi bagus. Dapat juga income. Ni berlakon baik
depan kawan, buat apa? Dah lah tak dapat apa apa, sia-sia pula tu. Tak rasa macam
kau antara golongan yang cetek akal? Berlagak bodoh depan orang. Bodoh tahu bodoh.
Kadang-kadang depan kita ya Allah baiknya tak jauh beza macam malaikat. Tapi belakang
kita macam syaitonirrojin. Perangai sungguh. Duniawi duniawi.

Lagi sedih kawan yang suka mengikut atau peniru. Bukan yang suka meniru dalam exam ke
hape tapi yang suka meniru/mengikut apa je barang yang kita ada. Kita ada seluar tidur
kaler pink bunga tahik ayam, oh dia nak beli juga. Tak pun ada spender kaler purple, 
bersungguh juga nak sama. Dapat kawan cenggini memang tiap tiap hari makan dalam lah
jawabnya. Nak tegur, takut makan hati. Tak tegur, makin menjadi-jadi. Bila dah jumpa
buku dengan ruas, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah jijah woi.

Sadisnya kalau dapat kawan yang suka berdengki. Tak kira lah berdengki pasal kita dapat
markah tinggi sikit dalam ujian ke, dapat coklat cadbury dari boyfriend kita ke, dapat
beli pen kaler pelangi banyak sikit ke ataupun dapat hadiah dari cikgu sebab dapat result cun.
Si pendengki mula tak senang duduk. Muka berkerut dah macam nenek nenek. Muntot
terkemut-kemut 360 darjah persaat. Siap ah pagi esok, siap kau peah siap kau. Pagi esok
aku letak paku dekat kerusi kau biaq bocor muntot kau. Baru kau tahu betapa seksanya
batin aku tengok kau lebih dari aku. Monolog dalaman. Kesian lah kalau kau dapat kawan
cenggini. Suka monolog sorang sorang macam watefak. Hati busuk macam telur tembelang.
Busuk. Hanyir. Tengik. Masam. Masin. Hangus. Hitam legam hak tuih.

Alangkah hancurnya hati kita kalau dapat tahu kawan kita berperangai 'kawan makan kawan'.
Middle finger lah wei. Dah tak cukup beras kot dekat rumah sampai sanggup makan kawan.
Macam kambing. Dah tahu diri tu tak cukup makan jangan sampai kawan pun kau nak telan.
Cambangang cambangang. Bila bercakap tu saling tak tumpah macam gadis ayu tak pun
gadis akhir zaman lembutnya alahai geli. Bila belakang kawan macam manusia bertanduk kan
jin. Wahai manusia, hidup ni jangan lah fake sangat. Jadi diri sendirik kan lebih superb?
Nak berpura-pura jadi jahat tu apakejadohnya minah. Rosakkan hati. Rosakkan jiwa.
Rosakkan diri kau sendirik. Bertuhankan setan, kau mahu? Manusia dilahirkan apa asalnya
semua suci. Jangan kotorkan ia dengan perkara yang jelek. 





Mereka teman teristimewa. Sungguh istimewa. Terima kasih kawan. Sekian. Assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)