Menunggu bulan jatuh ke riba.




Assalamualaikum. Saya boring. Sangat boring. Terlalu boring. Boring terlampau k cukup.
Harini sumpah cakap boring gila duduk terperap dalam rumah tak buat pahape bosan bosan
mengadap hem facebook lepastu blog ehem bukan mengadap buku tapi SPM saya tak habis
lagi tapi cenggitu lah bosan bosan kemas bilik harini ahkak saya balik dari Ipoh so kalau
tak kemas bilik jakgi dia maghoh dalam kurungan marah ye jangan nak tuli sangat adoi
lepastu tengok tv lepastu makan eh eh kulit makin putih woi asyik terperap dalam rumah
belang belang pun dah takdoooo alahai shukewnya bila rasa boring cemnik baru terasa
betapa bahagianya kalau masa ni jawab SPM dalam dewan seminggu tak ada paper hew hew.

Perasan tak ayat dekat atas ni tak ada noktah/titik langsung kan? Ini bermakna saya sedang
ngomong eh tak menaip dengan sekali lalu. Kalau dalam karangan ni mesti bonda buat
palang palang banyak gila sebab takdoo noktah. Eh bonda, tetiba kangen alahai bonda.

Tajuk sila abaikan ye saje nak kasi gah sikit ehem. Tunggu ye Ain bulan apa entoh jatuh
ke riba kau tu. Kalau jatuh, berlubang wo peha. Aduh tak cun ah lepasni gulp!

Duduk rumah enjoy enjoy sambil jaga kulit pakai bedak sejuk lagi best k. Daripada merayap
tak ada hala tuju macam hidup tak ada motif hem dan sebenarnya saya bukan kaki merayap
jauh sekali nak jadi perayap. Rumah sendirik adalah tempat terbaik untuk enjoy enjoy ye 
anak-anak biar stay sorang pun. Bukan rumah kawan atau rumah balak hang. Tapi
kadang kadang mati kutu juga. Jalan penyelesaian terbaik, tidur jelah. Dasar anak dara!
Tapi tak susah kan orang ye dak? Hidup jangan menyusahkan orang, nanti dibenci. 
namo namo namo jadi cenggitu tau comel.

Saya masih buntu memikirkan UPU ni. Masa mohon pun dah rasa bermasalah, kalau dah dapat
nanti lagi bermasalah gamaknya. UPU, please be nice to me. Jangan buat aku penasaran
cenggini. Stress lee. SPM tak habis lagi ni. Cukuplah SPM je buat aku stress. Kau jangan
buat aku jadi gila lah gila dasar gila. Kalau UPU ni manusia, nak je aku terajang sedas dua.

Hari yang dinanti nantikan semakin hampir. Debaran semakin terasa. Kemerdekaan akan
dicapai. K sikit je lagi. Kemerdekaan ni khas untuk budak SPM je ye, yang lain tak payah
nak sibok lah nak enjoy juga hek eleh sibok je ish. Rasa macam eh tahun depan dah 18?
Rasa macam baru 8 tahun ehem tetiba nak jadi muda mudi semula lettew geli. Habis je exam
6 haribulan nanti baju/tudung/kain sekolah buat bahan contengan tak pun gumpal gumpal
buat kain buruk dekat dapur. Mesti umi shukewww sebab tambah lagi kain buruk dekat
dapur buat alas kaki. Alahai umi. Segala alat peralatan berkaitan apa jelah pasal sekolah
nak kumpul letak dalam plastik hitam then buang dekat tempat pembuangan sampah. OHSEM!

Tak lupa juga dengan buku buku rujukan semua tu adoi banyak gila atas meja umi dah
bising suruh kemas tapi alasan saya lepas SPM lah umi lepas SPM lah orang buang yek.
So terpaksa lah tiap tiap hari semua isi rumah dalam rumah saya ni kena hadap buku saya
yang bersepoh segala nama je anak dara tapi pemalas ya robbi. Saya sendirik pun tak
tahan nak tengok, ni kan pula orang lain. Mesti muntah hijau lah lepas tengok tu. kui kui kui

Orang tua cakap kalau dah habis SPM maknanya boleh kawin kan kan kan? *kenyit mata*
Umi nak kawin moleh takkkkkkkkkk? Ya Allah berani mati sangat lah ni. Mesti umi cakap,
masak pun yang adoo. Lepastu laki awak dengan awak awak sekali makan dekat luar
tiap tiap hari cukup 30 hari laki awak kawin dengan makcik kedai tu. K dah moleh hafal
skrip umi yang ni. Ahaks. Bertekad dalam hati, lepas SPM ni nak belajar main mashak mashak
dengan umi. Jakgi kena perli lagi. Lepastu moleh kawin. Gatalnya gatalnya tolong garu?

Yang penting lepasni dah moleh enjoy sampai jadi anjing gila. Anjing gila adalah sejenis
penyakit ye. Entoh saya belajar dalam science hem. Anjing gila pun anjing gila lah yang
penting nak bersenang lenang tanpa ada bebanan lagi lepasni. Nak jumpa dia dia dia dia
dan semua! Awak tunggu saya eh lepastu kita tengok Ombak Rindu sama sama tapi awak
belanja lah ye adoi shoooo shweet tak sabar nak tengok muka awak yang latest punya!
Ya Allah berikan lah aku kesabaran. Kalau boleh sekarang juga aku nak pergi terkam dia.
Fuh gelojohnya kau ye jah. Dasar samdol sungguh. Pukul nak? Anak orang tu ish.

Akhirul kalam, secara keseluruhannya saya sangat boring. Seminggu tu takdoo paper haih.
Next week ada class Economy. Ayoyo! Cuti cuti pun duit masyukkkkk. Tiap tiap hari
abah bagi 5 hinggit. Lama lama kaya aku dapat bapak cemnik! Ahaks. Kuatkan semangat
aku sebab tiap tiap hari kena duduk rumah sorang. Mana tak bosan alahai.
Nak mandi lepastu nak tengok Maharajalawak Mega mintak mintak harini ohsem lagi.
K assalamualaikum. Much love <3 



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)