Mood SPM #Part 4
*rindunya aku dengan suasana begini*
Assalamualaikum. Gambar diatas menunjukkan ada budak tu dia tunjuk peace macam
entahpahape pakai baju koko seluar putih palang seluar tidur itu adalah saya. Watehek.
Ya Allah. Kenapa happy sangat muka aku tu? Speechless. Jamuan makan makan haruslah
mempamerkan wajah ceria. Melantak lah katakan. Waktu ni kelas Addmaths sebelum SPM.
Agak agak lepasni dapat rasa lagi tak suasana cemnik? Dah masuk mana mana IPT nanti
terasa lagi tak suasana cemnik? Mungkin. Tapi saya bet tak akan pernah sama macam
dekat sekolah. Alahai sekolahku kawanku, berat hati nak tinggalkan kau tahu. Tapi kalau nak
masuk form five balik semula, haha memang tak lah kan. Simpang kui kui kui. Gambar ini
diambil secara spontaneous dan tak sangka hasilnya begini. Comel. Cun muah muah.
Sebelah kiri saya tu, Sue. Dia yang paling rapat dalam tempoh 3 tahun ni. Asyik asyik dengan
dia. Bila dia hilang, mesti gelabah. Ain taktahu lah Sue nanti bila belajar dekat mana mana
mesti rindu sakan walaupun Sue perli Ain asyik update blog jekan tetap Ain nak rindu juga
walaupun sebenarnya makan dalam ok tapi takpelah ku terima seadanya. k dah sedih bai.
Additional Mathematics. Apa yang moleh saya katakan disini soalan dia cun sih.
Alhamdulillah, saya tak pernah selama 2 tahun ni jawab Addmaths dengan se-yakin ini.
Soalan depan depan confident jawab insyaAllah sebab familiar dan selalu buat dan yang
belakang dan seterusnya tawakal jelah kan. Bak kata budak tu, Addmaths senang sangatlah
pejam mata je aku jawab tadi. Pun moleh *tangan dibahu mata buat juling*
Semalam lepas habis paper 1, ada masa 3 jam untuk rehat. 3 JAM YOOO MANA LAMA PUN!
Waktu tu hujan lebatnya jangan dibilang. Perut masing masing berkeroncong.
Nak balik, hujan. Dan saya kalau balik rumah memang tak datang dah lah kan lepastu.
Kalau stay je dalam surau sampai 3 jam tanpa makanan, mati kebuluran sapa nak tanggung.
Yang penting, sapa nak tolong jawab kan paper two Addmaths untuk kami 7 orang ni jakgi.
Then keluar dari surau cari payung. Kemain cari payung segala. Main kidnap je sapa sapa
punya. Bila sharing sharing nasib baik cukup. Kami ber-tujuh pun tak besar mana.
Pastu nampak cikgu, cikgu tegur opss. Jalan jalan sampai depan dewan nampak dekat
tepi penjuru betul betul bertentangan dewan tu, ada payung entah sapa punya entah.
Then suruh myra ambik. Kiteorang punyalah gelak sakit perut woi aku ketawa dalam hujan.
Padahal tak ambik pun sebenarnya. Then Sue cakap, punyalah nak payung kan. Tetiba je ada.
Jauh juga perjalanan kami nak cari makanan. Dalam 3km persegi. Konon. Baris memanjang
dah macam perbarisan maulidur rasul pula kui kui kui. Sepanjang kami jalan tu, orang pandang
pandang. Biarlah kan, dia dia ada mata. Dengan baju kurung sekolahnya, so harini terpaksa
jadi budak senteng kain naik kan keatas sikit macam banjir. Ok cun. Sampai kedai tu,
semua macam kebulur. Mana tak kebulur woi dah lah jawab Addmaths tengah hujan perut
pun dah mintak hak dia dah masa tu. Saya makan nasik lomak nasib baik nasik lomak makcik
tu sedap aum aum. Dah habis tu menyinggah dekat 7 Eleven pula. Beli makanan bila
nak kunyah dalam surau jakgi. Balik semula dekat sekolah, hujan makin lebat. Alhamdulillah
nasib baik cepat sampai kalau tak memang berjeruk lah jawabnya.
Science. Harini 24/11/11 macam biasa sampai awal, 7.01pagi. Muka awal ni tahu.
Hujan Ya Allah lebat kemain. Dah nak sampai sekolah hujan rintik rintik gedik suruh abah
hantar dalam sekolah tapi abah cakap dah lambat then buat muka frusted campur tengik.
Kasut putih basah so harini gedik air pakai kasut hitam ish rasa macam lain macam je
harini taktahu kenapa haih. Hew hew. Duduk tepi dewan ramai yang sedang menjalani
proses menghafal. Tapi paling sedapnya bapak semangat doo hafal step inertia untuk
essay paper two sebab gerak hati rasa yang tu keluar tapi mesti ramai frusted kan
inertia tak keluar sekali keluar nutrient plant semua tu daa. Mujur saya ingat step dia sebab
dah pernah buat masa ujian Ogos dulu. Lepastu soalan 12 pasal saturated unsaturated tu
fuyooo tak sia-sia tergerak hati nak baca pasal tu. Tetiba rasa nak belek belek alhamdulillah.
Dan tadi dah dapat No. Unik ID UPU dari kaunselor. Balik terus online kan UPU ni.
Fasa 1 dah selesai. Macam confident je isi borang tadi, nak berdikari sendirik.
Tapi rasa macam haih kenapa aku macam taktahu pahape ni. Blurrrrrrr-nya lah. Adoi.
Walaubagaimanapun, akak balik dari Ipoh esok tetap nak suruh check kan balik.
Kaunselor cakap suruh letak No. Unik ID ni tapi dari tadi aku tercari-cari tang mana dia
suruh isi unik ID ni. Suruh letak no. I/C je. Kalau tak letak unik ID ni mana boleh buka
tapi aku dah siap isi borang dah pun. OK BLURRRR! Esok check semula. hew hew.
Hanya tinggal 2 paper lagi. Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. 5/11-6/11. Kennot wait.
Assalamualaikum. Much love <3
0 orang manusia cantik:
Post a Comment