Mood SPM #Part 2
Suck! Suck! Maths Mode suck! Jeritan hatiku sejerus selesai menjawab Maths
paper two. Serius suck gila weh. Ku sangka kan panas hingga ke petang
rupa rupanya hujan ditengahari. Haha k tiba. Bayangkan, budak pintar dalam kelas
saya yang super duper bijak pun cakap paper Maths susah nak mati, ni kan pula
saya yang ala ala berlagak pintar hek eleh ni. Semua apakejadoh yang di-spot dan
soalan soalan dari negeri negeri lain yang pernah buat dulu, sungguh jauh
terpesong dari landasan yang kami jangka. Ah PROBABILITY! Kau sungguh berkemungkinan.
Memang macam baby dalam kurungan babi opss. Macam tayik kambing hendaknya.
Kenapaaaaaa kau keluar soalan yang serius shit cenggitu? Yang biasa kita buat
soalan jenis macam lain, tapi bila keluar dalam SPM jenis macam lain ada
rasa macam nak koyak koyak tak kertas soalan tu? Rasa macam ah acano ni samdol?
Rasa nak renyuk renyuk then kunyah kunyah telan. Bila keluar je dari dewan,
Semua buat muka nonsense. Muka yang mengharapkan supaya gred tahun ni jatuh
menjunam gedebak gedebuk gedebek toink toink macam buah nangka jatuh ke tanah.
Soalan itu aras tinggi! Saya mengerti. Saya harap pemeriksa kertas soalan tu nanti
pun poning bila tengok soalan yang hak alah setaraf Addmaths wuwu pecah
kepala eden nak nyemak. Haihh.
Hati ni baru rasa nak lompat-lompat atas bumbung sekolah bila soalan Sejarah
senang dalam erti kata alah KBKK je kot manyak tapi bila tengok Maths cenggitu
perasaan tu terpaksa dikendurkan. Risau ni risau.
Dah lah sebelum masuk dewan haritu cikgu Maths saya bisik ala ala cemnik dekat
telinga saya bila salam cikgu, HAH Ain buat yang terbaik tau! Jangan cuai.
Sesungguhnya terkandung makna yang tersirat dalam kata-kata cikgu tu.
Terkesan disanubariku. Waktu tu saya rasa bersemangat waja nak buat yang terbaik
sebab latihan alhamdulillah gua dah banyak praktiskan. Waktu ketua pengawas
suruh semak kertas soalan yang ada atas meja tu, perggh speechless sebentar!
Soalan first pun dah rasa macam errrrrrr kenapaaaa perlu soalan yang ini?
TELL ME WHY! Mati aku mati aku. Sebab kebiasaannya buat yang jenis lain dan
saya bet tahun ni keluar yang cenggitu, tapi alangkah hancur lebur remuk redam
bagai disiat-siat hatiku apabila tengok soalan jenis lain yang keluar dan saya kurang
suka soalan macamtu. SHIT. Secara tuntasnya, saya redha dengan semua ni!
Saya redha!
Apa yang saya rasa paling senang dalam paper Maths tu, TRANSFORMATION!
Soalan tu buat semangat saya kembali melonjak. Ahakz. Then graf saya check
10 kali woo supaya kecuaian tidak berlaku disitu sebab part graf lah biasa sangat
saya careless. Meroyan apo entah. Saya spot histogram keluar, alhamdulillah.
Dan plane syukurlah tidak perlu menggunakan jangka lukis. Cuma soalan section A
yang mencacatkan semangat saya. Adoi. Down sekejap. Bila buat section B, Up semula!
Sesungguhnya saya dah buat yang terbaik. InsyaAllah, Allah akan beri yang terbaik.
Jumaat saya still pergi sekolah walaupun non-ado paper hari tersebut.
Tapi disebabkan ada kelas agama dan science, pergi jugok leee.
Pagi tu berkumpul dekat surau. Kaunselor saya cakap pasal UPU segala.
Cara nak mohon semua tu lah. Siap cakap pasal cara nak pergi temuduga
sekiranya nanti masuk IPTA mana mana ke yang memerlukan sesi temuduga,
tak ke kau rasa macam nyesal tak dengar tak tengok betul-betul apa yang cikgu
cakap. Ada lah dalam 2 jam serius tak lama pun kan, kui kui kui.
Naik kejang kaki dan kematu muntot.
Jumaat last sekolah kan? Untunglah adik-adik dapat cuti sekolah sebulan kan.
Akak dah tak sekolah tahun depan! Jealous much? Hikhikhik.
Habis paper saya 6 Disember tunggu kawan-kawan yang habis paper 13 Disember
kelak, saya nak pergi enjoy sepuas-puasnya! Nak tengok filem Ombak Rindu.
Lepastu nak jumpa budak itu untunglah dia pun tak dapek PLKN sama sepertiku
moleh lah ketemu ye then kalau nak kerja tu fikir dulu lah kot. Umi tak kasi saya kerja
luar kawasan dan saya pun malashhhh ah doooo habis exam relaks ah dulu.
Apehal nak kecoh kecoh. Tak kan lari gunung dikejar. Goyang-goyangkan kaki dulu,
goyang-goyangkan muntot dulu dekat rumah masing-masing, ada jugok pekdoh.
Makan-makan depan tv. Qadak kan tidurmu wahai sahabat.
Hah gua dapat bayangkan dah betapa nikmatnya dunia saat itu. Ahaks.
Orait bebeh, tunggu part 3 pula yooo. Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment