My keyword Nuffnang.
Assalamualaikum. Cenggini lah gayanya kalau budak SPM yang takdooo paper duduk
rumah mengadap. Bagus. Daripada curi spender rumah jiran sebelah, baik duduk senyap
senyap dalam bilik mengadap mendalah ni, ye dak? Haha spender? Jijik wei tak ada menda
lain ke nak curi. Curi lah barang kemas ke kan, ada jugok pekdoh. ish.
Dah boring macam tiap hari gatal tangan nak update. Tolong garuuuuuu gatal ni. Ahaks gedik
Lepastu godam godam entry lama yang macam haramkejadohnye tu. Masa zaman tak
matang dulu entry nak rempitzzz je pakai shortform bagai eeee geli weh geli tahu tak geli?
Walaupun entry sendirik. Hasil tangan sendirik. Bila baca semula, eeee budok ni jelek haha.
Sapa budok tu? Ni budok ni. Kiranya sekarang ni dah matang lah kan tak guna shortform
segala alahai bila baca nak muntah hijau terasa. Ayat songsang.
Lepastu dah boring terlampau takdoo kerja kan yelah SPM pun tak habis lagi nak kerja
apakejadohnya kan buka Nuffnang search keyword dan saya terjumpa menda alah dekat
atas tu. Sila rujuk gambar di atas.
Hah buntut besar? Buntut sapa weh kau cari dekat blog aku ni? Cambodoh je awak ni tau
haih tak malu betol. Jaga buntut sendiri lagi bagus lah awak, nak jaga buntut orang tu
buat apa. Ni mesti suka jaga tepi kain orang ni kan. Astagfirullahalazim. Jangan search lah
awak benda benda tak senonoh ni dalam blog saya. Awak buat saya nak tergelak sampai
terburai isi perut. Kelakar sangat tau. Ahaks katakau. Sumpah nak gelak sakan bila tengok
benda ni. Kotornya hati tu. Jelek ya salam.
Ain sangap? Ehem ada sapa sapa moleh bagitahu saya, sangap tu apa? Sebab dekat
sekolah cikgu saya tak ada pula ajar benda benda cemnik. Taktahu lah pula kalau masa
cikgu ajar tu saya tak datang. Umi saya pun tak ajar. Saya taktahu sangap tu apa.
Sumpah cakap tak tipu tak tipu. Otak saya still clean and clear. Saya pernah dengar
kawan saya cakap perkataan tu, tapi saya ingat dia cakap 'sangat'. Bunyi lebih kurang je.
Sangap pun saya taktahu apakebenda nak search dalam blog saya ni apehal? Nak gaduh?
Punyalah kotor kan pemikiran awak. Buat lah banyak banyak kali ye. Cukup 40 hari
umi saya cakap tertutup terus pintu hati. Tak kira lah cakap benda benda kotor ke,
tengok benda benda kotor ke kan, 40 hari amalan dia tak diterima. Beware ye.
Kotor disini bukan sampah belakang rumah kau ke apa ke tapi kotor kuasa dua.
Paham paham lah sendiri. Jangan berlagak bodoh sangat, jakgi orang benci. Mahu?
Gangsternya aku harini. Alimnya. Ahaks. Dekat luar saya pemaluwwww dalam blog je
saya macam berani. Jumpa saya dekat luar jangan cekik saya pula ye. Mati jakgi kui kui kui.
Lamanya nak tunggu 5 haribulan ni oh tak sabar dah ni nak jawab paper Akaun dengan
Ekonomi. Dah macam rabbit kepanasan dah ni tahu duduk dekat rumah. Hemmm.
K assalamualaikum. Masuk entry ni dah dua kali bagi salam harini k bai.
1 orang manusia cantik:
aru lepas abez spm eeh. hehhe.. keje laa.. cari duit saku seket.
jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html
Post a Comment