Bibik seperti saya.
Assalamualaikum. Semalam seharian tak menghadap blog terasa semacam hidup tak
tentu arah yu noo haku bukan moleh berenggang sikit dengan blog ni sejak dah
habis sekolah nak je manja-manjaan dengan haku hoiyoo geli pun ada hm.
Semenjak menjadi bibik jadian dirumah sendiri diupah oleh mummy saya makanya saya
harus membereskan segala benda bersepah dekat rumah ni haha ada anak dara macam
takdoo anak dara je kan umi kan anakmu bukan anakku haha apa haku meraban ni kcukup.
Usai tuan rumah ni pergi kerja, si bibik ni still terpungkang atas katil macam baru
lepas perang yu noo terpungkang itu apa ehem terpungkang itu bukan terkangkang ye
cambangang sangat tu tak elok untuk bibik lepasan SPM macam saya dalam erti kata
lain tak senonoh. Jelek nanti orang pandang. Tak ada pula nak datang meminang nanti
adoi gatalnya minah ni. Selalunya bibik ni bangun pun paling awal pukul 12 k.
Haku comfirm kalau bibik betul bangun pukul 12 waktu Malaysia macam haku ni yakin
sangat tak sampai dua hari dah kena hantar balik nepal. Kesian weh kui kui kui.
Saya bibik tiruan bukan bibik betul-an tu. Ah tak cun ah jadi bibik indon tu apa class hew hew.
Disebabkan saya bibik dirumah, so suka hati saya lah nak buat hape hape pun sebab
tuan rumah ni takdoo jadi akan saya godam habis-habisan. Jadi lepas saya mandi
comel comel tempek bedak sejuk hah abah cakap buat hape pakai bedak sejuk siang
hari sambil gelak serius k makan dalam terasa ni. Terus saya menjawab dengan nada
selamba taik kambing atas highway, relaks lah bah. Bukan nak pergi mana pun kan.
Duduk dekat rumah je kot tak salahnya tempek bedak sejuk sikit. Terus senyap abah
saya tau. Sebab dia tahu anak dia ni ratu menjawab. Percakapanmu itu sungguh jujur peah.
Lepas dah mandi saya kemas ah hape hape yang patut. Jemur kain, lipat kain memang
den tak minat sejak azali, basuh pinggan, sapu sapu pokoknya sepertimana bibik
dekat rumah awak buat begitu juga saya. Alangkah hinanya diri ini adoi.
Ekcely saya yang offer diri saya dekat umi nak jadi bibik kui kui kui. Saya takmo kerja
dan saya taktahu nak kerja apa pendek kata semua benda tak kena dengan jiwa saya.
Jadi bila saya usulkan hal ini dekat umi then umi aii cakap, hah bagus juga. Tak payah
kerja. Duduk rumah kemas rumah dan kena pastikan lah bila umi balik semua kena
bersih. Siap licin semua. Nanti umi kasi duit kalau umi puas hati. Haha sebijik haku rasa
diri ini diperlakukan seperti bibik. Comel apaa jadi bibik. Dalam hati ni jiwa tengah
berdansa amboi lawan tauke nampak. Seronok gila kot. Bibik pun bibik ah, duit masyuk
kerja jalan. Itu yang kumahu. Saya bukan materialistik ye.
Walaupun bibik, saya pun tetap kenal apa itu erti bosan mahupan boring walaupun
sama je woi makna dia cuma eja je lain kan haha. Saya tetap nak update blog,
log in fesbuk, blogwalking sana sini situ. Cayalah bibik ada social network. Untunglah
bibik zaman mellinium. Lepas dah siap baru saya menghadap. Ataupun saya menghadap
dulu baru kemas ah lantak mana mana pun boleh. Asal kerja semua clear.
Itu titipan umi.
Lepas dah bosan menghadap pc apa kata kita hadap novel pula. Fuyoo ni baru bibik
siap baca novel segala, baca novel kartun nepal yang di-translate kan ke dalam BM ye bik?
Watehel-nya lah budok ni hm. Saya tengah menelaah novel CINTA KAU DAN AKU.
Ya Allah serius novel ni meruntun jiwa raga sampai satu tahap haku rasa yang haku
nak marah sangat ni apehalnya ni kan cuma fantasi mainan jiwa. Cepat peah
berpijak lah di bumi yang nyata. Sesungguhnya engko bukan di alam fantasi ye ingat.
Emosional tahap empatploh baca novel ni. Kadang-kadang bila emosi sangat kan yelah
terlebih menghayati pula kan mulut ni cepat je tersasul menyebut binatang yang berkaki
empat duduk dalam semak yang bunyi oink oink tu. Farah dalam novel tu jahatnya
macam lahanat. Perangai jelek. Farisya dan Farish. Farisya tu saya bayangkan macam
Scha Al-Yahya. Tomboy comel. Dalam novel semua benda boleh cerita sebab berkhayal
dengan berimaginasi. Comel lawa hensem tampan kiut miut cantik menawan kalbu kentut
busuk hanyir bau tengik. Yang si pembaca yang bodoh ni lah emosi terlebih padahal
benda tu bukan betul pun tapi nampak cam real. Macam saya lah bodoh tu opss emosi.
Bila diri dah dikuasai oleh novel alamatnya semua benda berantakan. Semua benda
tak jadi lah woi. Ain bangun ain bangunnnnnnnnnnn! Alah novel je ke, aii ingat betul
betul baru nak feeling melting jak. Selalu berangan kan best kalau realiti ni macam
cerita dalam novel tu. Semua cerita novel nak sweet je. Dapat laki sweet romantika
hensem cambangang haku rasa nak sorok dalam almari kunci rapat. Selalu saya baca
novel jumpa lelaki yang kaya tahap ada penthouse bagai then minat dekat perempuan
miskin. Still ada ke lelaki baik macamtu? Macam tak logik. Kalau ada, satu dalam sejuta.
Best berkhayal dalam novel. Semua nak sweet manis je aumm.
Tadi waktu saya tengah baca novel ada sorang makcik ni tegur, minatnya awak
baca novel ye. Mesti penulisan ok ni kan. Tersentak aku dalam pembacaan. Macam
tahu tahu je makcik ni kan. Bukan nak riak bukan nak bangga mahupun takbur.
Dari darjah enam hingga tingkatan lima karangan bm yang saya buat selalu cikgu puji.
Fullstop. Sebab apa? Saya suka baca novel sehingga saya boleh mengaplikasikan ia
kedalam setiap karangan yang saya buat. Alhamdulillah.
Kalau ditanya saya tak boring ke duduk rumah 3 bulan tu ya ampun lamanyaa jadi bibik.
Entahlah. Boring. Sapa tak boring asyik terperap dalam rumah macam peram ikan masin
dibawah sinaran matahari lagaknya. Jika diberi peluang kedua saya mahu SPM sekali lagi
haha watehel. Nak ambik lesen kereta ehem motocycle pun saya tak pandai bawak
inikan pula nak bawak kereta usah berangan.
Bila saya godam godam tadi terjumpa thiz pikcer. Waktu ni tengah layan perasaan
plus plus emosional k. Serius emosi. Tangan tu penting macam fikir masalah negara.
Jika ditanya mengapa saya nak jadi bibik di usia muda 16tahun lagi ni akhir tahun
baru masuk 17tahun saya akan jawab, saya nak praktis dulu ni. Jakgi jadi bini orang
senang kerja. Tak payah terkial-kial macam siput babi. Jakgi laki cari lain. Sekian.
Pengaruh novel lah ni peah. Assalamualaikum. Much lovess <3
Haku rasa entry ni serius skema nak mati. Muntah hijau den baca haha k bai.
1 orang manusia cantik:
same la ngn kite,
dok uma kemas2 n bace novel jer..
Post a Comment