Ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka.
1. Perokok
- Yang part ni merokok ni aii yakin seratus peratus perempuan paling tak suka.
Sapa nak pakwe sendiri busuk woi. Bukan setakat kau je berpotensi dapat penyakit
dengan makwe makwe kau sekali jalan nanti. Anak orang tu.
2. Suka mengongkong.
- Sangat mendukacitakan sangat kalau dapat pakwe suka mengongkong. Nak pergi
situ, kena kongkong. Nak pergi sini, kena kongkong juga. Tu tak jadi bini lagi tu,
kalau dah kawin tu mahu sorok bini bawah katil tak bagi pergi mana-mana. Mak saya
pun tak kongkong saya, awak nak kongkong saya lebih lebih ni apehal wak?
3. Hipokrit.
- Yang ini sangat inesen ye. Dalam erti kata lain, suka bermuka-muka. Kalau orang
dah suka bermuka-muka ni lama kelamaan, suka menipu sekali. Baru perfect.
So gegurl, jangan cari yang cenggini. Palsu belaka.
4. Gila seks.
- Yang ini pula annoying. Serius annoying. Kalau dah kemaruk sangat, pergi kawin
lah awak, apani. Saya belajar dalam agama tajuk perkahwinan, kalau lelaki cenggini
baik kawin je. Hukumnya wajib. Jangan rosakkan anak dara orang, kesian tahu.
5. Egois tahap maximum.
- Lelaki memang semuanya ego kan. Walauapasekalipun tetap dia nak mempertahankan
keegoannya daripada runtuh. Tak macho lah tak ego kan. Nanti makwe pijak
kepala, sapa susah. Tapi apa kata rendah kan sikit ego tu untuk orang yang awak
sayang. Ego tahap maximum pun tak best juga. Tak sedap ah bro!
6. Busybody.
- Yang ini pun annoying yu know. Kelakar ah lelaki busybody. Ada macam perempuan
tak sok sek sok sek? Suka jaga tepi kain orang. Tak perasan diri sendiri pun tak
berapa nak sempurna mana. Sibuk hal orang, tak baik tau wak.
7. Hot temper.
- Lelaki baran ni memang perempuan tak suka. Kalau salah sikit, nak marah.
Kalau sepuluh kali jumpa sepuluh kali nak marah, putus lah jawabnya. Kadang-kadang
lelaki ni tak tunjuk barannya masa bercinta, semuanya indah. Lepas kawin,
periuk nasi pun main campak je dekat bini. Masa tu baru tahu erti penyesalan
kawin dengan lelaki begini. Tapi sometimes lelaki hot temper ni, hati baik mungkin.
8. Jiwang terlampau.
- Ini memang tahap kes geli geleman. Ayat semua stok nak ayat novel je. Geli tahu.
Ni macam dah terlebih prihatin sangat ni wak. Tak semua perempuan suka lelaki
jiwang terlampau prihatin sampai meremang bulu roma bulu ketiak semua lah berdiri
tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Baik jadi lelaki sweet daripada jadi lelaki
jiwang tapi hampeh habuk pun tarak. Geli je adoooo.
9. Cemburu membabi buta.
- Hati-hati wak kadang-kadang kalau cemburu cenggini boleh makan diri sendiri tau.
Cemburu pun berpada-pada lah. Tak kan makwe nak jalan dengan schoolmates
sendiri pun nak cemburu bro. Hilang lah kejantananmu nanti.
Thats all. Ini apa yang saya rasa, dan kaum gegurl pun merasa. Sorry kalau terasa.
Sekian. Assalamualaikum.
6 orang manusia cantik:
ok. thanks for sharing ye ^_^ . nice ^_^
oooooo.. *sambil angguk2..
ciri2 ni jugak la yang laki tak suka pada perempuan..hehe
betul betul. :)
setuju setuju :)
mmbaca smbil kta oooo
Post a Comment