Dan kini saya bebas seperti angry bird.





Tepat jam 4.00petang bersamaan Ekonomi Asas kertas 2 penutup tirai.

......

Testing testing one two threee ehem ehem test suara test suara adoi sakit tekak ehem.
Assalamualaikum. Dengan ini saya isytiharkan terputuslah hubungan saya dengan ES PE EM.
Awak tahu apa perasaan saya saat dan ketika ini? Happy lah woi macam nak bako je
dewan tadi helamak nasib baik ES PE EM still berjalan sampai next week. 
Freedom. Bebas. Merdeka. Puas. Tak tergambar rasanya perasaan ni bila ketua pengawas
dengan wajah alahai muka baik ehem berkata, terima kasih atas kerjasama kamu semua
sepanjang SPM berlangsung. Diharapkan semua mendapat keputusan yang cemerlang
nanti. Bebas dari cengkaman cikgu-cikgu ehem. Bebas dari bahan rujukan segala benda
lah kan yang bikin kepala otak haku ni tak pernah tak full. Bebas seperti bughung lee
haku lepasni. Makan. Tido. Makan. Tido. Online. Online. Online. Aikk apehal online ada
tiga kali ini kemaruk sungguh. Alhamdulillah nafsu saya dapat bertahan selama 2 hari ni.
Duaaaaaa hariiiiiiiiiii tuuuuuuuuu tak hadap blog rasa macam errr tak keruan terasa. 

Hm mentang-mentang kau dah MERDEKA kan peah gambar bendera kau jadikan 
muka depan entry ni. Hek eleh lantah ah suka suka saya lah adoi awak ni selalu nak
sibuk hal orang p stadi nuh haha tetiba.

Tetapi hm kegembiraan tu cam terbantut disebabkan kepayahan Ekonomi kertas dua.
Apa yang boleh saya katakan, tawakal je jawab tadi sambil pejam mata alahai kenapa
soalan ni susah kemain tak jangka pun. Cikgu pun cakap susah kot tahun ni punya haha
patut pun. Haku rasa nak bunuh penggubal soalan ni.

Kini saya bukan lagi pelajar sekolah menengah berbaju kurung bertudung tak labuh
sangat tak pendek sangat ok ok lah cun apaa dan berkain biru laut serta berkasut
entah jenama apa entah local je haku tak hafal ah lantak. Sila lihat gambar dibawah.


Kenapa muka tu nak happy je ni peah menyampah haku tengok engko ni muka tu muka tu
geram je rasa apa aku merepek ni gila. Pisssss tu penting. Fatin buat muka comel
pandang tempat lain alah bajet comel lettew geli. Eh kawan saya semua comel lah.
Comel macam angry bird haha watefak-nya bila masa angry bird comel hidung mancung.

Ketika gambar ini diambil muka tengah bahagia tu haha semua calon Ekonomi dah
pulang kerumah masing-masing sambil menghayati kemerdekaan dengan cara tersendiri
tak pun berdiri dekat koridor bilik depa kan tangan menjerit sekuat hati kalau moleh
sampai terkeluar anak tekak itu yang lebih afdal sampai neber tegur apekejadohnya
anak peah ni buat tebiat ke gapo kui kui kui buat malu lah weh baik jerit dalam hati sudah,
kami sibuk nak bergambar dengan cikgu jak, bergambar dengan papan kawasan larangan
ni jak alah kalau bisa semua benda we olls nak snap kau kesah apa ah lantak we olls
dah merdeka k gedik. Lepasni tak jumpa dah lah dewan meja kerusi alah mesti kangen.

Nak ceghita ni nak ceghita ni sweet memory dalam dewan tadi sewaktu jawab kertas
Ekonomi 2 dalam jam 3 lebih cenggitu. Sedang syok syok khusyuk fokus habis hadap
graf pendek kata hati ni pandangan mata semua pada graf dekat kertas soalan depan
mata eleh konon pokus padahal mengelamun soalan susah haremmjadah,

tiba-tiba......

Bunyi mercun dari luar dewan kuat gila! Haku rasa macam nak mencarut je dekat
si durjana itu watehel semua ni? Semua macam tersentak. Saya tak terkecuali.
Secara automatik mulut ni sebut, YA ALLAH! Serius terkejut beghok(berok) sampai
nak terkencing. Tak tipu memang terkejut lah sangat. Nasib baik pengawas tak nampak
haih bikin malu lah nanti mana nak sorok muka ni. Pandang Fatin, dia siap gelak gelak
lagi. Suasana ketika itu agak tegang sedikit bahana bunyi mercun yang hei kau ingat
bila kau ada diluar dewan lalu lihat kami sedang jawab paper Ekonomi dengan begitu
taksubnya kau nak ganggu lah ye supaya kami tak concentrate. Aduhai setan setan.
Ni lah ciri-ciri kawan setan. Suka mengganggu. Mesti waktu tu setan tengah lompat
lompat gembira osem sebab harini berjaya hasut sekor anak adam. Baguslah. Amalkan.




Apehal gambar sekolah ni lambat kemain nak load ish. Mentang-mentang ah next year
tak jumpa dah haku. Rindu lettew.

Ini dia sekolah tercinta. Tersergam indah. Lima tahun menetap disini sudah cukup
mendewasakan aku dan mengajar aku erti kesabaran. Berkat kesabaran ini,
aku mampu bertahan sehingga tamat SPM. Wahai mulut longkang, aku harap lepasni
aku tak jumpa dah kau diluar sana atau dimana-mana mahupun selepas aku ada
lima orang anak sekalipun jangan kau berani tegur aku ye kalau takmo malu heh.
Eh eh keluar tajuk skip ah maluw ehem.

Harini punya exam cuma budak budak Ekonomi jelah. 20 orang je dalam dewan so tumpuan 
agak melebih ye dekat we olls dan saya rasa saya rasa err entah lah apa saya rasa.
Sebaik sahaja tamat menjawab kertas Ekonomi 1, semua angkat buku teks
pergi dewan terbuka. Alhamdulillah nasib baik mencukupi. Kalau tak cukup, mana haku
nak cekau duit nak ganti buku. Oh no. Check check mana yang dah cukup bawak
terus ke bilik SPBT dekat tingkat dua. Ya Allah buku satu satu tebal ya salam saya
bawak dalam plastik nak tercabut jari yu noo. Meghoh habis alahai.
Rindu lah nanti dekat buku teks tu rindu lah adoi apehal gedik sangat harini peah?
Masa banyak terbuang disitu. Then setengah jam je stadi Ekonomi hm.

Jadi sekarang dengan rasminya saya bergelar 'budak lepasan SPM'. Haha tidakku
percaya. Sungguh. Peghangai(perangai) kebudak-budakan lagi. Immatured.
Acano nak bertemu dengan manusia di dunia luar nanti? Comel je nanti pakai
baju kurung pergi kuliah haha tiba tapi tu lah yang selalu saya mimpi dan saya
angan kan serius comel hew hew.

Apa yang saya akan lakukan dalam jangka masa 3 bulan ni? Makan tido lepas makan lagi
online lepastu tido kembali lepastu makan lepastu online tido tido makan makan
dan online sampai termuntah lagi sedap sampai haku kata dekat diri sendiri,
fesbuk dengan blog ni makin muak erghh membosankan. Setakat ni belum lagi
ada tanda tanda tu. Kewl ah. Cukup 3 bulan jadi tong tayik eyeck goli!
Kerja? Haha tak lagi kot. Enjoy sampai puas dulu alah buat hape nak kecoh kecoh
tak kan lari gunung dikejar kui kui kui. Saya duduk rumah cuti-cuti ni pun abah kasi
lima hinggit tiap hari. Untunglah kayo aku kayo!

InsyaAllah lepasni kalau ada masa nak main testing testing masak dengan umi.
Tak habis habis den keno perli ni asyik tengok MasterChefMalaysia tu tapi pandai
masaknya non ado. Maluw tahu setepek kena atas muka. Ish. Saya tengok
MasterChef tu sebab suka tengok cabaran dia tu je helamak tu pun nak jadi isu watehel.
Then cakap saya bodoh sebab tengok benda yang tak ber-pekdoh apakejadahnya 
ingat awak cerdik sangat ke hah? Middle finger sikit piuhh.

K lepasni akan saya update blog ni tiap tiap hari pagi petang siang malam subuh
tengah malam pokoknya selalu! Baru tak berhabuk hew hew.

Awak awak, lepas awak habis paper nanti kan kan call lah saya macam tahun lepas tu.
Sweetnya. Sampai sekarang saya ingat tau. Awak kata dulu kredit boleh cari,
call saya bukan selalu. Jadi, nanti call lah saya lagi eh eh eh. Saya tunggu. Plishhhhh!
Hai bataknya aii ni meluat tau ehem lepasni boleh lee kawin jyeah k sapa yang masuk
meminang awal, dia yang saya terima dulu. Apo ni peah apo ni? Merepek tak sudah sudah.
Pukul jakgi senyap terkedu k diam.

K cukup sudah karangan 250 patah perkataan saya. Sorry lee tak panjang mana pun
kan alah mana panjang adoi. Tak sabar nak ceghita pasal hari terakhir sekolah tu.
Next entry. K assalamualaikum.



InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, dirimu tetapku kenang. Me love yu olls.
Assalamualaikum sekali lagi. Much loves.

 


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)