Hari penat saya.





Assalamualaikum. Semalam saya set alarm pukul 10.00pagi. 10.00pagiiiiii tuuuuu nak
bangun mana awal kan? Ok janji. Janji nak bangun tepat waktu tu. Dalam otak dah
fikir macam macam benda nak buat pagi ni k. Then tidur. Tidur syok semalam wuwu
macam macam eden mimpi yoo. Macam macam ceghita. Kadang-kadang best sampai
err boleh tak mimpi ni bikin lama sikit tapi kadang-kadang macam inesen ah skip ah
mimpi ni then cepat cepat terjaga. Tuntasnya, bila mimpi best semuanya enak. k tiba.

Pagi tadi saya terdengar bunyi henset sony saya berbunyi cenggini, tenenenet!
disebelah saya. Saya memang pantang kalau ada bunyi something time saya enak tidur,
mesti terjaga secara automatik. Bukan bunyi mesej, bukan juga orang call ke apa ke tapi
bunyi bateri dah nazak kalau tak segera dicas baterinya mungkin terkubur disitu ye.
Saya ambik saya pegang. Terus saya macam waduh sony ni kuat sungguh makan bateri.
Orang makan nasi, dia makan bateri ngomelku sambil garu-garu kepala. Tak gatal pun
sebenarnya. Kusut masai segala rambut. Bingkas saya mendapatkan charger sony saya
yang tergantung dipenjuru poket mickey mouse saya. Terus saya charge dan sambung
tidur memandangkan awal lagi ni awal lagi baru pukul 8.30pagi waktu tu. Baru? Ok baru.

Wuwu hujan renyai-renyai besttttttt gila sambil saya still lagi berselubung dalam selimut.
Kipas saya bukak angka satu je. Time hujan lah. Tapi kalau hari biasa, bukak tiga pun
tak rasa apekebendanya pun. Tapi saya geram. Abah masuk bilik saya terus tutup kipas.
Saya tak bising pun macam biasa tapi lepas abah keluar, saya terus on balik. Puas hati.
Maaflah abah, anakmu ini terpaksa derhaka kejap harini. Tapi saya rasa wow terujanyaaa
bila ada duit 10 hinggit terselit dekat novel saya atas meja. Baiknya abah harini!

Then saya dengar bunyi bising. Woi! apani bising bising aku nak tidur ni woi senyap senyap!
Kau taktahu ke aku tengah tidur ni apani! Ngigau ke gapo? Serius annoying.
Lantas saya tonyoh tonyoh mata saya sampai lebam. Ghupe-ghupenya bunyi alarm saya
terus saya tepuk dahi. Biarkan ia berbunyi. Sembilan minit dia senyap. Lepastu bunyi
lagi dan lagi dan lagi sampai saya fed up. Tapi nak fed up dengan sapa? Henset? Sah gila.
Lagi tak tekan 'off', lagi tu dia berbunyi. Lalu saya ambik. Saya tengok dah pukul 11.06pagi!
Sejam kau berbunyi ye alarm, sian kau. Nasiblah dapat tuan suka tidur. Harini saya 
pecah rekod diri sebab berjaya bangun sebelum pukul 12 wuwu! Jyeah tepuk tangan untuk
diri sendiri. Mana pernah saya bangun seawal ini sejak bergelar lepasan SPM. Shame on me.

Then saya keluar bilik dengan mata berpinar-pinar. Haha ni padahnya suka tidur dan
suka bangun lambat. Semua dah keluar. Tinggal saya sorang, ehem memang saya suka pun.
Terus saya on tv. Tengok tv Al-hijrah ada program yang Solehah tu. Uhuk baiknya saya
harini tengok cerita tu. Melangok depan tv macam tak ada kerja hey ain kuat makan
tapi buat kerja punyalah malas. Ya ampun ampun mbak. Sampai pukul 1 saya tercangok
depan tv. Tak mandi lagi k buchuk ala buchuk buchuk. Lepastu saya dengar henset
saya berbunyi lagu 'lelaki seperti aku'. Eventho saya perempuan, lantak saya lah nak letak
lagu tu pun wak. Then saya angkat.

Umi: Dah basuh dah peti macam umi suruh?
Aku: K k k ontheway nak buat lah ni umi. Nak ape?
Umi: K basuh. Bersih-bersih nanti umi kasi hadiah.
Aku: Yelah. Tengah basuh ni. Umi! Jangan lupa eh beli Safi Rania Gold tuuuuuuuuuu!
Umi: Ye umi beli. Lepas dah siap basuh peti, baru umi beli.
Aku: Yelah umi orang cakap kan tengah basuh ni. Jangan lupa safi rania tu.
Kalau umi tak beli, siap umi! Penat basuh ni. *siap mengugut lagi tu*
Umi: Nanti umi balik umi nak tengok bersih. Baru umi beli. Kemas rumah tu.
Aku: Yelah k bye!

Begitulah perbualannya. Bila saya cakap kan, satu taman perumahan saya ni boleh dengar.
Kuat tak kuat suara saya ni hakcum. Disebabkan saya paksa umi beli pencuci muka
tu, umi ugut saya suruh basuh peti! Huaaa! Saya pun buat muka macam errr kenapa peti?
Eyuck busukkk! Disebabkan saya pun desperate sangat nak pencuci muka tu memandangkan
saya tak boleh beli sendiri kedai jauh doo, so dengan perasaan hibanya saya pergi basuh
peti. Dah berkurun tak basuh. Kalau tikus boleh masuk, maybe dah beranak pinak dah
natang tu dalam peti tu.

Saya mulakan dengan alihkan semua jenis benda semua semua tu keluar. Memek muka
ni tak payah cakap lah, tahan je semua tu. Busukkkkkkkk! Tulah jarang sangat bukak peti,
sampai bau peti pun jarang. Macam macam bau menusuk dalam rongga hidung ni. Bila
tengok tangan then bau.... eyeck eyeck eyeck! Jijik sangat ke? Eh tak ada lah wak.
Cuma rasa nak muntah je. Bau muntah pun kalah. Saya salin semua benda yang patut
di salin. Lepastu saya tonyoh-tonyoh, saya sental-sental, saya tenyeh-tenyeh sampai
berkilat yuu. Boleh cermin muka yuu sekali tau! Bila dah yakin hilang bau, warna dan
rasa haha macam basuh najis pulak, saya terus lihatlah dunia akhirnya saya berjaya jugak
basuh peti sampai wangi sembur perfume sikit walaupun terpaksa mengharungi onak dan
duri sepanjang membasuhnya. Begini rupanya bau peti. Kalau ikan bau pun, berbuih-buih
ikan tu mati sebab bau peti rumah saya. Hihihi. Mesti umi suka lettew peti bersih balik
jakgi kan? Kalau umi tak beli safi rania tu, siap peti! Godai. K saya buat ni ikhlas ye
tanpa ada unsur paksaan dari mana-mana pihak. Sekian.

Lepas dah siap tu, sapu-sapu lantai. Jemur kain. Basuh baju. Lipat kain eh done!
Penat gila. Makan pagi belum. Tengok jam errr dah pukul 2.15? Haha patut perut
berbunyi! Baru nak duduk then abah pulak mesej.

From: Abah
Text: Masak nasi. Lepastu panas lauk dalam peti ye.

Saya pandang mesej tu. Abah taktahu ke aku tengah penat sekarang ni marah abah
sambil pergi dapur masak nasik. Panas lauk bagai oh ayam percik yumyumyum!
Haritu kan saya panaskan lauk dalam peti. Punyalah ceteknya pemikiran saya yang
tak berapa nak cerdik ni, saya ambik lauk yang baru keluar peti tu terus panaskan
dalam kuali. Lepastu hangus. Lepastu saya pun gabra, hangus? kenapa ni apa salah aku?
Kelakar pun ada. Lepastu kena marah lagi dengan umi. Tapi lepas otak saya dah makin
berkembang ini, saya tahu cara-cara nak mempanaskan benda yang sejuk. Hihihihi.

Lepas semua dah siap oh lupa! Masuk bilik umi kemas katil. Tapi satu je saya lupa nak
buat hihihi kemas tempat tidur sendirik. Saya tidur sorang kot, tak bersepah pun. 
Saya tidur statik je tiap-tiap hari. Tak payah kemas pun takpe. Bagusnya saya. Inesen.

Dah yakin seratus peratus kerja rumah dah siap, lalu saya mandi dan terus on ini komputer.
Sejak bil elektrik naik menjunam keatas, umi asyik mengugut saya. Katanya sebab
saya selalu guna broadband lah, bil elektrik naik. Oh man! Umi cakap next month bil
naik lagi, umi taknak bayar celcom. Awak pegang lah broadband tu ye. Sedih yoo.
So, sekarang ni semua bergantung pada saya. Dulu kalau saya online, saya selalu
bukak tv kuat-kuat pasang kipas dekat ruang tamu sebab saya takut. Sunyi je. 
Apakebendanya alasan, tak logik langsung. Sebab tu bil naik kot. Tapi sekarang, kalau
saya online, saya tutup tv dulu tutup kipas semua baru online. Sunyi pun sunyi lah.

K aii baru perasan muka aii makin putih hihihi. Baru 3 minggu tu terperap dalam rumah
sambil tempek bedak sejuk. Nak tunggu sampai 3 bulan terperap dalam rumah je huyyo!!!!
Are you jelly melly yelly yilek?

Perut pun makin kedepan. Tak kedepan acano, makan 3 kali sehari cukup. Lepas makan,
makan. Lepas makan, tengok tv online lepastu tidur. Hm selamat! Dengan bangganya
saya ingin memberitahu bahawasanya berat saya sekarang 57kg dan tinggi saya 170cm.
Tapi tetap kurus slim melim siap ada shape lagi di pinggang. Acano tu? Pelik?

Kesimpulannya, saya sangat kuat makan sejak cuti ni. Perut sendat dah ni walaweh.
Kenapa saya rasa entry saya ni macam cerpen formal gila. Haha. Jangan lupa baca
Cinta untuk Dania saya tu k k k k k k. Assalamualaikum. Baiiiiiiiiii.

Maklumat tambahan:

Kenapa saya makin benci ye bila tengok muka awak? Ada orang mandrem suruh
saya benci awak ke apa ni? Serius makin menyampah tengok muka awak. -.-




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)