Saya bosan saya bosan k tiba.





1. Saya taktahu kenapa saya letak gambar diatas ni maybe sebab saya rindu sekolah.
Rindu sekolah!!!!! Yeke? Mungkin.

2. Tapi kenapa melatar belakangkan Mc.Donald? Baju sekolah tu baju sekolah tu hm
kau ponteng ye kiah?

3. Tapi yang penting saya bukan kaki ponteng. Bukan kaki ponteng kelas mahupun
kaki ponteng sekolah. Percayalah.

4. Bagi saya lagi best kot stay dalam kelas dengar cikgu potpetpitpotpet daripada
ponteng kelas kacau angsa belaan pengetua belakang sekolah ataupun ponteng sekolah
pergi kacau orang buat projek dalam semak. Hei lantak dia lah. Dosa dia, kubur lain-lain.
Apa ni aku merepek hm.

5. Kalian tahu tak betapa bosan bosan bosan bosan bosan nya saya stay dekat rumah
buat benda sama hampir setiap hari. Tahu tak bosan? Hm kenapa bosan tu kena ada 5 kali.
Pelik. Tanya je, jangan marah kak. 

6. Stay dekat rumah hadap benda yang sama. Hadap komputer aku rasa lagi tak pecah
screen ni kena petir ke apakebenda ke kan selagi itu diri ini akan berbakti. Haha k tiba.

7. Umi saya tak kasi saya kerja. Saya kena jadi bibik dekat rumah sendiri. Bosan tahu?

8. Tahukah kalian bahawa esok hari merupakan birthday saya. Perasan tak? Perasan tak?

9. Tomorrow I'm going to 17 y/o. Mana lambatkan 28/12 tu? Serius tak lambat. Naik
menyampah nak tunggu.

10. Next week dah start sekolah? APAAAAA?!!!! Selamat kembali ke sekolah ye adik-adik.
Belajar rajin-rajin. Akak cuti lagi lailailai. Tak syok pun.

11. Kalau boleh saya nak sekolah lagi. Boleh tak? Puh-lease!!!!

12. Cayeeeee kan cayeeee kan dah cingleeeeee!!! Perlu ke bagitahu? K awak tu ye awak.
Thanks tau cinta saya setulus itu even saya tak menghargai. Cinta saya still kuat
untuk si cinta pandang pertama. Maafkan saya. Hmm tacing.

13. Kalian tahu tak selama saya menjadi lepasan SPM ni duit saya tak pernah kering sebab 
kan abah saya baik hati tiap hari kasi note RM5. Me luf yuu abah. Saya bangga punya
abah macam abah. Keching keching... $$$

14. Tapi malangnya, saya taktahu nak guna duit itu untuk apa. Kedai, jauh menjunam.
Joli katak sambil huha huha huha paling afdal sampai muntah kuning. Eewww katak. Geli.

15. Semalam saya mimpi arwah tokki saya. Entah kenapa tetiba termimpi tokki pulak.
Masuk hari ini sekitar 2 bulan arwah tinggalkan kami. Tacing lagi.

16. Ada sapa sapa tak nak tawarkan saya bekerja? Tapi saya tak reti buat apa-apa. 
Tak tipu hmm jujur lagi tulus ni. Lurus betul budak ni ye.

17. Sekarang saya masih layan novel Andai itu Takdir-Nya. Even novel tu tak ada lah
tebal mana dah dekat sebulan saya baca kenapa still tak habis habis ni? Kompius.

18. Saya selalu kena tinggal dekat rumah sowang-sowang. Bosannya saya.

19. Saya rindu sekolah sangat-sangat-sangat-sangat lah sangatnya!!!!. Saya rindu kelas
saya kaler pink tu tempat duduk saya dalam kelas sapa lah yang duduk situ ye? Yang
paling saya rindu pakcik kantin dan air soya dan hotdog. Oh shit. Marah makcik kantin jakgi.

20. Semasa saya type angka 20 ni baru saya perasan bahawa saya tak mandi pun lagi.
Dah pukul 300. Patut saya bau hapak semacam je ingat tikus mati tadi eh rumah saya
tak ada tikus k lipas pun kadang-kadang melintas depan saya. Gelinya.

21. Tadi masa saya masuk bilik air nak cuci muka saya nampak cicak besar gedabak
sebesar gerabak dekat wall. Terus saya macam aaaaaaaa cicakkkkkk! geli geli geli eeee.
Disebabkan cicak sekor, terbantut segala niat terpendam saya. Kalau cicak perasan saya
takut dengan dia tadi mesti dia gelak besar dengan sanak saudara dia. Serius geli eyuck.

22. Malam tadi saya pergi toilet nak terkencing hujan lagi bukak kipas lagi mana lah
tak lemah then saya nampak ada something melintas. Apakah? Rupa-rupanya lipas
sebesar ibu jari melintas. Saya cool aje even dalam hati hah lipas?. Ingat aku takut ke?

23. Pagi tadi saya bangun tidur pukul 1130. Comel kan? Terus bukak tv nak tengok
MasterChef Malaysia. Oh Zamir!!!!

24. Sekarang dah pukul 309 saya still tak makan satu habuk pun. Patut rasa perut kempis.
Biasanya lagi kedepan lagi kedepan.

25. Cinta untuk Dania tu entah bila lagi saya nak sambung. Hati kata nak nak nak.
tapi mulut kata malasnya malasnya malasnya. InsyaAllah saya sambung kalau mood takat 99%.

26. Kcukup. Serius boring kan? Nama lagi entry bosan haha. 

27. Esok saya buat entry khas untuk diri sendiri sempena birthday girl. Haha gewdikkkknyew
shayew.

28. K dah. Eh saya rindu si lonjong, si keding, si pipi montok saya tuuuuuuuu! Bila lagi
nak outing ni?

29. Lepas buat entry ke 29 ni saya janji saya nak mandi. Bau hapak macam tikus mati
kui kui kui. K assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)