Semua ini kenangan.




Minta perhatian. Entry ini agak panjang. Sila jangan bosan ehem.

Semalam saya godek-godek laci meja belajar saya. Buku rujukan buku dan buku segala
buku berkaitan pelajaran semua saya dah siap packing. Semuanya 3 bungkusan.
Tunggu masa je nak masuk dalam lori apatu lori yang selalu datang kutip sampah dekat
rumah kita tu alah lori yang besar tu yang busuk busuk tu lepastu ada bangla siap
bertenggek dekat belakang lori tu. Haa lori MPK! Dekat kuantan MPK lah. Dekat negeri
lain ikut suka engko lah apa aku merapik ni k cukup. Tapi bila masa nak buang tu? 
Naik menyemak duh tengok buku ni haih menyampahnya bukan kepalang. Sakit jiwa ni nyahh.

K habis ceghita pasal lori sampah busuk busuk tu. Lepas saya godek-godek segala saya
terjumpa buku simpanan rahsia saya waktu form three dulu. Masa zaman muda-mudi
berhingus bagai lap hingus pun guna hujung tudung je dulu. Sungguh menggelikan euww.
Buku itu lebih kepada rahsia hati saya sendiri. Yela wak, kita ni pemalu yang amat. Kita
malu nak ceghita rahsia peribadi wanita kita dekat orang. Watehel rahsia peribadi wanita
pula ni, meraba apa kau ni? *senyum comel nampak gigi arnab*. Buku tu sedikit berhabuk.
Fuh fuh saya tiup. Berterbangan segala habuk kutu babi yang bertonggek disitu. Lama 
sangat mungkin ia terbiar disitu. Ekcely, buku pink berukuran 27 kaki 21 meter itu dah lama
saya biarkan since naik form four. Mungkin saya dah abaikan ia atau mungkin tak ada
apa yang saya perlu rahsia kan lagi disitu. Mungkin.

Saya guna aku.

2 tahun lepas waktu form three buku pink tu teman lelaki simpanan aku yang kedua.
Dulu mana kenal apa itu blog, apa itu laman sesawang bersawang segala social network
aku tak kenal. Apatu apatu? Binatang ke tumbuh-tumbuhan? Mungkin broadband pun
aku kurang pasti apa kegunaannya ketika itu. Aku tak kenal. Tak macam budak zaman
sekarang, baru 5 tahun dah tahu apa itu fesbuk. Lagi advanced. Untung lahir zaman
mereka. So, berbekalkan sebuah buku pink tebal 10 inci aku coretkan segala isi hati aku
dalam tu. Time tu tengah feeling feeling keling lagi. First time bercinta segala. Geli aku.
Semua benda nak ceghita dalam tu. Lagi dalam lagi dalam. Nasib baik seluar dalam tak
jadi bahan dalam buku pink aku tu. Kalau tak, sekarang ni aku dah gelak bila baca semula.
Biasalah cinta pertama masa tu. Itu indah. Ini indah. Semua indah. Indahnya dunia.
Baik buruk si boyfriend tu semua ceghita dalam tu. Nak ceghita dekat member hmm nak
ke member tu dengar luahan hati ke hati kita ni pasal cinta pula tu nak ke? Mesti tak punya!
Lama-lama nanti kita feeling cakap sorang-sorang. Malu k. Hentikan.

Bak kata orang tua, baru setahun jagung nak bercinta segala. kau tu kecik lagi gatal sangat
dah ke nak bernikoh? Cinta tu tak kenal usia pakcik. Semua akan bercinta, cuma yang
membezakan cepat atau lambat. Bercinta selepas kahwin lagi berkat. Sweetnya.
*kenyit mata dekat bakal suami saya yang entah mana dia tinggal hujung dunia mungkin*

Saya start bercinta since akhir form two. Form two? Asal lambat sangat? Mesti tak laku
ni kan dulu-dulu. *ketawa jahat serupa lahanat*. Shadap yuu. Middle finger nak tak? 
Then masa tu feeling feeling sampai keling ohh dunia lihatlah aku tengah dilamun cinta
sekarang ni. Mulalah tulis dalam buku pink sambil senyum comel berangan-angan. Tulisan
masa tu nak rEmpItzZzz lagi wak alah macam tak kenal waktu zaman muda-mudi dulu
kan awak pun mesti sama punya ayat nak shortform dan bila aku baca semua ayat aku
dulu-dulu sumpah tergelak. Gelojohnya aku waktu dulu sampai tengok ayat sendiri dulu
pun dah nak naik koma diri ini. *geleng kepala*. Hampir setiap hari lah tulis. Sayangnya
buku pink tu sampai ke sekolah pun bawak. Letak dekat rumah takut family terbaco,
tapi kalau bawak dekat sekolah takut kawan pula terbaco. So pandai-pandai lah control
sendiri. Tulis pula bukan reti nak sikit sikit, penuh satu page. Banyak benda nak ceghita
sampai lenguh tangan. Penat lagi menulis daripada menaip.

Aku rasa dengan ber-ceghita dengan buku je kita boleh jadi jujur dengan diri. Dengan orang
lain kadang-kadang banyak tokok tambah kononnya jah itu ini. Macam-macam aku letak
dalam buku pink tu. Wangian lah, kertas wangi lah, gambar lah, surat cintan lah, kad raya
si dia bagi lah. Daripada tak berapa nak tebal tetiba jadi mengembang. Sampingan je yang
banyaknya. Semua ceghita pasal si dia.

Dulu dekat sekolah serius aku ni pemalu. Haha pemalu lah sangat kuasa dua. *garu kepala*
Disebabkan dia ni koperator dekat koperasi, sepanjang tahun form three aku tak pernah
pergi koperasi. Percaya tak? Pemalunya saya. Just kirim dekat kawan je kalau nak beli pape.
Pemalu tahap kritikal sangat ni. Entah apa yang aku malukan sangat pun, aii dun know lah.
Malu tu kalau digantikan dengan segan boleh tak? Heee. Just kadang-kadang main 
intai-intai jeling-jeling jelah. Nasib baik aku tinggi, tak perlu nak menjongketkan badan.

# Masa ni aku rasa pengorbanan yang paling besar yang dia pernah buat dekat aku. Dulu dia
selalu datang awal sekolah. Disebabkan keawalan dia tu, dia sanggup tunggu aku dekat
seberang jejantas ya haruslah naik jejantas tu sebab dulu aku datang sekolah naik jejantas.
Dia sanggup letak beg dulu dalam kelas then baru tunggu aku dekat jejantas. Hati mana
tak suka bila tengok orang yang kita sayang bersandar dekat penghadang jejantas tu
tunggu kita sambil senyum buat muka macho fuh nak jalan sama-sama masuk sekolah.
Haha sweet moment bagi aku. Pengorbanan ke ni? Bagi aku.

# Waktu form three nak pmr segala kan ada seminar semua. Time ada seminarlah aku
paling suka. Suka yang amat. Sebab dapat tengok curi-curi. Mata bukan pandang
penceramah sangat pun, mata sibuk melilau. Seminar dekat dewan kerusi je ada meja
tak ada so secara automatik kaki ni buat naik atas kerusi. Jadinya tulis atas lutut lah ni.
Senang nak menulis. Korang dapat bayang tak? Tapi betapa malunya aku bila dia perasan
aku buat cenggitu, eh eh comel je ain naik kaki atas kerusi nak menulis ye. Itu perli ke
pujian tu. Aku rasa dah cukup ganas waktu tu naik kaki atas kerusi dia kata comel?
Tak sangka dia pun curi-curi pandang aku. Aku ingat aku sorang je suka mencuri ni.

# Nak dijadikan ceghita, tuisyen pun tempat yang sama! Mula-mula aku taktahu pun, umi
yang suruh masuk situ aku pun on jelah. Tapi sayangnya, kelas tak sama. Mencik!
Daripada tak semangat, tetiba bersemangat nak tuisyen kononnya. Bila pergi, nampak.
Bila balik, nampak. Tapi aku ni pemalu ya salam, kiteorang jarang bertegur. Aku still 
mencuri pandang lagi. Suka dress up dia, smart! Muka putih, pakai papepun comel jugak.
Tapi aku taktahu dia pun curi pandang aku sampai mesej aku bagitahu, cantiknyaaa ain.
cantik ain malam ni. Time tu tuisyen malam. Malam tu aku just pakai tudung hitam, baju
kuning, seluar jean. Cantik apekebendanya. Senyum sampai tak lelap tidur aku baca
mesej dia tu. Gila punya pasal. *sambil ketuk ketuk kepala dekat dinding*

# Waktu pmr sebenar. Dia duduk baris pertama, aku pulak baris ketiga. Jadinya aku
depan dia kebelakang sikit. Geli pulak nak ceghita ehem. Feeling ada orang pandang kita
lah kononnya. Semua benda nak cover. Tapi aku bukan jenis peng-cover sebenarnya.
Cover diri. Cover cerita. Cover semua benda lah. Tak pandai. So, kalau aku nak buat benda,
aku buat je. Biar ada mak datuk pun depan aku. Masa tu exam maths betapa semangatnya
aku tekan kalkulator kalau kalkulator boleh berkata-kata mesti dia kata sakit aku tekan dia
cenggitu. Dia pun cakap, comel je ain tekan kalkulator tadi. Sampai aku tekan kalkulator
pun comel. Tak dapek den nak nolong. Obsesnya dia dengan aku time tu. Semua benda aku
kata comel. Wah melting kejak.

# Paling best aku tak pernah dating mating dengan dia. Cukup sekadar duduk borak-borak
dekat pondok jaga waktu petang lepas kelas tambahan. Tempat awam k. Tu pun dah
cukup sweet bagi aku. Alahaiii rindunya saya time tu. Nak borak-borak dengan awak, 
senyum-senyum, cakap cakap itu ini, cakap pasal belajar apa harini, awak cakap saya
comel even saya blushing nak pengsan, awak tunggu sampai abah saya datang. 
Lepak-lepak dekat tepi pokok. Tererrnya saya benda yang dua tahun lepas boleh ingat 
lagi. *kesat airmata*. Tapi tu semua dulu.

...

So, lepas aku jumpa buku pink tu semalam aku selak-selak buku tu layan feeling
dalam bilik. Kadang-kadang nak menangis tapi bila dilihat gaya bahasanya yang ala ala
rempitzzz itu, nak tergelak dekat diri sendiri pulak. Geli geleman. Nak kutuk diri sendiri
asal boleh terjerumus ke lembah ayat shortform ni? Geli tahu. Geli tiak, geli muntot, geli
geli semua geli. Kalau boleh putar ke zaman muda-mudi dulu en, aku nak buat diri aku
jadi matured sikit. Tak ada lah guna ayat shortform lagi. Bila dah besar ni, gelak je lah.
Padahal diri sendiri juga yang buat dulu, bukan orang lain. Ini dinamakan sinting!
Banyak dah aku share dalam buku tu. Buku tu dah macam nyawa aku. Tapi sekarang
sejak dah adanya blog wujudnya dalam diri aku, buku pink itu tak ubah seperti bangkai
bernyawa. Sadisnya. *airmata makin laju turun*

Tapi kalau lah doraemon wujud dekat Malaysia ni, aku nak suruh natang tu putar balik
tahun 2009. Aku sayang tahun tu. Bukan sebab angkanya tapi sebab isi yang ada
didalamnya. Semua benda sweet je masa tu. Aku rindu. Rindu gila. Sampai satu tahap
aku rasa gila pun tak rindu cam aku. Rindu aku tahap meroyan hilang anak. Shit.

Ye, semua itu kenangan. Kenangan tetap kenangan. Tak boleh undur, tak boleh putar.
Then mula menyesal hidup. Dulu taknak hargai, sekarang mula terkenang-kenang.
Wah, seksa tau. Walauapapun, ia tetap kenangan terindah. Boleh ceghita dekat anak
cucu cicit citcot bila besar nanti. Tuanya aku nanti. kui kui kui. Bila ceghita dekat
bakal suami nanti, mesti dia jealous. Haha eh bakal suami, mana awak? Mesti awak pun
tengah mencari-cari saya kan. Sampai masa kita jumpa juga. Nama awak dah tertulis
di luh mahfuz tau untuk saya. *buat muka comel miowww*

K cukup lah tu. Rasa cam awkward sangat bila skema ni. Skema ke? Skema lah jugak! hee.
Hei awak, me luff yuu poeber tau. Ingat daku dalam doamu. *senyum sampai pipi*
K assalamualaikum. <3




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)