Akhirnya aku kahwin!




Entry ni semalam punya gerenti tak basi lagi dan bukan juga entry gatal garu garu.

Ekceli nak buat 'peace' (Y) tapi akibat jari tak sekata, begini lah jadinya. Kecondongan.
Muka inesen mintak kaki dua belah, boleh bagi? Kesah pulak aku dengan muka sendiri ye.
Gigi saya comel. K k enuff baby. Baby tua. Kalian nampak kertas di dinding belakang
itu? Saya punya kerja lah tu. Tepek tepek cara solat hajat, solat tahajjud dan
solat istikharah masa SPM gua banyak practise ok. Dah tua en, otak mudah lupa sebab tu
kena tepek dekat dinding kasi ingat. kui kui kui. Semangat nak mati terasa. K cukup pasal
dinding k ain k. 

Assalamualaikum. Harini saya keluar meninjau dunia luar setelah hampir sebulan juga lah
duduk terperap dalam rumah sampai putih. Putih yuu. Takut nak keluar, takut hitam 
balik. Hihihi. Setelah bosan datang bertandang kemari kau kemari kau bosan doh serius
saya rasa kenapa lah dunia ni macam tak adil kenapalah rasa macam aku je bosan
tahap infinity ni. Tak faham sungguh. Seterusnya, Allah menghantar seorang hamba Allah
ni ajak saya teman dia cari kerja. And i was like... akhirnya engkau tiba bagaikan pelangi..
amin ya robbal alamin. Annoying bukan? Haha.

Outing berdua je. Me and Sue. Lepas abah solat jumaat terus ambik Sue dan ke Megamall.
Nasib baik abah baik hati nak hantar harini. Jumaat kan, jam lah semua. Then sampai, 
masuk Mega kejak masuk Popular cari novel. Otak gua blank, so perlukan novel.
Ada jugak pekdah bosan bosan duduk rumah. Selepas digodek-godek novel dekat Popular
tu semua sedap rasa nak beli semua ya Allah serakahnya nafsu aku haha, dan saya
memilih untuk beli novel ni tapi banyak lagi yang best sebab tu gua rasa macam nak
pejam mata je bila masuk Popular tu.


Banyak kot novel sedap sedap. Sedap ah gua jilat sikit rasa manis. Haha gila. Kalau tak
fikir gua cuma ada satu akal sembilan nafsu dan just bawak RM120 nak beli benda lain lagi,
gua main capai je sambil pejam mata. Shoo kewl. Then lepas dah puaskan nafsu disitu,
haha kesian doh semua novel jadi mangsa gua sapa suruh sedap sangat en, kemon
kita pergi ECMall pulak. Kata Sue nak cari kerja dekat situ, parkson ECMall market doh.
Hotsetah bergetah berlemak sana sini je lepak situ. katakau. Geli tiak pulak aku dengar.
Eh tak gurau je chill brohhh. Then ronda ronda sekitar parkson tu. Gua tak esaited pun
sebenaunya, tak selalu lepak situ jadinya tak bernafsu pulak terasa. 

Sue paksa saya join dia kerja. Apalah gunanya saya ni, layak dibuat bini je. Tak layak
cari kerja haha muntah hijau kuning geli. Dia paksa saya paksa paksa paksa dan terus
paksa saya secara saikologi, dan saya pun, "takpelah sue, ain ni malas. Pemalas gila".
Kata-kata terakhir. Then, lepas ditanya-tanya, dapat lah Sue kerja dekat situ, Jadi
promoter, cun apaa. Bila ditanya nak berapa orang, sorang je pun. Dalam hati Alhamdulillah
haha serius malas. Fikiran saya kosong tentang perihal ini, tak tahu kerja apa selayaknya
untuk saya. Gua rasa kalau ditakdirkan gua dapat kerja, insyaAllah sehari je tahan lepastu
kena pecat secara automatik. Tapi bila lah tu agaknya?

Then tunggu Sue interview. Ya Allah, punya lah lama. Gua penat merayap dekat situ.
Dah lah sorang, jalan tak tentu hala. Cina apek tu pandang pelik je dekat gua sebab
ulang alik dekat situ je. Tempat mana? Pakaian dalam lelaki. Haha patut lah pandang
semacam je. Saya en buat muka inesen je, buat muka bodoh jalan senonong. Kesah apa
aku, bukan kacau laki orang pun. kan? Heh. Gangster tak saya. Hewhew.

Nama lagi tengah tunggu result SPM en, ramai pulak gua tengok teman teman gua
kerja. Bagus benau. Sara diri. Smart smart pulak tu, dekat luar smart nak mati,
Waktu sekolah dulu, serabai je muka sekor sekor. Gua pandang pun tak bernafsu.
Jalan sini, lambai-lambai kaki eh tangan. Jalan sana, nampak dia. Jalan sini, nampak awak.
Hampir sejam juga lah saya merayau area situ, penat doh. Nak pergi jauh, takut sesat.
Saya en tak biasa jalan sorang, rasa awkward sangat. Orang pandang pandang, maluww!
Gedik. Dari 4:18pm sampai 5:11pm tunggu Sue, sumpah tak penat pun. Swear!!!!!!

Then sambung perjalanan, pergi tandas sat. Perlu ke ceghita? Lepastu en dalam tandas
tu ada promoter rasamas promote apentah dekat gua. Gua dah lah tak tahan ni,
sempat je nak promote segala dalam tandas. Cakap laju, gua iye kan aje. Hihihi.
Ada ke patut dia panggil gua 'Akak'. Umur dia 23tahun kot. Gua 18tahun baru!!!!!!!!!
Dekat pasar malam pulak, gua beli air soya. Ada abang tu panggil gua 'Akak', sial puihhh!
Gamaknya sebab ketinggian gua kot jadi faktor utama. Muka budak lagi ni, agak agak ah bro!
Panas je hati gua, boleh je panggil gua 'Akak'. Padahal muka dia tu macam dah ada bini
anak sembilan belas, erkk!


Harini sebetulnya gua mahu cari seluar. tak kira lah seluar jenis pape pun, asal kan
putih. Labuci labuci takmoo ah. Masuk Padini, tak berkenan. Masuk tu, tak berkenan jugak.
Percaya tak sekarang gua cuma ada sehelai seluar jeans. Tu pun tak lama dah tu nak
tukar jadi jin kapir. Dari form one sampai dah besar panjang 18 ni 18, tak pernah beli
seluar lain. Citarasa gua tinggi. Mana taknya, dari form one sampai sekarang gua tunggu
seluar tu muat bukan sebab ketat tapi longgar. Boleh masuk lima tangan lagi tahu.
Longgarnya alahai. Kenapa dah lima tahun tak ada beza jugak ni? Pelik benau.

Then keluar dari tandas tu, Sue ajak jumpa senior kiteorang. Kerja dekat area situ jugak lah.
Dia senior upper six last year, gua senior form five last year. Ahakz. Mula-mula suruh
Sue je pergi jumpa, lai lai saya ni en pemalu taik kucen, kucen pun tak malu cam saya.
Gua duduk dekat luar texting jak. Tetiba abang hanis mustaqim tu keluar, "Ain, masuk lah".
Kedai jual pakaian lelaki, cam tak sesuai je masuk en. Haha. Lepaking situ kejak.
Borak-borak. Gua tak pernah cakap pun sebelum ni dengan abang senior tu, harini
petah pulak gua bertanya-tanya. Baju fit, hensem pulak gua tengok. Muka cam garang,
tapi suara comel. Tak moleh komen manyak manyak, jakgi Sue mawah. hewhew.

Lepas say bye-bye! terus tuju ke Megamall. Ulang alik ulang alik macam orang tak ada
motif untuk hidup. Erk? Gua dah lah pakai kasut tertutup tu, bila jalan jauh sikit,
mula lah menggelecek sana sini, tenshen nya rasa hati. Sakit tahap cina mabuk.
nasib baik Sue ada spare selipar jepun, hihihi.

Then, round Kuantan Parade pulak. Masa tu dah pukul 7 something cenggitu lah.
Ekceli masa tu nak tunggu sampai umi balik kerja suruh ambik terus. So, round lah
sampai capek. Pergi KFC sat, melantak erkkkk kenyang makan nasi apa tu apa tu entah.
Teman Sue solat then pergi cari pashmina. Alaaaaaa, kenapa kaler grey tak ada? ish,
then, saya jumpa dress belang belang hitam putih. Cantik gila. Berkenan. Sumpah cantik!!!!
Gua apa lagi, nafsu menggoda beli ain beli ainnnnnn!!! Tapi en bila balik rumah
gua test try cuba, sumpah macam nangka bughuk! Ketat ah tak moleh bernafas.
Tunjuk dekat umi, umi cakap, "Macam perempuan tepi jalan pun ada jugak umi tengok".
Abah pulak tengok, abah cakap, "Macam duyung tak elok tak elok". Boleh bayang tak?
Haha jangan bayang, cekci ah. Ahaks. Indah khabar, dari rupa. Gua tengok dekat kedai,
cam sesuai je dengan badan. tapi gua lupa, badan gua dah tak se-slim dulu. Sekarang
makan tidur makan tidur je, gemuk bahagian perut. Pujuk umi, nak tukar. Tak kira tak kira!!!!
Dress tu sumpah lawa. Gua dah lama mengidam. Nanti dah tukar, saya show-off ye!!!

Dah penat berjalan, aii jadi perempuan merayau malam pulak harini duh. Lintas jalan,
jalan dekat benteng sejuk wuwu sejuk wuwu, tunggu umi ambik dekat bustop. Habis ceghita.
kaki melecet teruk ni. Tak sedap badan. pekena ni alahai. Sekian, assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)