Baruku tahu kerja itu memenatkan.
Assalamualaikum. ehem ehem harini saya hapdate walaubagaimanapun badan ni
rasa macam tak bernyawa dah woi penat woi penat kerja. aku ni dah lah manja
kededek bila dah kerja rasa opocot hebatnya aku! baru gua tahu bagaimana rasa
penat bila kerja.
tengok umi balik kerja rasa cam pelik hm umi ni balik balik penat suruh picit lah
apakejahnya lah mulut je bebel tangan still buat. saya anak yang baik. angkat bakul
junjung atas kepala ain gemuk. tapi bila gua sendiri kerja baru gua tahu alangkah
nikmatnya rasa kalau ada orang nak tolong picitin badan gua ni. lenguh rasa cam
nak patah tulang. dah lah aku ni kurus. dah kurus, sekeping pula. godai.
dah ni kenapa sekejap saya sekejap aku sekejap gua. tak tetap pendirian. gilaan.
cuba bayangkan gua pergi kerja pukul tujuh pagi balik pukul lapan malam. dah sampai
rumah bukan tak boleh kalau tak log in fesbuk dulu. takut histeria bila tidur. meracau.
haha. lepastu tidur pula tak sah kalau jam dinding tak sampai angka dua pagi.
then bangun pagi pukul enam pagi. aku rasa macam shitnya hidup ini. mata ni dah
tarak rasa pahape dah. ngantuk pun tak. tak ngantuk pun tak. salah kan diri sendiri lah
woi apani woi.
ah tak sabaunya rasa hati nak beli seluar kaler putih tu. simpan dekat parkson dulu.
bila ceghita dekat umi seluar tu tak beli lagi sebab promoter dekat situ mana tah
taik gila lepastu umi pun, hah simpan dekat parkson? sambil gelak gelak. apa lawaknya.
tapi en aku suka pula kerja kerji ni. kerji? kata berganda untuk kerja. haha tah pahape.
disamping dapat gaji tiap hari woi purse aku penuh dah dengan duit ni ya Allah sukanya
syukur syukur, dapat tenang kan fikiran. fikiran tak serabut sangat. dekat tempat
kerja saya tu ada playground. kalerful. menarik sangat. suka bila tengok bebudak main
dekat situ. gua pun rasa macam nak main tetiba fikir bila lah aku nak ada anak ni
boleh main dengan anak nanti haha. anak rabbit ado lah. gua suka duduk atas buaian.
tenang gila fikiran. macam duduk tepi sungai. pun boleh.
lepastu bila ambik adik sepupu dekat tadika ya Allah rasa cam bestnya tengok
budak budak tu. muka nak comel je semua. nama nak indah je belaka. zaman moden
mak ayah semua nak nama anak comel comel gitu. sesuai dengan muka. aiceh.
aku pun cenggitu jugek. entah bila nak kawin sekarang dah fikir nama apa nak bagi
dekat anak nanti. meroyan desperado sesat. apakehal entah sekarang fikir pasal kawin je..
gila tak gila. belajar dah habis k sukati ah nak kawin.
lepastu ada satu hari tu kira first taim ah en saya pergi ambik adik sepupu saya yang
comel itu Fatin Dania Aqilah namanya. cikgu bee entah apa si Dania tu lah yang
cakap nama cikgu tu cikgu Bee amboi cikgu tadika nama nak tiut jekan haha tapi
cikgu tu cantik suka tengok muka dia k lepastu dia tanya saya, ni mak sedara dia ke?
gua pun cam errr mak sedara? tak lah. sepupu je. ni nak marah ni. mentang mentang ah
dah habis sekolah. tua sangat ke aku ni. panggg sekali. muka budak lagi ni.
alhamdulillah bila dah kerja. penat penat kaki sakit badan sakit semua sakit ehem
lemahnya lah, semua masalah terbang melayang. entah mana ghaibnya, gua lupa
semua benda hal duniawi ni sewaktu kerja. gigih tak gigih gua kerja. muscle dah naik ni.
gua lupa nak ingat dia macam biasa gua buat. gua lupa hal remeh temeh sesak kan
kepala otak sendat kan kepala lutut. alhamdulillah. semua masalah kita boleh lupa
bila kita sibuk kan diri. rasa tenang je. cuba lah wei. pasti berhasil.
gua ni alwayz happy-go-lucky tak kira masa maghoh ke masa suka ke, semua benda
nak ketawa. kadang-kadang gua sendiri cakap, gua sendiri ketawa. nampak sangat
ketidak siuman disitu. untunglah sapa kawin dengan saya nanti dapat tengok saya
ketawa tiap hari haha geli geleman gatal pigi daa. tapi bila ada masalah duniawi sikit,
sedikit sebanyak men-spoil-kan mood happy gua. ya Allah ya tuhanku, aku mohon
engkau singkirkan lah perasaan ini. aku syok sendiri sebenaunya. heran sangat lah.
gua ingat bila kerja tak best tak seronok dua ronok sebab tu lepas SPM gua putuskan
gua mahu stay dirumah bela badan jadi macam bob kuman haha temuknya titew.
tetapi rupanya sangkaanku sejuta kali meleset jauh dari landasan keretapi. oh shit.
kerja lagi best seronok dua ronok tiga ronok rupanya compare dengan stay dirumah.
kini gua memilih untuk bekerja sampai dapat further study memana nanti. InsyaAllah setiap
orang ada rezeki masing-masing. cuma perlu berdoa.
sejak kerja, badan gua boleh tahan senget jugak jarum dekat penimbang tu jadi 60kg.
cukup makan. nevermind. budak tu en suka kita temuk temuk. kughus kughus pun
suami tak suka nanti sebab en nanti peluk en tak shedap en tak rasa en pahape pun en
haha apa en en ni shadap yuu.
tapi en yang bertambah double triple nya seronok saya bila ada laptop dekat tempat
kerja saya tu bersama WiFi sepantas kilat. perghh laju kemain. bapak laju wei.
gua tak pernah jumpa selaju ini internet. sekali bukak youtube nak tengok movie
apakejadah sekali pun yang bila gua download guna broadband cikai gua nak dekat
tiga jam setengah tapi bila menggunakan WiFi ini download setengah jam cukup.
lepastu boleh tengok dengan tenang tanpa perlu loading berapa kilo lagi cam gajah
ada dalam tu. sumpah syok gila. tak tipu. tipu dosa.
ya salam tetiba gua rasa cam nak cadbury ni nak cadbury ni. dah nak dekat setahun
tak jumpa. bankrup dah kot kilang cadbury. dulu gua suka makan coklat dan gua suka
kumpul sampul cadbury ini sesudah habis. semangat gila dulu koyak slow slow nak
simpan hee zaman kanak-kanak lagi waktu tu biasa lah. bahasa pun nak rEmpItzZ
je waktu tu. eh eh geli pulak rasa.
paling nikmat bila dapat yang besar sekali tu. erghhh rasa cam waktu tidur pun nak
gigit gigit. hisap hisap. mamah mamah. kenapa gua rasa ayat ni cam kotor je. kui kui kui.
memandangkan seluruh badan saya lenguh lenguh sakit woi sakit. tapak kaki rasa
cam nak terbelah dua. tangan cam nak tercabut. jari cam nak putus, tetiba rasa
woih mengantuknya mata ni. dan kakak saya sampai pukul empat pagi esok yeay gila
tak suka woi haha. sekian assalamualaikum.
kasih, bila terbina sebuah mahligai
menjadi tanda agungnya cinta kita
kasih, bila terbina sebuah istana
menjadi tanda cinta sejati
mekar menghiasi taman kasih kita
dan diiringi haruman firdausi..
tak tahu tajuk lagu ni apa. tapi lirik dia sungguh meruntun jiwa. best sangat.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment