Wahai si pujaan.




Assalamualaikum. Memandangkan harini sekali lagi line celcom ini memperdajalkan
dirinya sendiri woi aku bosan lah tunggu kau nak loading satu satu. Meluat. Kambing.
Geram aku. Emosi ni. Tak pasal pasal dapat dosa kering, ye dak? Bukan roti kering tau,
ops k dah merepek. Kau tahu aku sungguh tersangat bosan terlampau. Serius tak tipu.

Sungguh aku tak bernafsu nak hadap blog tiap tiap hari kini. Nafsu ghairah nak hadap
blog hilang entah kemana. Dulu punya setiap saat seakan mahu update itu ini sampai
perihal beghok pun nak ceghita. Kotor. Tapi sekarang sejak jadi surirumah sepenuh masa
ni hadap komputer hari hari rasa bosan. Sampai satu tahap kau akan rasa juga apa
yang aku rasa sekarang. Dengan line internet macam haramjadahnya lemah macam
katak bawah tempurung kesialannya berpanjangan. Penakut. Hm kaitan ke semua ni wak?

Log in fesbuk juga benda yang sama saban hari. No wonder lah esok adik-adik sekolah,
semua pakat update status pasal sekolah itu ini kasut baju sekolah tudung semua jadi
bahan. Macam merancang pula ye nak update sama je. Macam bermusim. Seronok sangat
sekolah. Sapa tak seronok jumpa kawan, sebulan tak jumpa bukan satu tempoh yang
lama pun. Gua juga yang terhuyung-hayang macam cina mabuk duduk dekat rumah bosan 
hadap semua ni. Kan best kalau boleh sambung study cepat sikit. Boring -.-

Dear budak comel yang selalu aku puja sejak di tingkatan satu lagi lama gila,
   Ya Allah, kau tahu betapa seronoknya aku bila kau post dekat wall aku then kita
berbalas-balas komen. ya Allah, heaven tahu. Hati aku ni tiba tiba tumbuh bunga ros
segala. Tersenyum. Tapi aku yakin, kau tak rasa sama macam apa yang aku sedang rasa.
Kau dah anggap aku macam kawan mungkin. Tapi bagi aku, kau penghuni tetap dalam
hati ni. Aku tak tahu sampai bila aku boleh pendam perasaan ni. InsyaAllah, tak lama. <3


Kalau lah awak tahu, saya selalu jadi stalker tetap fesbuk awak.
Kalau lah awak tahu, saya selalu baca mesej awak sebelum tidur then senyum lepastu baru boleh tidur. 
Kalau lah awak tahu, saya tak pernah lupa kenangan dua tahun lalu. Masih utuh di minda kecil saya.
Kalau lah awak tahu, pagi-pagi saya bangun tidur mesti saya check henset takut takut awak ada mesej.
Kalau lah awak tahu, walau sebesar kuman pun saya takmo awak jauh dari hidup saya 
Kalau lah awak tahu, setiap saat muka awak je saya bayang. Bukan orang lain.
Kalau lah awak tahu, saya selalu rindu nak tengok awak ketawa.
Kalau lah awak tahu, saya tak pernah ada hati dekat lelaki lain.
Kalau lah awak tahu semua ni, saya lah orang yang paling beruntung dan bahagia!

Tapi sayangnya, aku cakap dalam hati. Cakap dalam hati, sapa je boleh dengar.
Semut pun tak dengar ni kan pula bakteria lagi tak dengar. Tapi Allah ada, Allah dengar.
InsyaAllah dia pun terasa.


Ya Allah, kalau lah quote ni betul, sumpah best! Tiga hari berturut-turut gua mimpi
lu brohhhh. Rindunya lu dekat gua kan. Hihihi. Tapi mesti penat lu mimpi gua sebab
tiap-tiap hari gua rindu sama lu. Sumpah gua rindu. *airmata menitik*
Tapi walaubagaimanapun, kau sentiasa dihati. Itu janji aku. InsyaAllah, selagi hati ini
tak beralih arah, kau akan sentiasa disitu selamanya. Maafkan salah aku dulu, aku khilaf.
Me love yuu. Assalamualaikum.




Nota kaki: Esok nak sambung Cinta untuk Dania lah. Semangat tu ada, tapi nak
perah otak tu kena ambik masa. Yelah, sekarang en saya dah tak sekolah. Pendahuluan
dalam karangan pun dah lupa acane bonda ajar tahun lepas. Lupa. Cerita tak gempak
pun, nak suruh aii buat novel. Nak gelak guling guling terasa. Thanks kerry. :)




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)