Kesilapan-kesilapan dalam Ombak Rindu.



Assalamualaikum. Tadi saya blogwalking-blogwalking lepastu saya jumpa benda ni.
Tertarik menarik kot. Sapa belum tengok lagi Ombak Rindu? Ah tipu lah kalau tak
tengok lagi. Serius masa tengok Ombak Rindu asyik layan feeling meeling je en en, 
tak perasan benda ni semua. Haha. Saksikan.

. . .



1. Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur
stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah
bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya,
tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke
Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut
hanya ada pada waktu malam.


2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan
baju yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan
tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya
dengan tisu). Sempat pulak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.


3. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai
sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju,
seluar dan kasut basah. Haha.


4. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan
emas. Selepas Haris melepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam
bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah,
korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot
seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali.


5. Anak kucing Izzah yang dia kutip membesar dengan cepat. Setelah beberapa syot
saja, kita lihat Izzah memegang kucing dewasa. Perhatikan semasa dia di rumah semasa
Haris datang.


6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara
tiba-tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.


7. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot.


8. Bakul sampah yang di sepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun
ubah semasa Haris angkat Izzah.


9. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita
akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa
meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut.


10. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang datang
entah dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu,
kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris,
Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori itu sebenarnya bawa anak bininya
bersiar-siar dengan lori tanah tu?


11. Haris yang koma berganjak ke tepi apabila Izzah baring di sebelahnya dan kembali
berada di tengah katil dalam syot seterusnya.


12. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang
berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang
akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya
menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.


. . .

Credit to: GOOF SPOT. <---- banyak lagi dekat sini k.

And I was like..... haha kelakar gila kot. Tajam sungguh penglihatan orang ni selidik
satu satu. Yang kita ni dok tengok je en. Tak kaji pun cacat celanya cerita ni.
Banyak kekurangannya. Ketawa senak perut. Ok cool. Assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)