Harapan mimpi itu jadi nyata- via SPM result.




Walaupun kadang kalian sangat menjengkelkan gua, tapi sebagai teman sekelas teman
se-belajar, hangpa semua tetap gua ingat. ahaks tetiba keluaq bahasa kedah tiba je kan boo

assalamualaikum. esok. haha esok. esok wei esok. okay tak sampai 24 jam lagi result SPM
akan dikeluarkan. gua rasa cam wahhhh asal aku tak rasa pape ni? musykil ni musykil.

hek eleh ain nipu sangat lah tak cuak padahal dekat dalam gemuruh segala bagai. ahaks.
okay tak dinafikan bila semua update status pasal result esok, gua pun cam okay fine
aku nak berdebar jugak ah weh

duhai perasaan, kemana engko menghilang? seriusli gua tak rasa pape pun sekarang dan
apa apa kemungkinan result gua esok, gua terima dengan redha wei. redha. ye REDHA!
gua dah cuba waktu SPM dulu semaksimum yang mungkin, tapi hasil yang gua tanam
tiga bulan lepas tak memberangsangkan ehem pendek kata tak manis tawar masam masam
ke, ye sekali lagi gua redha. ulang tayang REDHA! apa kes ain ni. hee. insyaAllah, Allah
dah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya.


umi cakap en esok kalau gua dapat result 5A dan kebawah eh eh keatas en en en,
umi suruh pilih nak belanja makan abam UIA yang mana satu jadi pilihan hati gua. ahaks.
tapi, gua rasa tak berlaku keadilan disitu. tak adil lah. nak belanja, belanja semua.
kalau boleh, anak umi ni nak pilih abang jijoe je suruh umi belanja. aummmm! geli yuu..

now dah 11.50 pm 20 Mac. diambang-ambang dah ni woi. gua harap sangat result
gua esok boleh dibanggakan. umi cakap umi tak kesah dapat berapa pun, dah usaha
kan. umi tak maghah pun.

tapi GUA KESAH! woi apa ni woi nak maghoh maghoh ni woi senyap sikit woi. ahaha.

sehubungan dengan itu, gua rasa tak sabar nak ke sekolah esok. tiga bulan tak jumpa
bespren woi mana tak rindu wei. bagai pungguk rindukan bulan. alahai..

nak jumpa adik-adik junior whoahhh esok mesti ramai tanya pasal result en en,
kalau result comel akan ku kelilingi ke seluruh pelosok sekolah, sampai dalam tandas
gua teroka. tapi kalau result ala-ala kadar je, takpelah nak pergi tidur lah. esok kena
bangun awal lah. haaa~ *menguap*

yang penting esok mesti comel. ahaks gatal. eh tiba. walauapapun result kita, terima
dengan hati yang ikhlas. jika Allah memberi kita kegagalan pada hari ini, mungkin
hari esok kejayaan yang menanti kita. 

esok keputusan keluar selepas pukul 10 tau. jangan terlebih tidur pula ye.
all the best batch'94!


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)