Dua belas lima dua belas.
assalamualaikum. haaaaaa.. ummmpppphhhhh.. hermmmm.. hewwwwww.. ppfffttttt..
apa benda semua ni ain? haaa. haa. k ni tetiba sangat. phew.
okay. nak ceghita ni. dengarlah. ekceli ceghita ni semalam punya woo woo awesome k
semalam punya hari. kalau lah semalam punya hari boleh diundur dua tiga tapak,
alangkah.. semalam gua dan mereka pergi meronggeng. naik kereta apih. okay
sangat best!
semalam ada Hari Anugerah Kecemerlangan dekat sekolah gua. untuk pelajar terbaik
tahun lepas lah en. sue, apih, farhan terpilih so kami ambik kesempatan hang lepas
mereka tu habis hari anugerah itu. wei wei apa punya ayat ni? songsang.
dalam pukul 12.30 tengahari tu apih ambik sue dengan nadila dekat rumah. k masa tu
gua tengah makan french fries sambil tengok tv. sebelum tu dan lagi sambung tidur
sebab sebelum tu lagi dan lagi tengok Aku Bukan Tomboy dekat youtube. ahaks.
nasib baik gua active-kan alarm. kalau tidak..
okay bangun bangun terus mandi dulu sebab sue message nak keluar dalam pukul 12
something lah so gua mandi dulu. lepas mandi makan dulu sambil goyang kaki tengok tv.
lepastu sue message, "otw yowww..". gua pun terus call dah ada dekat mana semua.
dah ada dekat sekolah? okay memang dekat. capai tudung bawal terus sarung.
tergopoh gapah tutup tv kunci grill. okay nampak tak permainan dia suruh gua
gelabah? keluar keluar tengok kereta apih dah ada depan rumah, sarung kasut.. chow!
i'm supergirl.. where my superman? ahaks.
kami keluar berlima je. gua, sue, nadila, apih dan farhan. bila ajak, semua ada dekat kedah
lah, kat kl lah, kat kelantan lah. apakah? ingatkan nak bawak dua kereta.
disebabkan berlima je pun, satu kereta pun memadai. nasib baik yang si gegirl ni
tak berapa nak besau. hewhew.
ambik farhan dekat tempat kerja dia, then kiteorang terus pergi ECMall. solat semua then
pergi MBS. k nampaknya sue sangat semangat nak beli alat tulis nak masuk Matrik nanti.
k untunglah. haha!
lepastu pergi Sweet Chills. farhan belanja. makan aiskrim. yayyy! kesian farhan buat
muka redha je. dah tu sapa suruh tunjuk duit berkepul kepul kau tu. ni makan dia..
orang nak belanja kan, ambik sikit sikit sudah. dah lah lima orang. bila tanya farhan
berapa semua, "rm30..". kiteorang pun, "alaa, baru rm30 farhan. 30 jee..". gelak gelak.
thanks farhan untuk itu.
suka. gambar.ini.jpg
lepas dah kenyang makan aiskrim. yummy yummy.. gerak pulak pergi satu tempat ni.
kawasan tokong tapi ada tasik dekat situ. jangan salah faham. kiteorang tak masuk
pun kawasan tokong tu, kiteorang pergi tasik. okay banyak gila ikan woi! keliling
penuh dengan patung. seram sejuk hakoooo. apih ah punya cadangan ni.
air dia jernih. boleh nampak dasar dia, apatah lagi ikan. ikan ada, labu labi ada,
memerang ada.
mula-mula gua tengok labu labi tu, secara spontan gua sebut, "eh, besarnya kura-kura!"
farhan pun, "haa, kura-kura?". gua pun nak cover line, "eh, penyu..". apih pulak,
"penyu abah kau.. labu labi lah woi! apalah..". dorang semua gelak. okay gua sangat malu
ketika itu. setepek kena atas muka. "okay fine, aku saja nak uji kau tahu ke tak.."-
ayat nak tutup malu. ahakz. memang kiteorang having fun lah dekat situ. dengan
kawasan dia tenang tak ramai orang, memang syok. masa nak balik pun, apih sibuk dok
menganjing gua pasal tu, gua pun senyum je lah. *bukak kipas*
dalam pukul 4.30 petang, gerak pulak pergi Teluk Cempedak. kiteorang naik jambatan tu
sampai ke hujung. monyet keliling dok bersidai atas susur tangan tu. sampai ke penghujung
tu, tetiba gua ramai macam dekat luar negara. huyooo! ada yang tengah panas kan
badan ala ala minah salleh gitu. badan kalau kurus tak apa jugak, ni serupa apa daaa..
lepastu ada yang photoshoot peluk peluk pinggang comolot pakai baju paras peha.
rasanya dia ingat memang dekat luar negara kot. kalau gua, gua malu sebab majoriti
kot bebudak masa tu tengah mandi pantai. menjelekkan. geli nyah.
ini tangga tak sekata namanya.
memang best lah dapat main air jap. tenang fikiran tengok aliran air tu. farhan otak
gila, best! mungkin hari semalam hari last gua dapat jumpa mereka, lepasni semua
pergi Matrik. ni nak nangis ni. huwaaa waaaa!! dah lah gua paling rapat dengan sue,
macam mana lah hakooo nak lalui hari harikoooo tanpa sue, uhuk. sadis. gedik.
dalam pukul 6.00 petang, kiteorang gerak balik. sebelum balik tu, dan lagi farhan
belanja air. ambik lah air apapun. hamboi. kiteorang tak keluar duit pun harini.
ni aku sayang kau ni farhan. haha!
disebabkan apih ada kerja lepas pukul 6.00 petang tu, farhan pulak ditugaskan hantar
kiteorang balik. apih hantar kiteorang dekat tempat kerja farhan, naik kereta MyVi
farhan pulak. lepastu sue nak pergi kuantan parade pulak nak cari lens dia. haha
best gila main arah arah farhan wei. jadi driver tak bertauliah.
jalan dalam kuantan parade tu makan masa jugak. dalam 6.45 kot, baru keluar.
tunggu farhan dekat luar. mengular pulak budak ni, babap jugak karang. ahaa.
subhanallah, farhan bawak kereta. macam nak drift. gua pun, "farhan ingat sikit,
kau bawak anak dara orang ni. maghrib ni wei..". haa lepastu baru slow down sikit.
main cilok cilok je. haih budak ni.
Farhan: aku nak hantar sapa dulu ni wei?
Ain: aku.. aku.. hantar aku dulu!
memandangkan dah nak maghrib dan masa tu umi dah sibuk tanya taknak balik
dah ke, gua ambik kesempatan suruh farhan hantar gua dulu. phew. lepastu
nadila bunyi, "farhan, jakgi singgah tunas manja jap, aku nak ambik barang..".
sue pulak, "farhan, aku nak gunting rambut kejap lagi..". farhan pun okay okay aje.
kesian gila dekat mamat tu. haa.
lepas dah sampai rumah, say bye-bye. okay bye. haha. gambar dibawah menunjukkan
lebihan gambar kiteorang keluar semalam. sila tatap.
nampak sangat ke-tinggi-an gua tak dapat dipertikaikan lagi. *pandang atas*
farhan menonggeng. ah cekci-nya engkoo.
dan dan dan.. ini gambar yang terakhir. ehem..
pipi tu pipi tu, matahari waktu ni terik nya ya salam. assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment