Jika ini permainannya, aku terima.




assalamualaikum. haiiiiiii! acano daftar lower six harini? ahaa best tak? best tak?
ehem gua-punya-pendaftaran-lower-six-harini-vewi-vewi-vewi-awecem!
bila dah masuk lower six ni, ramai lah muka baru nya. makanya, ramai lah kacakz
kacakz nya. jadinya, ramai lah yang tergedik nya. kesudahannya, ah mr.right kita
lagi comel. k ain k.. tanam kan azam mu. tahun ni dengan tahun depan nak struggle! 
jangan fikir dia untuk setahun setengah ni. jangan cuba.


tadi pergi sekolah->sampai tepat pukul 9->masuk dewan ketemu mucet->borak-borak->
taklimat pengetua/GPK Pra-U->pendaftaran bermula->pergi kantin/rehat->masuk
dewan->dengar taklimat lagi. fullstop. nampak tak permainan dia?


masa pendaftaran tu ada abang upper six ni tegur, "eh adik Anis lah!" sambil senyum.
gua pun, "tulah tak ada rezeki, kesini jelah". *sambil mata melilau tengok borang
akak upper six tulis*. lepastu pergi dekat tempat yuran pulak, "Ain? adik Anis kan?".
OKAY-GUA-TAHU-AKAK-GUA-FAMOUS-KAT SEKOLAH-NI. erghh! sampai yang tak
pernah bersua apatah lagi nak bertegur, tetiba kenal gua adik anis. padang sekilas.
dah tahu. seronok ya.


hm hm.


lepas dah daftar semua tu, mucet ajak gua pergi kantin. okay! kantin tak banyak
berubah. in facts, makin menjelekkan. eh bukan nak kutuk. tapi kenyataan.
telan kenyataan tu walaupun pahit. gua pula malu bila budak lower six sekolah lain
tengok kantin dalam keadaan cenggitu. apalah andaian mereka. hm.


lepastu sambung taklimat balik blah blah blah blah 2.25petang susun kerusi
dalam dewan semua, 2.40petang baru balik. eh , kita tengok abang senior kita
last year dok bertenggek dekat penjuru pentas sambil pandang kita. kot. ah watevah.


dan yang paling gua ke-teruja-an yang terlampau-nya, ramai kawan masa sekolah
rendah dulu kini kita ketemu kembali. kalian tak banyak berubah. Paling diingati, Zahirah,
budak ni pemalu ya salam. satu kelas dengan gua masa darjah enam dulu. gua ni
suka menyakat orang dahulu kala. kah kah kah. tapi bila tengok dia tadi, haha
terus teringat kenangan enam tahun lepas. Macam mana enam tahun lepas gua tengok
dia, macam gitu lah gua tengok dia tadi. dengan pemalu-nya, still tak banyak mulut,
pendiam. gua harap dia tak berdendam lah dengan gua. gua harap. *tutup mata*



*buka minda* aumm cakkk!


yang atas tadi baru intro. mari kita mulakan!


dulu. gua benci tingkatan enam a.k.a Pra-U. benci. jelek. menyampah. haktuiihh. geli.
entah kenapa gua benci sangat pun, gua tarak tahu. konklusinya, gua benci.
tapi bodohnya gua kalau tunjuk trang tang tang yang 'Aku benci tingkatan enam'!
tapi ya. sebelum SPM gua dah set dalam minda, tanam dalam hati.
"walaumacamana sekalipun, aku taknak masuk form six. walaumacamana sekalipun..".


gua benci. gua benci. gua benci. padahal gua dengki. gua dengki. gua dengki sebab 
bila jadi form six ni memang banyak berjalan. take note.


siap ada yang menyahut macam anjing menyalak,


"woi apa barang form six! tak best ah wei pakai baju sekolah lagi. kau tak puas lagi ke?"
*haha gelak besar nampak anak tekak. erk*


tapi Allah itu adil. bila kita terlalu benci sesuatu tu, Allah hadirkan perasaan sayang
kemudiannya. See? betapa kita benci kan sesuatu tu, kalau Allah dah tetapkan
rezeki kita disitu, tak ada sapa boleh halang. kunfayakun..


dah apa yang kau cuba sampai kan ni, ain?


Kelebihan Prauniversiti melalui sistem modular. (sistem baru)


  1. Beban belajar kurang kerana calon hanya perlu mempelajari kandungan mata pelajaran bagi penggal berkenaan sahaja untuk dinilai pencapaian mereka.
  2. Pelajar mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah terhad.
  3. Sistem modular dapat menyediakan pelajar untuk menempuh alam dan sistem pengajian di IPT baik di dalam mahupun di luar negara.
  4. Sistem modular diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih menarik – oleh itu lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian peringkat prauniversiti ini.
  5. Pinjaman PTPTN tidak diperlukan.
  6. Jalan yang paling mudah untuk menyambung pelajaran ke Universiti.
***
banyak lagi kelebihan dia tapi gua shortlist kan. kalau nak list kan semua, sampai
esok belum tentu habis woi. pergi google nuh..

lagipun form six setahun setengah je pun berbanding diploma yang tiga tahun tu.
membazir masa. cikgu cakap U akan nilai STPM dulu baru Matrik. Whoaaa, untung kan?
Alah, tahan jelah terpaksa pakai baju sekolah bagai, terikat dengan peraturan
sekolah. kesudahannya, kalau kau gigih, pasti kau akan berjaya. percayalah..

lagi satu. kalau diploma kena buat pinjaman PTPTN lepastu kalau nak sambung
ijazah nanti kena buat lagi. kalau nanti keluar U kau kerja best tak apa, kalau
mengganggur? tak ke sesak nak bayar PTPTN itu? haa? haa?

Pra-U semua free. nanti nak sambung ijazah baru buat PTPTN. corret me if i'm wrong.
nak bayar balik pun nanti tak sesak woi. siap ada biasiswa lagi. mana lagi untung?

ada orang cakap,

"konon masuk U berlagak balik balik ohh ada orang tanya balik cuti sem. tapi course
entah pahape. saje nak ada title 'Universiti'.."

jangan marah. tapi itulah hakikatnya..

tapi sebenarnya Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. jangan tolak. lagi kau
tolak, lagi ia mendatang. kalau ini jalan yang terbaik untuk aku mengorak langkah
seterusnya, aku pasrah. aku terima. ya aku redha. semoga Allah permudahkan
segalanya, amin. 

yang baik datangnya daripada Allah s.w.t, yang buruk datangnya dari kelemahan
saya sendiri. wallahualam. 

assalamualaikum.

Nota kaki: eh shah, semalam saya mimpi awak bagi kek coklat moist dekat saya.
penuh coklat moist atas kek tu. apakah? haha! sweet gila walaupun saya tahu
semua tu mainan tidur.. :)


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)