meniti satu lagi puncak.



assalamualaikum. selamat pagi malam dan petang! sebelum gua berceghita lebih
panjang, ayuh kita saksikan paparan dibawah. tiga beradik. percayakah?


Ekceli ini umi gua. umi comel. anak-anaknya mesti lah lagi comel. ahaks. natural beauty.
sesungguhnya, gua amat menyayangi kedua-dua hamba Allah ni. haa yang penting
ketaranya gua paling tinggi disitu sambil peluk bantal love. bantal yang sama gua
buat tidur letak celah paha. nampak tak kebusukannya disitu?

dah hampir berminggu-minggu gua tak menapak disini. rindu woi blog picisan gua ini.
bila malas datang terhegeh-hegeh, hati mula buat-buat korek hidung, idea buat
larian setempat. kesudahannya, haa berhabuk cenggini lah. *capai penyapu*

memandangkan gua mendapat tempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
tarikh lapor diri dijangka 19/7. okay minggu depan. persiapan diri? tak persiap
sangat lah sebab rumah dekat je kot dengan poli tu. jadi tak perlu lah kot
bersungguh macam duduk jauh pulak packing barang berlori-lori. ahaa kalau
tertinggal pun, mintak umi hantar. untung sebenarnya study dekat dengan rumah ni.

semua barang keperluan luar dalam tepi atas kanan kiri, semua dah beli. cumanya
gua tak tahu nak packing barang apa dulu. almaklumlah, sepanjang hidup gua tak
pernah duduk hostel. sampai jadi sebesar besar alam ni hasil duduk celah bawah
tiak bucuk umi. aumm.

dokumen-dokumen nak bawak waktu pendaftaran semua tu, gua dah bereskan.
yuran itu ini, dah juga gua bank in kan. haha jadi apa lagi? medical checkup?
okay tu je belum lagi setakat ni. rutin gua sangat pack. fuh.


disini tempatnya. tempat dia memang luas, berliku-liku. berbukit-bukau.
turun naik panjat bukit, itu baru cabaran. minggu suai kenal(MSK) waktu bulan
puasa. itu baru dugaan. ini namanya liku-liku kehidupan. oh yeah. i laikk dis!
gua dapat bayangkan tahap kepenatan gua saban hari. haaa lagi kurus kering
lah hang ain oiii!

gua harap course akauntansi dekat politeknik nanti tak ada lah sesusah mana
macam yang gua sedang bayangkan sekarang. haa nampak tak gua semangat nak
pergi belajar ni?

dan yang paling gua harap, gua dapat roomates yang baik dan gua juga mampu
jadi roomates yang baik kepada bakal roomates gua nanti. wehehe tak sabau nya!
k tiba-tiba.

makanya, esok hari last gua perlu settle kan semuanya. sebelum masuk pun 
macam macam cabaran kecik muncul apatah lagi bila masuk nanti. gua harap
tak se-teruk. tak pasal pasal gua lariiiiiiiiii balik rumah tak pakai selipar sambil
gigit hujung telinga bear. rakusnya.

okay cukup sampai sini. nanti apa-apa perkembangan, gua update lagi. 
dah lah susah nak menapak disini. serupa macam kena basuh kain guna kaki dulu
baru boleh update. haha k ciou. assalamualaikum.


seriusli gua amat merindui zaman 2011. bila lagi kita bisa berkumpul sambil makan makan
lagi macam ni? sumpah rindu! oh damn. *kesat air mata*



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)