Belakang pentas rumah terbuka DAT.



Assalamualaikum. DAT stand for Diploma Akauntansi. so pada 14 September 2012 bersamaan
hari jumaat kelab DAT telah menganjurkan Rumah Terbuka Merdeka Raya DAT yang khas 
untuk pelajar akauntansi dari sem satu hingga sem enam di Dewan Seri Makmur. jadi cerita
sikit disebalik tabirnya..


Plan dari hari isnin lagi nak arrange kan jamuan ni. berdiskusi dalam kelas lepas 
lecturer keluar. wakil kelas gua sebagai kepala bagi penerangan dekat semua
macam mana nak handle majlis tu dan makanan apa kita nak makan masa hari tu.
ahli jawatankuasa kecil pun dilantik untuk melancarkan lagi program ni. ahaa.

dalam erti kata lain, setiap kelas diberi satu ruang yang tak berapa nak besar seperti
yang tertera dalam gambar diatas. dalam dewan ni so satu satu kelas tu kena prepare lah
nak buat macam mana macam mana gaya pun persiapan rumah mereka tu. andaikan
itu rumah mereka dan mereka sebagai tuan rumah kena hias rumah mereka kasi cantik
sebab yang datang nanti para lecturer dan student DAT dari kelas lain.

ini satu pengalaman baru dalam hidup gua. lol first time kena handle semua ni bagai
dengan classmates.


disebabkan hari jumaat pagi program ni berlangsung, makanya hari jumaat tu secara
rasminya dua kelas cancel! jyeah! sehari melantak lah engko jahh. hari khamis tu lepas
habis perjumpaan dengan PA(penasihat akademik) dalam pukul 5.30, terus menapak
naik tangga bagai pergi dewan untuk setting tempat kami. 

dalam perjalanan tu kaki dah sakit sebab tangga bukan sikit-sikit dengan poli gua ni,
sesak napeh den.

nasib baik classmates gua jenis yang bekerjasama memandangkan nisbah perempuan
lebih ramai dari lelaki jadinya kerja lebih cepat siap walaupun para lelaki enam orang
kelas gua datang bila kerja dah hampir siap. LOL.

syira dengan jing pulak ada gajet-gajet yang cantik dan sangat diperlukan. lagi lah
mudah kami nak touch up rumah kami kasi meletop bom bom pow.

disebabkan gua dengan ekin paling tertinggi dikalangan yang lain, jadi kami ditugaskan
untuk menggantungkan ketupat pada setiap deretan. dah cun siap gantung semua
senyum melebar sebab cantik, tiba-tiba ada abang senior datang,

"eh, tempat korang dekat depan sana tu yang belah kanan betul-betul pintu masuk
dewan tu, ni tempat orang lain..".

haha aku memang suka buat kerja dua kali kenapa tak abang dengan budak budak
kelas abang je tak pergi sana. aha sengal.

okay disebabkan junior sem satu yang baru pertama kali dan yang paling kecik serta
paling muda disini, kami patuh jugak pergi tukar tempat walaupun masa tu meja dah
siap skating cantik-cantik dah kena angkut jauh pulak tu dah ah nak dekat maghrib
mandi pun tak panas-panas okay sabar. slow-slow gua dengan ekin cabut balik
ketupat yang kiteorang gantung tu. dah ah guna double-tep. how dare you senior!

taufik.diri sendiri.pzah

lepastu pergi tukar tempat, gantungkan semula. kalau ada senior yang datang
cakap salah tempat lagi, memang gua gantungkan ketupat tu dekat leher dia. haa.
tapi berani kah? ahaks.

memandangkan dah nak maghrib gua pun tak solat asar lagi, gua balik tumpang kamsis
si pzah ni dulu. ramai balik gilir-gilir lepas maghrib datang semula. yang lelaki baru nak tunjuk
muka. gua tunjuk kaki kang baru tahu.

perut krok krek krok krek sebab dari pagi tak makan. order masakan panas dekat cafe
pukul 8 baru ambik. lemah longlai rasa kena pergi dewan semula dalam pukul 7.45 tu.
Puteri selaku penolong wakil kelas gua call suruh jumpa dekat cafe sebab mintak tolong
pegang air yang dia belanja untuk budak kelas kiteorang.

lalu nak ke dewan tu dari kamsis hanya Allah je tahu betapa seramnya laluannya.
ahaa ada dua jalan. lalu dekat jabatan kejuruteraan elektrik yang sunyi sepi tak berlampu
bercahaya langsung yang trang tang tang gelap gelita tapi dekat atau lalu dekat jalanraya
turun bukit sikit berlampu terang jugak lah tapi jauh sikit je. ya! kami refer alternatif
kedua. dah lah dua belah tangan pegang plastik air yang hampir tercabut. nak lari
pun takut air tumpah. so terpaksa berlari-lari anak. omaigoodness.

jalan habis laju sebab keliling hutan. ah so scary you know!

 gua.pzah.

sampai-sampai tengok dorang dah settle kan semua. haha memang suka. lepak jap
settle apa yang patut lepastu akak senior terkedek-kedek bagitahu sila kosongkan
dewan pukul 9 malam. dah 99% hampir siap dengan lampu liplapliplap lagi haaa.
senior pandang kiteorang punya rumah dengan pandangan yang penuh makna.
menyampah ke kak?

nasib baik dapat tepi sekali so macam macam boleh buat. terima kasih tukarkan 
tempat kami. ahakz.

tepat jam 9, semua keluar dari dewan. malam khamis tu gua tumpang dalam bilik pzah
sehari je pun sebab keesokkan harinya kena berkumpul dekat dewan pukul 8 pagi.
gua takut terlewat. haaaa.

balik bilik pzah, terus melantak nasi goreng kampung yang dah sejuk tu. lepak cc jap
online bagai. pukul 11 balik semula bilik pzah ingatkan nak tidur sekejap last-last
tidur mati terus. keh keh keh. penat sangat woi. lepastu pukul 2.10 pagi tiba-tiba
terjaga tengok semua dah tidur dan dan set alarm lepastu tidur kroh kroh balik. hehe.
 
classmates dari kanan zetty salwa amira gua.

walaupun otak mereka terbelit, gua tetap suka kawan dengan mereka. gila-gila
mereka buat gua selesa berkawan sebab gua pun sama gila. ahaks.

korang sporting. tak pura-pura. tak hipokrit. thanks kawan!

nanti gua buat entri semasa dan selepas event ni k. memang happening.
latest experiance gua ni wei.

assalamualaikum.


nota kaki: sorry bro, mungkin gua tak berapa nak bercakap dan berkenalan dengan
lu secara terang-terangan sebab gua takut gua jatuh suka bila tertengok senyum lu
yang pada gua ya Allah manisnya lelaki ni apatah lagi bila bercakap dengan lu bro.
maaf sekali lagi. gua bukan sombong tapi gua takut dengan perasaan gua sendiri.
gua cuba singkir perasaan itu jauh-jauh. tapi gua tak percaya gua tiba-tiba mintak
tolong lu masa habis program ni dan lu terus buat secara tak langsung ter-cakap dengan lu.
gila. ya gua cuba kikis perasaan tu.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)