maka bermula kehidupan sebagai senior.
assalamualaikum. ehem. semenjak gua menempatkan diri ke Politeknik lima bulan yang lalu,
blog gua yang comel ini seakan-akan dianaktirikan oleh tuan nya sendiri. adakah ini
petanda beliau akan mendapat bapak baru? ahaks. apa yang aku merepek ni. *jeling*
blog ini semakin menyombong kan diri nya terhadap gua. adakah beliau terasa hati
sebab gua makin hari makin melupakan nya atau sakit hati sebab tak ajak beliau sekali
belajar account bersama-sama gua?
gua rasa nak seterika kepala gua secara bertubi-tubi sebab bermonolog dengan
benda yang tak bernyawa. eh eh beta tak bersalah. ampun buk. ahakz.
ku akui. sejak menjadi penuntut ini, gua makin hari makin tidak mengaktifkan urat saraf
rongga dalaman gua untuk menaip perihal kehidupan gua yang sememangnya super
duper aktif ke dalam blog. sebulan sekali baru update. itu pun kalau rajin.
kalau waktu tu pemalas, bunyi cengkerik lah jawabnya. *sapu habuk*
tak macam dulu waktu zaman zaman jahiliah dulu eh eh waktu zaman sekolah dulu
walaupun kerja bertimbun serupa puncak gunung eberes pun tetap update jugak.
haha waktu tu tangan serupa ulat bulu katengko. ada je masa nak update.
tapi sekarang..
tak macam dulu. kehidupan and the whole day gua sibuk dengan study. walaupun
capek i told you, tapi terpaksa siapkan segala jenis mak bapak assignmentsss.
dulu waktu sekolah tak siap homeworkss, cikgu maroh. cikgu peduli hal kita. cikgu
babap muntot kerja tak siap. tapi sekarang bila dah jadi IPTA's student tak siap
assignment, lantak engko lah mail/bedah/peah nak jadi apa pun. lecturer tak marah.
lecturer tak peduli hal kita. lecturer tak rotan pun kita. kita happy. tapi nanti
kau tengok lah penilaian berterusan(PB) kau dapat berapa, entah entah lepas dapat
result final kena carry. hah itu baru namanya kegembiraan tak terucap. *bukak kipas*
maka esok kena balik rumah sewa then isnin bermula nya kuliah untuk semester kedua!
ahakz apekehal gua rasa masa merangkak begitu pantas hendaknya? gua tak puas
lagi cuti ni. aduhai. kuliah seminggu then cuti hari natal seminggu. okay gua tak faham
kenapa cuti hari natal seperti cuti hari raya puasa ni? hah tak faham haku.
tapi alhamdulillah. cuti boleh nyambung lagi. ahakz.
memandangkan kelas gua iaitu kelas DAT1C waktu sem lepas dan sekarang berpecah
belah dek kerana ketua jabatan yang dengki melihat kemesraan kami serupa anak
beranak maka nya kelas yang terdahulu sebanyak tiga kelas kini dipecahbelahkan
kepada empat kelas. nampak tak permainannya disitu?
kelas DAT semua dirombak kan. semua jadi tak tentu arah. semua mengeluh. semua
sedih. semua maroh. semua dipisahkan dengan kacip kacip sekalian.
semua seperti arghhhhh sakit hati.
mungkin disebabkan satu kelas cecah hampir 40 orang jadi terpaksa berlakunya
rombakan kelas yang sememangnya tidak memuaskan hati banyak pihak actually
warga DAT. terlampau ramai satu satu kelas. mungkin faktor terlalu padat dan
terlalu bising. kot? mulut orang mana boleh nak kawal mak jemah oii.
dan gua and the geng masih dikelas yang terdahulu. new sem. old class. DAT2C.
tapi bila dilihat dari hari waktu daftar jumaat lepas, fuh satu kelas 31 orang alhamdulillah
tak crowded sangat seperti sebelum ini. alhamdulillah baru boleh bernafas tak macam
sebelum ini. fiuh. tak terlalu crowded. kalau style macam ini baru gua sokong bro! ahakz.
tapi nasib baik gua tak terpisah dengan teman sebelah serta geng geng gua.
itu pun sudah memadai. alhamdulillah syukur.
harapan gua cuma satu. ya, satu. diharapkan budak yang bukan dari kelas kami
tak payah nak mengampu PA(penasihat akademik) sangat lah. sedar sikit asal usul mu.
jangan membuat tahik dikelas itu. ada yang kena makan tahik jakgi.
*hah ganas tak ganas tak?*
serta diharapkan kita dapat bersatu teguh bercerai mintak dijauhkan. biarlah dari
kelas lain pun, asal kan kita dapat kawan lah rapat rapat. ahakz rapat lah sangat.*evil laugh*
gua nampak hari tu waktu daftar geng gua je yang gelak sakan. haha gua pulak main
tepuk tepuk suruh senyap. ini menunjukkan gelak kami hak kami. ahakz katengko.
ok. cukup sampai sini. gua malas nak berbasa basi bagai mak nenek terlepas kandang rimau.
aumm. hahaha gatal engko. entah post selepas ini bila pulak lah gua nak mengapdate.
hmphh.
memandangkan subjek bagi semester ini fuh sangat tough nya, maka gua harus tolak tepi
benda yang remeh temeh dan berat kan soal ini ya yang ini. ho-oh.
makin susah gua nak timbul dalam blog nanti. ya makin sukar. uhuk uhuk.
konklusinya, semangat gua berkobar-kobar untuk mulakan study isnin ni! Jyeah!
next time next post next update. In Sha Allah. assalamualaikum :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment