inginku laungkan pada dunia.





happy birthday to you....
happy birthday to you.....
happy birthday day to Ain budakzzzz comelssss.....
happy birthday to you! *tiup lilin guna kipas*

dan kini saya 18 tahun!

Assalamualaikum. seperti tahun-tahun yang sudah, gua antara berjuta rakyat Malaysia
diluar sana yang menyambut hari lahir pada hujung tahun. sudah menjadi kebiasaan
gamaknya, orang lain dah nak masuk umur baru pada tahun baru tapi dalam situasi gua
28 Disember adalah umur baru bagi gua. ahakz. nampak tak ayat longkangnya disitu?

orang lain bersuka ria nak masuk umur 19 tahun tapi bagi gua pada hakikatnya gua
masih 18 tahun pada tahun hadapan. apakah?

gua antara muka keanak-anakan lah sangat dalam kelas. perangai jeleknya tak dapat
diatasi. hmphhh.

tahun depan dah 19 tahun. so? setahun lagi nak 20 tahun. jadi dah boleh kawin ye?

terima kasih lah awak. sebab lupa. lupakan saya. oh saya yang lupa mungkin.
lupa yang awak dah hilang ingatan. saya je yang tak pernah sesaat pun lupakan
awak daripada sebesar-besar benda apatah lagi sekecil-kecil benda tentang awak.
jadi mulai sekarang, saya akan cuba. cuba untuk lupakan awak dan buang bayang-bayang
awak jauh dari hati saya. tiga tahun rindu ini saya tahan rupanya sia-sia. 
mungkin susah, tapi saya akan usaha. :') tak guna ingat kan orang yang lupakan kita.
setiap tahun saya wish hari lahir awak tapi awak? mungkin awak lupa atau buat-buat
lupa. tanda ingatan itu pun dah cukup bagi saya tapi sayangnya saya perasan sendiri. :')
malunya saya. terima kasih awak. sekali lagi. 

awak yang pertama. dan saya berjanji pada diri yang saya nak jadikan awak yang terakhir.
saya tahu. bila saya cari yang lain, saya tipu perasaan saya sendiri. nak tutup rasa
rindu ini. tapi andai kata tiada jodoh, umi tolong pilihkan anak angkat umi dekat UIA tu
sorang untuk anak umi ni nanti ye? hati ini seperti dah tak ada rasa nak cari lain. seriusli. :')

haha nak touching apehal birthday girlssss? jadi untuk umur yang semakin hari makin
dewasa ini, gua ingin nyatakan perangai kebudak-budakan gua itu dah makin sebati dalam
diri ini. tak tahu lah macam mana nak buang bila terbuat lawak bodoh depan kawan kawan
sampai gelak keluar air mata hamba Allah itu.

sejujurnya, lawak itu lahir dari sini secara spontan.*letak tangan dekat dada*. bukan
dibuat-buat suruh orang gelak tengok kita. itu baru dinamakan lawak bodoh betul.

akhir kata, selamat hari jadi yang ke-18 lah Ain. dengan pertambahan umur ini,
diharap makin matang lah ye dikau.

thanks umi untuk kek birthday di atas itu! walaupun tak seberapa, ia tetap mahal
jika ia daripada seorang ibu untuk anaknya. bak kata umi, umi belanja lah api abah yang
bayar. ahakz.

terima kasih tak terhingga untuk yang meng-wish. 

insyaAllah esok akan update story pasal hari ini. haha menggila shopping sampai RM200
seorang tak sampai sehari! thanks Puteri and Syira, korang the best lah dalam bab shopping!
gua dengan Syira banyak beli baju sama. boria sangat.

assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)