perahsia tegar.
Assalamualaikum w.b.t
disaat semua orang sedang beradu tenaga mengerah segala keringat untuk menghasilkan
mimpi yang indah, aku disini setia menghasilkan entri. terasa lama sungguh tidak
membazirkan waktu bercengkerama di blog yang aku kira tuan nya sudah lama pengsan.
HAH?
untuk menghilangkan rasa mengantuk, aku berjaya tunjukkan satu gambar yang aku rasa
paling poyo lah yang aku pernah ada. menyampah gamaknya kalau dilihat lama-lama.
ok sudah muntah? mari kita sambung. Ya Allah, rindu aku untuk menulis di sini Allah
saje yang tahu. tenggelam-timbul-tenggelam-timbul-hanyut-nyawa nyawa ikan.
kadang-kadang memang nak timbul tetapi disebabkan assignment harian yang tak
kira waktu susah dan senang sentiasa bersamaku, maka aku tenggelam bersamanya.
ya. jika nak dibandingkan zaman semester satu dulu dengan zaman semester dua ini,
ikut perkiraanku zaman ini paling bahagia kot. aku sudah makin ngam dengan classmates-ku.
walaupun tak semua lagi, tapi ok lah daripada tak langsung kan. EH?
bukan senang nak intim hah katakau intim apa nya, ya ambil masa juga sebab dulu
kami dari kelas yang berbeza. perangai yang berbeza. semua benda lah berbeza.
jadi kalau sudah rasa sedikit ngam itu, kira ok lah tu.
mananya tak ngam, naluri pun kadang-kadang serupa nyah oi walaupun tak nyatakan
dalam bentuk percakapan. hari khamis last week, entah macam mana baju dan tudung
yang aku pakai boleh sama kaler dengan seorang classmate aku ni. jubah hitam
dengan tudung bawal plain kaler orange. obvious gila kot sebab orange kan terang.
tak pasal pasal kena bahan dalam kelas, "dalam kelas kita harini ada twins lah..". choi.
setan apa yang menghasutku hari ini untuk menunjukkan gambar poyo sumpah poyo
sebegini. fuh.
ok mari sambung lagi. khamis lepas juga, kami dapat Baucer Buku 1 Malaysia(BB1M).
haramjadah apa beratur panjang berjela untuk ambil baucer dalam bilik kecil
seluas kangkang meon? last-last kiteorang ambil pukul 2 petang. tak ramai dah
waktu tu. tak bersesak-sesak macam waktu pagi. buat berpeluh ketiak aje tunggu oi.
lepas waktu Osha, sepatutnya kelas mula semula pukul 3 petang waktu Business Maths.
memandangkan hanya ambil masa setengah jam macam tak berbaloi nak tunggu petang
untuk buat kuiz, maka dianjakkan kedepan. jadi ramai juga lah yang melenting
sebab last minute baru inform. tapi tidak bagiku. waktu Osha, aku study Business Maths
dekat belakang. alah encik Amin, dengar diorang present dekat depan mengantuk kot.
semua macam ah acano ni acano ni tak ngapal lagi formula tu...
tapi aku, insyaAllah. bukan nak riak. bukan nak bangga. otak aku lagi mudah ingat
benda yang aku baru baca tadi daripada benda yang aku baca sehari sebelum tu.
entah. mungkin itu salah satu daripada kelebihan yang aku ada.
serupa test Law lepas, cik Fardila melambung puji aku. tengah jawab test ni cik
datang duduk depan aku. sambil tu, tengok-tengok jawapan aku. alhamdulillah,
dia tengok kertas aku, dia cakap bagus..bagus..blah blah blah. apa yang aku baca,
yang tu aku tulis. waktu tu dah tinggal 15 minit lagi. yang lain still dengan soalan
nombor satu padahal soalan ada empat. waktu tu aku dah jawab soalan nombor tiga,
tu pun dah terketar-ketar mak nokss. tiba-tiba cik pun macam marah kot,
"lagi 15 minit, malu sikit dengan Ain. dia dah jawab sampai soalan no.3 dah yang
lain still terhegeh-hegeh jawab no.1 lagi. ni lah contoh pelajar cemerlang. blah blah blah.."
aku dekat tempat duduk pun dah panas pungkuk. seriusli, tak sangka cik sampai
cakap macamtu. aku tak tahu apa perasaan yang lain dekat aku waktu tu. marah?
bengang? caci maki?
lagi lima minit sebelum waktu habis, aku dah siap! cik siap kasi masa tambahan lagi
sebab ada yang still melango tengok soalan. aku pandang cik, cik pandang aku.
dia tanya, "Ain dah siap?". aku pun sambil angguk, "Dah, cik". dia jalan nak pergi
dekat tempat aku, "ni lah contoh pelajar cemerlang. tepati masa. siap pun tepat
masa yang saya bagi. blah blah blah..". sambil tengok kertas jawapan aku,
"awak staple, hantar. lepastu awak nak keluar awak boleh keluar".
dalam hati aku, dah cik ni kenapa. asyik aim aku aje nak memuji. tak paham aku.
tapi cik tak tahu, aku study last minute. pukul 10.30 pagi test, pukul 8.00 pagi tu
aku baru study. ngeh ngeh ngeh. lagipun bab law of contract ni aku suka,
sebab tu senang kot bagi aku.
dah habis tu, kecoh dekat kelas DAT lain yang aku tererr Law. sok sek sok sek
dekat kelas lain, "weiii Ain paling cepat siap test Law tadi. terer ah dia..".
"eh terer gila Ain, lecturer puji dia saje..". tak pasal pasal namaku harum di situ.
konklusinya, kekuatan ingatan masing-masing untuk ingat apa yang dia hafal/baca.
and guess what? tak sangka aku dapat 85% dalam test Bisness Maths haritu!
fuh. tak ada lah bengap sangat kan aku ni. hua hua hua. geng aku yang lain pun
dapat tinggi-tinggi. syukur.
memandangkan petang tu tarak kelas dan kiteorang free, siapkan tutorial Busi.Maths sampai
siap dan terus hantar haritu juga. fuh tercungap-cungap juga dengan syafiqah and
fizah kesana kemari. koperasi pun masa tu lah nak rosaknya printer. terpaksa
menapak ke koperasi library. fiuh. akhirnya siap dan hantar dekat meja cik Halida.
khazanah yang dah lama aku simpan. barang-barang yang ada dalam kotak ini mewakili
hati aku. actually, hati aku yang ada dalam kotak ni. ya. aku perahsia yang tegar.
susah sangat nak dengar aku bercerita perihal perasaan aku, jiwa aku, rasa aku.
aku lebih suka luah dalam bentuk tulisan daripada luah dalam bentuk kata-kata. dah
berapa banyak dakwat pen yang aku bazirkan sejak tiga tahun lepas.
rantai tu.. khazanah paling berharga bagi aku. walaupun aku rasa murah je tu, tapi
tetap barang yang paling bernilai yang pernah aku dapat.
bila aku rindu, kotak ini yang setia jadi peneman sedihku.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment