Rasai itu bersama.
Assalamualaikum. secara jujurnya gua katakan, sejak dua menjak mahupun sejak azali
lagi lewat tamat zaman sekolah gua dahulu kala, gua cuma menjadikan blog ini
sebagai tempat persinggahan gua untuk sementara waktu sahaja. apakah sungguh
sadis hidupku ini sehingga tidak punya masa untuk bersosial di laman sosial yang ku kira
tidak lah sampai mabuk mabuk? hmm
kehidupan gua di Institusi Pengajian Tinggi makin lama tak keruan. makin lama makin
ku kenal apa itu kawan apa itu lawan. oh semester kedua sudah engkau tunjuk kan
belangmu ya wahai sang tikus mondok hitam? erk?
bagaimana nanti semester ketiga keempat kelima dan keenam? mahu engkau sebarkan
virus khianatmu di merata tempat sehingga meracuni satu Politeknik ini.
gua bukan bajet bajet suci mahupun sempurna dari segala sudut. ya gua bukan
terlalu baik sehingga minta di sanjung tinggi, tapi gua masih tahu berterima kasih
jika gua sudah meminta pertolongan daripada seseorang sebab bagi gua hamba Allah
itu sudah bersusah payah buat sesuatu yang ditugaskan. ini tidak, terima kasih jauh
sekali. maki hamun menjadi pengganti tanda penghargaan engkau itu.
jadi terlalu baik, salah. jadi terlalu menjaga hati, lagi salah. jadi terlalu prihatin, juga salah.
jadi engkau mahu yang bagaimana? yang tiada perasaan? keras dengan yang keras
jangan didekatkan, musnah kelak.
bukan sebuah trofi beserta tv 52 inci yang gua dambakan, tetapi cukuplah sepatah
ucapan terima kasih atas segala keringat yang gua curahkan untuk menyiapkan
tugasan kita bersama itu. mungkin tidak sesempurna mana tetapi alhamdulillah dapat
juga disiapkan. itu pun engkau masih hendak menyalak bagai anjing kelaparan?
kadang-kadang gua rasa dah jemu dari dulu sampai sekarang asyik jaga hati manusia
sampai satu masa hati gua tertanya tiada ruang ke untuk gua jaga hati sendiri?
jenis gua, gua tak reti macam mana nak sakitkan hati orang. serius lurus budaknya.
later gua update lagi ya? assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment