Nightmare.




#semester satu#Polibriged#kawad kaki#miss this moment

assalamualaikum. memandangkan minggu ini merupakan minggu balik rumah, makanya 
dikesempatan yang masih terluang ini dimana assignment gua pun masih belum berusik
gua putuskan untuk mengapdate sepatah dua kata. haha katakau nokss.

kau tahu apa itu makna menyesal? menyesalnya aku kenal kau dari mula. cara kita
berlainan arah. kau ke utara. aku ke selatan. jauh menyimpang. kita mungkin boleh
berkawan lagi tapi aku tak rasa kita boleh serapat dahulu. fullstop.

aku terlalu menjaga hati. tapi kau terlalu mengikut kata hati. sampai kau tak sedar kau
telah mengguris perasaan orang dalam diam. itu yang paling ketara di pandangan aku.

dahulu kita berlima sangat rapat. macam isi dan kuku. makan sama-sama. lepak
sama-sama. study sama-sama. pergi kelas kadang-kadang sama-sama. melawak
sama-sama. tapi kini tidak lagi.

kenapa?

disebabkan antara berlima ini ada dua orang hamba Allah ini si I dan si S mempunyai 
masalah hati yang ku kira tak akan pernah selesai sampai bila-bila, hubungan kita jadi renggang.
kita memang dekat tapi semakin hari semakin jauh. ya makin jauh. 

mereka tidak bertegur sapa, tapi kita yang makin renggang? provokasi apa yang sedang
kau amalkan ini?

disebabkan kau lebih memilih untuk berada bersama dia yang kau baru kenal semasa
semester dua ini berbanding aku yang kau kenal sejak dari semester satu lagi bersama-
sama kesana kemari, jadi elok benarlah kau lebih memilih dia.

dahulu aku pernah menyuarakan rasa hati serupa begini,
"weh antara aku, si I, si A, kau rasa mana yang lebih kau selesa?". tak sampai 
sesaat aku tanya kau pun, "eh mesti lah dengan kau..". ya aku yakin dia akan jawab
aku tapi kenapa kau masih memilih untuk berada bersama mereka? mungkin sebab
peribadi kau lebih kurang seperti mereka?

dahulu berlima. sekarang bertiga, berdua. biarlah aku rasa aku lebih seronok berdua
dengan si barnie ini. kepala sama-sama masuk air pendek kata gila-gila, jauh berbeza
berbanding dahulu. daripada memilih kawan yang hanya tahu menyakiti hati kawan
dia sendiri, lebih baik aku memilih kawan yang kemana saja mesti mulutnya, 
"Ain.. Syafiqah lapar.. jom makan jom?". comelnya baby girlsss mummy ni.

aku tahu dari pandangan kau aku dapat rasa, kau cemburu melihat kemesraan kami.
rapatnya kami. setiap kali berjalan, ada sahaja bahan yang nak dijadikan gelak tawa.
dari cara kau boleh kau manipulasi kan kau tidak peduli langsung, tapi tidak pada
air muka kau. aku tahu kau cemburu tapi ada sesuatu yang menghalang kau untuk
berkomunikasi dengan aku seperti dahulu.

memandangkan konflik ini masih berlanjutan sampai sekarang dan tidak tahu sehingga bila,
si barnie ini terus menumpang di rumah sewa aku. seronoknya asyik gelak gelak.
ada sahaja bahan nak ketawa huha huha. dia kata dekat kamsis, dia tak merasa pun
suasana happy macam ini. dalam bilik asyik terperap masing-masing buat kerja
sendiri. dah masa bila mahu mesra mesra? tapi di rumah sewa aku boleh dikatakan
hampir setiap malam waktu relaks relaks ada sahaja benda nak dijadikan bahan.

ya aku pun tak nafikan aku bahagia punya housemate yang tidak mempunyai hati.
kah kah kah. aku bahagia duduk dalam rumah itu. Demi Allah kali ini aku jujur.

siapa yang rapat dengan aku ataupun housemate rumah sewa aku sekarang, 
mesti tahu macam mana perangai gila-gila aku. lawak spontan aku itu memang
betul-betul spontaneous. dalam rumah itu, aku yang paling banyak gelak, paling
banyak melawak dan paling banyak kacau kakak-kakak senior. dan yang selalu
aku kacau nya kak azie dengan kak farah. aaaaarrggghhhh geram!

kadang-kadang aku rasa cara pemikiran aku memang dah cukup matang, tapi perangai
aku masih di tahap budak sembilan tahun walaupun tahun depan dah masuk 20 tahun pun.

disebabkan memang dari zaman sekolah sehingga kini aku memang suka bangun dan
mandi awal dalam pukul 5.50 pagi aku dah bangun, aku akan kejut sorang sorang
untuk bangun. tiga orang nak kejut bukan ramai mana pun tapi nak kejut tu
masyaAllah macam nak jirus air satu baldi. lagi-lagi si barnie tu yang memang hah
payahnya nak bangun. biasanya si barnie lah orang terakhir aku kejut kan. kalau tak
pukul tujuh, memang tak bangun agaknya. begini lah dialog aku pagi-pagi,
"syafiqah ohhh syafiqah, bangun bangun. nak pukul tujuh dah ni. cepat pergi mandi barnie.."
sambil tepuk tepuk pungkuk si barnie. lepastu sempat lagi intai toilet, 
"alah tu ada orang lagi tu.." sambil mata still terpejam. "kejap lagi yaya keluar lah tu..
eh eh cepat bangunnnn!!!". sambil ku tarik tangannya supaya bangun.

kejam jugak ku rasa diri ini. hua hua hua. kalau aku tak buat begini, sampai kesudah
dia tak akan bangun. set alarm untuk hiasan waktu tidur. buat apa?

lepas aku kejut tu lagi dia tak pergi mandi, lagi tu aku still tercegat dekat situ.
takut takut dia tidur semula. yang yaya dengan sya senang je nak kejutkan,
yang ini liat sikit. apa sayang sangat tempat tidur tu aku pun tak tahu. memandangkan
kelas setiap hari memang diawal pagi, jadi begini lah tugasku setiap hari.

itu tak kira lagi tugas aku kena ingatkan yaya bawak itu ini sebelum pergi kelas.
yaya ni pelupa sikit opssss kantoi. kah kah kah. kad matrik dia, file dia, laptop dia,
semua aku kena ingat kan pagi-pagi. nasib baik hidung tu melekat dekat muka,
kalau tak pergi kelas tak berhidung lah yaya. ahakz. kadang-kadang kereta dia
sendiri pun dia lupa dia letak mana. hey whats wrong with you yaya? apa punya penyakit
tahu. ngeh ngeh.

yaya pernah cakap, "ain ni macam mak yaya lah.. haha". mak mak pun mak mak lah.
janji kalian semua berdisiplin sikit. hah kalian katengko.

umi pun pernah cakap, aku ni nampak berdisiplin sejak dari sekolah rendah lagi.
since aku jadi pengawas waktu darjah enam dahulu. alhamdulillah aku boleh
kekalkan sampai aku tak duduk dengan umi lagi.

secara jujurnya, aku tak suka touch up bersungguh-sungguh semata-mata untuk
pergi ke kelas. cukuplah sekadar pelembab, bedak silky white sikit, lip glose sikit.
tidak perlu lah dengan maskara, contact lens yang untuk melawa tu, blusher bagai.
hai lip glose tu pun baru sekarang aku pakai sebab bibir kering. tu pun tak sampai
kelas tengahari, lip glose tu dah habis dijilat oleh aku. kuang kuang kuang.

sebab itu lah aku yang terawal sekali siap tunggu kalian ber-touch up dibilik.
dah lah mandi paling awal, siap pulak paling awal juga. tak apa. aku setia menunggu
kalian di muka pintu rumah. tapi kalau setiap hari begini, panas juga hati ini. ahaks.

hah baru aku perasan. dahulu aku rapat kamcing gila-gila dengan mereka, aku rasa
diri aku tak berkembang. tahu kenapa? kami setiap masa berlima tanpa mempedulikan
classmates yang lain. tapi sekarang bila dah makin lama makin jauh, aku dengan
si barnie makin lama makin rapat dengan classmates. aku makin peramah dengan mereka.
ya mungkin ini hikmahnya. syukur.

tujuan aku cuma satu, supaya dia turut merasai sakit hati bila tengok perubahan
aku ini. kah kah kah. aku tak sampai hati nak sakit kan hati dia dengan kata-kata,
lebih baik aku sakit kan dengan cara sebegini. ahaa ini bukan balas dendam, ini
cuma peringatan supaya jangan jadi kuat sangat takut nanti jatuh tersungkur.

dahulu aku tak ada peneman kalau balik kelas awal. sekarang si barnie dah duduk
sekali dengan aku, jadi balik dengan dia aje lah setiap hari. sebelum naik flat,
makan makan dulu dekat bawah. yang tak boleh blah nya, sejak dia duduk sekali ni
aku menjadi pemakan yang tegar. faham apa itu tegar? arghh!

lepas makan naik flat masuk rumah bentang toto dekat ruang tamu then tidur.
huh nikmatnya! tidur sebelah-sebelah sambil peluk si barnie. ahaha macam peluk bear!
kakak rumah cakap romantiknyaa. kah kah kah.

hari khamis haritu kelas dari pukul 8 hingga pukul 10. then kelas Osha cancel.
gaps gila lama. start kelas business maths pukul 3 petang pulak. perancangan awalnya
nak balik rumah then nak study business maths punya kuiz je lepastu aku pun
cadangkan, "Syafiqah, jom lepak dekat foodcourt Ecm jelah sambil study maths.
rindu nak makan nasi kukus..kalau balik rumah malas dah nak datang nanti". haha
itu alasan aku. yang si barnie comel ni pun on pulak.

okay sampai Ecm tak ramai lagi orang sebab masa tu baru pukul 10 something
macam tu lah. banyak kedai baru bukak. masuk je pintu depan tu, terbau Big Apple.
dah tu apalagi sorang ambil empat biji donuts. fuh memang nafsu sungguh.

naik atas makan nasi kukus! yum yum. then dah siap makan, baru study untuk kuiz.
sambil sempat lagi kunyah donut. rasa nak pengsan makan. hah?

jadi sekarang aku selalu dengan si barnie jelah. keluar tengok movie berdua,
jalan dekat poli berdua. seronok pun seronok. asyik gelak aje tahu. yang paling sweet
sekali tengok movie Lawak Ke Derr 2 tu lepas habis waktu kelas hari Jumaat.
memang awesome gila lah. semangat tak semangat nasib baik hari Jumaat tu just
jawab kuiz je pun. baru lepas makan nasi kukus, nak popcorn tak nak share nak
sorang sorang. tak boleh blah sungguh. dimana letaknya perut mu itu wahai si comel?




Nur Syafiqah Sulaiman. memang comel tapi bila jalan dengan dia agak berisiko sebab
sepanjang jalan lelaki tak lekang tengok dia. haha dasar lelaki.

nampak aje baik ni, otak boleh tahan lebih kurang sama je dengan aku ni. kah kah kah.
I Love You, baby girlsss. <3

hari rabu lepas, masa Financial Accounting encik dekat depan tengah bincang
pasal soalan yang kami tengah buat, tiba-tiba si barnie ni tunjuk video yang orang
nyanyi lagu Sayang dekat facebook tu apalah ada orang Whatsapp dekat dia,
aku tengok dia gelak sorang sorang. aku intai oh haa yang ini memang lawak.
kami pun gelak gelak. kuat jugak lah sampai budak lelaki pun perasan kami gelak then
opss slow sikit takut kantoi dengan encik hazman. ahakz.

waktu Pengurusan Islam pun tengok lagi. tapi kali ini secara berjemaah. letak Blackberry
barnie dekat depan, yang lain ni dok tengok huha huha dah siap hafal step lagi kau.

memang lawak then kami pun gelak gelak lah kan. tapi dalam masa yang sama, ada mata
yang sedang cemburu tengok kami bersuka ria. eh kesah pula aku ye?

***

jadi apa yang Nightmare nya?

malam tadi aku mimpi ada orang curi simcard aku. curi sekali dengan telefon aku lah
tapi telefon dia pulang kan, simcard yang dicuri. aku pun buat drama lah dalam mimpi
aku tu. meraung bagai. rupa-rupanya cuma mimpi. nasib baik mimpi je pun.

jujur aku tak sayang kalau telefon aku hilang tapi aku lebih terkilan kalau simcard 
celcom aku tu hilang. dah tujuh tahun dia membesar bersama aku, mana mungkin
aku sanggup kehilangannya. punya lah setia aku padanya, dah tujuh tahun aku
tak pernah tukar lain. 

sejak dua menjak ini, banyak no baru yang tak ada dalam list contact aku asyik
main call call aku. bila diperhatikan, no mereka bukan dari Pahang. memang no dari
negeri lain. bila aku text tanya siapa, eh call lagi. maaflah, aku memang tak akan angkat
no yang aku tak kenal. bila aku text tu, bagitahu lah kau siapa. kalau aku kenal,
ya aku akan angkat. jangan jadi bodoh sombong. faham? maaf terkasar bahasa.

itu aje nightmare yang aku nak cerita kan. mukadimah melencong tempat lain. ahakz.

next time update lagi haha bila lah next time tu. Assalamualaikum :) 



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)