4 left, 1 to go.



Assalamualaikum. alhamdulillah. 4 left, 1 more to go. Sementara buku Bussiness Management,
Business Mathematics, Macroeconomic, Commercial Law akan beristirehat di dalam
kotak kemas cantik-cantik atau di bakar secara berjemaah eh tak boleh nak jual
dekat junior lah nanti. fuh fulus fulus.

Financial Accounting 1 menanti Isnin depan. harap sangat awak jangan nakal ya FA1.

gua rasa gua bangga dengan diri gua sebab berjaya menentang 4 killer module ini
dengan jayanya (ehem bangga sikit je pun). gua harap lecturer gua baik hati bila
tanda paper gua nanti. ehem ehem.

Alhamdulillah. walaupun gua tak ada lah pandai sangat Commercial Law ni tapi gua
pernah dapat 95% tahu dalam test haha hebat tak hebat tak ceh sampai kena 
puji dengan Cik Fardhila Syahira yang comel itu. paper Law haritu alhamdulillah mudah
bagi gua walaupun buku akta yang dia kasi waktu final in malay. gahhhh!

tapi waktu belajar dalam kelas dan waktu jawab test gua buku akta in english.
tapi okay syukur. boleh lah gua goreng-goreng sampai hangit tengik paper Law tu hah.
Im gonna miss you lah Cik Fardhila Syahira. Cik Fardhila lecture Law seronok walaupun
terbelit lidah nak explain dekat kami sebab kelas Law selalu jatuh pada waktu petang.
padan muka.

walaupun dia nampak je garang, sebenarnya dalam garang dia kelakar. nak nak
kalau dia buat mimik muka. haha serius macam nak gelak guling guling.

paling gua ingat lagi waktu kelas Law belajar tajuk Sales Of Good Act(SOGA)

Cik: Saya bercinta nak mengajar tajuk SOGA ni tau..(sambil pandang gua)
Aku: hah kenapa pula? (riak muka nak tahu padahal saja mengada)
Cik: sebab saya tak suka sebenarnya tajuk ni.. (sambil buat muka kesian then
tengok syafiqah tiba-tiba cik buat buat macam terkejut..) eh suka suka.. 
(sambil buat buat tutup mulut then gelak comel)

memang sangat tak bosan belajar dengan dia. dan dia sangat comel.
kecik kecik dah pandai pakai iPhone ya cik lepastu kena hantar workshop katanya.
memang serius comel reaksi cik. 

okay dah. sekarang tepat jam 5:41AM dan gua masih berteleku di hadapan laptop.
nanti sambung lagi. assalamualaikum :)




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)