Random.



#AinMarzuki#SyafiqahSulaiman

Assalamualaikum. serasa gua dah hampir sebulan gua tidak menapak disini.
student life lah katengko. ya benar. benarlah gua sibuk men-sibuk kan diri
di Poli ini yang gua rasa tak ada lah terlampau sibuk sangat sampai kena buat buat
sibuk. ha? sehingga tiada ruang untuk daku mensosialkan diri ini. exactly!

cuba bayangkan. pergi kelas kebiasaannya pukul lapan pagi. then depends lah kelas
cancel ke apa ke kan. tapi biasanya juga kelas gua sehingga ke titisan yang terakhir
iaitu jam lima petang. kekejaman lecturer sering menonjol disitu. waktu tu lah nak
buat revision nya lah. waktu tu lah nak ajak berborak panjang lebar.
Encik faham tak saya ni salah seorang insan yang menetap diluar Politeknik? 

kebiasaannya juga selepas tamat kelas gua terus menapak pulang ke rumah.
gerun juga gua dengan mat mat bangla serta mat mat myanmar disekitar
pelosok kawasan rumah sewa gua ini. busuk mengalahkan gua tak mandi sebulan. haa

dah sampai rumah gua terus beristirehat dan beriadah di kamar tidur. riadah sangat.
kadang-kadang kalau bosan, gua akan berdiri di tepi tingkap sambil melihat binatang
semulajadi yang memang disitu lah tempatnya. kalau waktu tu gua sedang pegang
roti, gua campak lah sikit dari atas bagi meon-meon(monyet) sekalian makan.
kemudian dia pandang gua dari bawah. disebabkan takut, gua siap sedia pegang
tingkap untuk tutup. haha dasar gua bagi betis nak peha ya meon.

lepas rest then malam siap kan assignment. begitulah rutin gua setiap hari.
gua bukan jenis kaki merayap mahupun merayau atau seangkatan dengannya.
syukur alhamdulillah gua dapat housemates yang datang dari jenis seperti gua.
mungkin orang kata bila duduk luar boleh bebas keluar malam apa semua.
ya mungkin pada orang lain. depends pada individu tu juga. tapi tak bagi gua.

kita yang tentukan kita nak yang macam mana. nak jadikan diri kita bagaimana
bila berdikari duduk diluar jagaan mak ayah. tapi bagi gua, gua rasa umi selalu
perhatikan gua. sebab itu gua takut nak buat jahat. pesanan umi yang bertubi-tubi
itu mampu membuatkan gua tak mahu dan tak pernah mahu nak cuba benda benda
yang sememangnya gua boleh cuba buat bila stay diluar. in shaa Allah. gua masih
pandai menjaga diri sepanjang dua semester ini.


#AinMarzuki#SyafiqahSulaiman#AmirulHafizAkhairi

mujurlah kedai makan dekat bawah flat je. jadi tak lah takut sangat kalau pergi
dengan housemates ramai ramai. itu pun kena selalu be careful juga. 
majoriti lelaki dekat situ. kita tak tahu siapa pandang kita, siapa ada niat,
siapa yang selalu perhati kita, siapa yang selalu mark kita. sebab tu kena pergi
ramai ramai. kawasan rumah gua ni agak bahaya. ya agak lah..

gua memang tak berani lah nak keluar sorang sorang semata-mata nak pergi beli
makanan dekat bawah. memang tak lah. gua sanggup berlapar dari kena turun sorang.
gua mamah je kerusi ke tilam ke dalam rumah ni ha kalau lapar. ahaks.

tapi bila gua dapat tahu si syafiqah ni dengan beraninya turun bawah sorang diri
(sebab waktu tu gua balik rumah sendiri), terkejut. berbaldi baldi juga kena tazkirah
dengan gua. simple jawapan dari dia, "Alahhhh Ain, Syafiqah saja nak cuba benda
baru. best juga turun sorang. heeee..". rasa nak bagi dia telan garfu. orang punya
risau, dia buat relax macam dah biasa. woi sapiqoh, Ain pun takut lah nak turun soranggg!!

jadual makan kami sangat teratur. pagi petang siang malam. tapi minggu minggu
terakhir sebelum semester break ini, kami buat prinsip baru. 
"Waktu Malam Jangan Turun Bawah". tapi kadang-kadang nafsu tak boleh kawal. 
uncle dekat kedai tu macam memanggil-manggil je. mesti uncle tu tersebut-sebut
sebab kami antara muka-muka yang selalu turun makan dekat bawah. kah kah kah
dasar anak dara pemalas.

lagi satu bila duduk luar ni faktor sampingan banyak mempengaruhi. kesannya duit
mengalir laju macam tak mahu berhenti. ada satu hari tu gua boleh habiskan RM50
dalam masa dua hari! terkejut juga gua. apa yang gua mentekedaghoh pun gua kurang
pasti. gua sangat boros. ya pengakuan. gua tak pandai nak susun perbelanjaan gua
dengan baik. sadis amat.

dengan 7 Eleven nya dekat. kedai runcitnya yang tak sampai berapa tapak jalan
dah sampai. haihhhh sumpah gemukkkk gedempol gua duduk sini. perut asyik lapar je.

kesimpulannya, cuti dua bulan nanti terperap dalam rumah sudah. 
wish me luck untuk Final Examination gua bermula 23/4-29/4. 

23/4 Selasa 11.15-1.15am - Business Management
23/4 Selasa 2.30-4.30pm - Business Mathematics
24/3 Rabu 8.30-10.30am - Macroeconomic
25/4 Khamis 2.30-4.30pm - Commercial Law
29/4 Isnin 8.30-10.30am - Financial Accounting 1

tiada gaps yang panjang. kesuntukan masa. semua module yang kuat.
doakan saya berjaya dan saya juga turut doakan kalian berjaya. tak sangka dah tamat
semester kedua. cepatnya masa berlari. Alhamdulillah syukur!

lepas habis final, gua update lagi. Assalamualaikum :)

p/s: demi Allah cakap saya lebih sayangkan maruah saya lebih dari rasa sayang saya 
pada awak. kalau awak menjauh dari saya sebab saya pandai jaga maruah saya, 
pergilah saya tak halang. saya tak akan kacau awak lagi. saya tak akan tanya 
kenapa awak menjauh. sebab saya tak kisah langsung dengan orang yang 
tak pandai hormat diri saya. lelaki yang murah sepatutnya dengan perempuan yang 
murah juga, tapi bukan saya. terus lenyap segala perasaan. fullstop. terima kasih.


#AinMarzuki#SyafiqahSulaiman#RedzaRahim



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)