Cinta Ini Hanya Untukmu.(Cerpen)
#PART ONE.
Kashaf Emiraa masih berteleku di meja. Otaknya ligat memikirkan siapakah sang jejaka
yang ditemui siang tadi di kaki lima deretan kedai berhampiran rumahnya. Kacak. Manis
senyumannya. Mengapa jejaka itu harus mirip dengan insan yang sudah lama bertapak
di hatinya sejak lima tahun yang lalu? Setahunya insan yang menjadi pujaan hati
yang bertahun lamanya itu sudah berpindah ke negeri lain. Mana mungkin selepas
lima tahun lelaki itu pulang kembali ke sini? Atas alasan apakah?
"Tahukah dia, aku masih mencintai dirinya dari mula titik perkenalan sehingga kini.."
Kashaf Emiraa sibuk melayani perasaan hatinya.
Pelbagai persoalan bernari-nari di ruang minda Kashaf Emiraa. Ingin sahaja dia
menanyakan jejaka itu perihal dirinya. Pelanggaran yang tidak di sengajakan itu
berlaku sekelip mata. Hanya beberapa saat. Ya mungkin salah dirinya. Dia yang
terlalu gopoh untuk tiba ke rumah.
Lima jam yang lepas..
***
Sedang Kashaf Emiraa sibuk menilik barang yang berada di dalam genggamannya,
tiba-tiba dia merasakan dia merempuh sesuatu. Ya, bukan benda. Tapi manusia.
"Ya Allah! ini manusia ke dinding. keras macam batu. aduh sakitnya..". omel
Kashaf Emiraa menahan sakit di bahagian bahu. habis barang yang baru di beli
sebentar tadi bertaburan di kaki lima kedai tersebut.
Dia masih sibuk dengan bebelan mulutnya tanpa melihat jejaka yang berada di hadapannya
kini yang tidak berkelip memerhatikannya sedari tadi. Comelnya perempuan ini..
hati kecil Emir Iman Danish berdetak.
Tangan Kashaf Emiraa masih ligat mengutip setiap barangnya yang jatuh
akibat merempuh manusia ini tadi.
"Assalamualaikum awak.. awak tak apa-apa? ada injured dekat mana-mana tak?".
Iman mula bersuara apabila melihat tiada tanda-tanda Emiraa mahu berhenti
dari bebelannya.
Baru sahaja Iman mahu menyentuh bahu Emiraa yang di rasakan kesannya kuat
di situ, lantas Emiraa berhenti dari bebelannya dan separa menjerit,
"Waalaikumussalam.. maaf kita bukan muhrim. so jangan pegang saya. saya tak suka".
Matanya masih tertumpu ke arah barang yang di kutip. SubhanaAllah kenapa
malangnya nasib aku hari ini. tadi purse aku tertinggal dekat rumah tak pasal pasal
kena menapak balik semula ke rumah. kali ini main rempuh orang pula. haih..
bebelan Emiraa masih bersisa.
Iman pantas menarik semula tangannya dari bahu Emiraa.
"Oh okay okay. saya tak pegang. saya minta maaf. tapi awak tak apa-apa ke ni?
kuat juga awak rempuh saya tadi. itulah lain kali bila berjalan mata ke depan, jangan sibuk
nak tilik barang tu dulu..".
Emiraa menahan geram. Dia tahu salah dirinya tapi di hujung ayat itu janganlah
menyakitkan hati. Sudah lah habis barangnya bersepah, bahu pula sakit.
Kemudian mengeluarkan ayat yang bisa menghamburkan lahar di dada? Memang
cari nahas.
"Eh saya tak apa-apa. lain kali mata awak tu pun tengok depan, jangan sibuk
dengan handphone aje di tangan. lagi satu...". kata-kata Emiraa terhenti
saat dia terpandang wajah jejaka yang dirempuhnya seketika tadi. Lama dia
tenung ke arah jejaka tersebut.
"Ya, lagi satu apa cik adik tinggi lampai yang manis ini?..". tegur Iman sambil
tangannya melambai-lambai ke arah wajah manis Emiraa. Haa tahu pun terpaku tengok
aku. Aku tahu aku handsome. hahahaha. gelak ala-ala evil di hati Iman.
Emiraa masih melango. Tak percaya apa yang di lihat di hadapannya kini.
Tapi mana mungkin dia? Tak kan dia tak kenal aku pula kot?
Setelah beberapa saat berlalu, Emiraa baru tersedar. Lantas dia membetulkan
kedudukannya yang sedikit menggelabah itu. Ya, jejaka di hadapannya kini
bukan lelaki yang aku kenal lima tahun dahulu. Jauh berbeza. Mana mungkin
semudah itu dia bisa lupakan aku sedangkan aku bermati-matian di sini setiap
hari memikirkan dirinya. Mungkin cuma seiras. Ya mungkin. Emiraa berandaian sendiri.
Air mukanya sudah bertukar kemerah-merahan.
"Haa tak ada apa-apa lah. saya nak cepat ni. maaf sebab main rempuh awak tadi.
tapi muka awak macam familiar sangat. okay jumpa lagi. saya minta diri dulu.
assalamualaikum..".
Emiraa terus bergegas meninggalkan Iman yang masih dalam keadaan terpinga-pinga.
Dia sahaja buat reaksi muka selamba sedangkan hatinya bercambah seribu satu
tanda tanya. Dia khuatir air matanya tertumpah di hadapan jejaka itu.
Sebak hatinya. Nanti tak pasal pasal jadi kes lain pula.
Tanpa disedari, ada titisan mengalir perlahan menuruni pipi mulusnya. Dia begitu
rindukan Fitri Syazreen Hakim.
Awakkkkkkk.. nama saya Emir Iman Danish! nanti rempuh lah saya lagi!
kalau kena rempuh dengan perempuan comel macam awak,
hari-hari saya sanggup tahu!! jerit Iman seraya melihat kelibat Emiraa hilang
dari pandangannya.
Emiraa masih mampu mendengar setiap butir jeritan Iman sebentar tadi.
Emir Iman Danish? Tapi kenapa terlalu mirip?
Aikkkk.. aku baru nak berkenalan. dia dah lari? kenapa muka aku macam perogol
bersiri ke? haih pelik betul persepsi perempuan zaman sekarang ni.. Iman hanya
mengelengkan kepalanya lalu meneruskan perjalanannya yang terbantut akibat
rempuhan yang tidak di duga itu.
***
"Kash, kau ni kenapa hah? dari tadi aku tengok kau dok mengelamun dekat sini.
assignment depan mata, tapi sibuk mengelamun sampai berkerut-kerut dahi tu
aku tengok. kau ada masalah ke? tak mau share dengan aku?". lamunan panjang
Emiraa terhenti saat dirinya di sergah oleh teman serumah merangkap teman karibnya, Yasmin.
Emiraa memandang Yasmin dengan pandangan kosong. Fikirannya asyik memikirkan
jejaka itu. Patut ke aku minta pandangan dia?. monolognya di dalam hati.
"Eh Min. aku nak minta pandangant kau boleh tak?"
"Pandangan apa pula Kash kau nak dari aku ni. aku bukan pandai sangat nak
beri pandangan ni tapi untuk kawan aku yang comel sorang ni, hah apa dia?"
Yasmin tersenyum seraya memaut bahu temannya itu.
"Haa apa kau akan buat kalau kau terjumpa dengan manusia yang ada iras-iras
kekasih lama kau tapi yang kau puja dia sampai sekarang lah. dah hampir lima tahun
tak jumpa. tapi pendek kata, memang mirip sangat. apa kau akan buat?".
luah Emiraa dengan penuh semangat.
Emiraa menunggu jawapan yang akan di hamburkan oleh Yasmin sebentar lagi.
"Kalau aku lah, aku pergi naik bangunan tinggi-tinggi lepastu aku terjun slow
motion. nak tengok betul ke dia. fantasi ke realiti. aku rasa aku menangis dekat
situ juga sebab tak sangka dia masih wujud di muka bumi ini. aku ingat dah mati.
hahahahahahahaha..". Yasmin memberikan pandangannya yang agak kurang cerdik
bercampur dengan lawak bodohnya yang tidak kena pada tempatnya.
Emiraa mengecilkan matanya. Aku minta pandangan, ada aku bagi kaki dekat
minah senget ni karang.. Rungut Emiraa sendiri.
"Kau ni kenapa? aku minta pandangan yang bernas. bukan pandangan yang kurang
pandai macam tu". marah Emiraa apabila soalannya di buat main-main oleh
teman karibnya itu.
Yasmin mula serius. Apa kena pula dengan member aku hari ni. tak ada angin,
tak ada ribut. tiba-tiba serius pula hari ni?
"Hahaha kau ni pun Kash, relax lah sikit. alah aku gurau je tadi tu. haa kalau
aku lah, aku bersyukur kot sebab Allah temukan balik aku dengan dia. mana tahu
ini yang di namakan jodoh..". Yasmin meluahkan pendapatnya sekali dengan
reaksi tangan dan mimik muka.
Tapi dia orang lain. Dia bukan Fitri Syazreen Hakim yang aku cintai sejak lima
tahun lepas. Dia cuma Emir Iman Danish. Ya, muka mereka ada iras-iras
tapi orang yang berlainan. Aku tidak boleh menafikan kenyataan itu.
"Okay lah Min. aku tidur dulu. esok kelas aku pagi beb! jangan lupa kejut aku tahu.
takut aku tidur mati sebab alarm yang aku set kan setiap malam tu cuma untuk
hiasan tidur aku je. kah kah kah..". pinta Emiraa sambil meninggalkan Yasmin yang
masih duduk melangok depan televisyen.
"Yelah Kash, kalau susah sangat nak kejutkan kau esok, aku jirus je air satu
baldi tahu. jangan marah darling. he he he..". jerit Yasmin lantas menutup suiz
televisyen lalu menapak ke bilik tidurnya.
Di dalam bilik..
Emiraa masih berteleku di birai katil. Lalu dia membaringkan tubuhnya menghadap
syiling dan matanya mengikut kelajuan putaran kipas.
Aku baru cuba nak lupakan dia. Nak buang kenangan lima tahun lepas. Tetapi
jejaka siang tadi betul-betul mengingatkan aku akan dirinya. Tetapi mampukah
aku membuang segala kenangan lama sedangkan kenangan itu sentiasa kemas
terletak di dalam kotak bersegi empat berwarna coklat itu?
Bila teringatkan kotak berwarna coklat yang terletak di bawah katilnya itu,
dia lantas bangun dari pembaringan lalu mencapai kotak tersebut. Isi kotak itu
semua hasil penulisan luahan hatinya. Itulah Kashaf Emiraa. Sangat perahsia orangnya.
Dia lebih gemar menulis. Walaupun dia bukan seorang penulis, dia sangat suka
menulis tentang perasaannya. Oleh sebab itulah, teman rapatnya ataupun
ahli keluarganya tidak pernah tahu dengan siapa dia bercinta dan dengan siapa
dia punya perasaan. Apabila menyendiri ataupun ada masa terluang, dia akan
membaca kembali apa yang di tulis. Hampir tiga tahun hasil luahan hatinya itu
tersimpan kemas di dalam kotak itu.
Emiraa tidak suka menceritakan perihal perasaannya pada teman-temannya.
Kerana dia tahu bukan semua ikhlas mendengar. Sekali orang boleh dengar lagi,
tetapi apabila acap kali bercerita soal hati, manusia mana yang tidak menyampah?
Itu prinsip yang di pegang sehingga kini. Sebab itu menulis adalah salah satu
habit nya. Kertas kosong itu akan selalu mendengar isi hatinya. Tak akan pernah
menyakiti dan menyampah apabila dia mula mencoretkan segala isi hati.
Emiraa mencapai sehelai kertas dan sebatang pen dakwat biru cair lalu
mencoretkan sesuatu di atas kertas tersebut.
Selasa 3 Februari 2013
Assalamualaikum awak. awak nak tahu tak? hari ini saya jumpa kembar awak.
memang sangat iras dengan awak. dengan keningnya yang tebal. senyumannya
manis macam awak. kacak. tapi bagi saya awak yang paling kacak dalam hati
saya. saya tetap menanti awak. selama yang boleh. In shaa Allah.
yang sentiasa mencintai dirimu,
Kashaf Emiraa.
Emiraa melipat kertas itu menjadi segi empat lalu menyusupnya ke dalam kotak
simpanannya.
Selepas meletakkan semula kotak itu di bawah katil, dia terus tidur kerana
kelasnya esok bermula di awal pagi.
Jam di dinding menunjukkan jam 7:30pagi..
Dengan mengenakan baju kurung cotton bertanahkan coklat berbunga kuning
dan turut memakai tudung yang sama dengan warna bunga di bajunya,
menyerlahkan lagi keayuan si pemilik bernama Kashaf Emiraa.
Mudah pula dia terjaga dari tidur pagi ini tanpa perlu di kejutkan oleh Yasmin
sedangkan malam sebelumnya susah benar ingin melelapkan mata.
Selesai menyarungkan kasut di kaki, Emiraa laju mengatur langkah. Risau benar
dia takut tertinggal bas seperti tempoh hari. Terpaksa pula dia skip kelas untuk
hari itu. Mulai dari itu, dia berazam akan mempersiapkan diri secepat yang mungkin.
Sedang Emiraa menggelabah menunggu bas yang tidak tiba sejak dari tadi lagi,
tiba-tiba sebuah kereta Persona berhenti betul-betul di hadapannya. Emiraa
memandang pelik. Arghh dah ni sapa pula berhenti depan aku ni? ishh dah lah aku
dah lambat ni.. omel Emiraa perlahan.
Lantas lelaki di dalam kereta itu menurunkan cermin tingkap di sebelah penumpang.
"Eh hai awak. tunggu sapa ni?"
"Waalaikumussalam. tunggu bas lah. tak kan tunggu awak kot"
Ya Allah! lelaki semalam tu. Macam mana dia boleh tahu aku selalu tunggu dekat sini..
"Oh ops assalamualaikum, tunggu bas nak pergi mana?"
"Tunggu bas nak pergi pasar. kenapa nak tolong hantarkan ke?"
Iman tergelak kecil. Pandai menjawab perempuan ayu ni..
"Amboi pandai menjawab lah awak ni. nakal betul. nak pergi kelas ke? jom lah
naik sekali dengan saya. saya tahu awak dah lambat kan. bas yang awak selalu
naik tu rosak dekat simpang keluar perumahan ni tahu..".
Hah macam mana dia tahu aku nak pergi kelas ni? tak apa lah. aku pun dah lambat
ni, terima jelah kali ni. ya kali ni je.. Emiraa bermonolog.
"Okay kali ni saya terima pelawaan awak. tapi kali ni je tahu. lagipun saya memang
dah lambat pun ni". jelas Emiraa setelah melihat Iman setia menanti pelawaannya.
"Okay set! masuk lah. awak boleh bukak pintu sendiri kan?"
"Choiii. saya boleh bukak sendiri lah. saya tak cacat lagi. ggrrr".
gumam Emiraa lantas membuka pintu kereta milik Iman lalu menghempasnya kuat.
"Eh awak. slow slow lah sikit. tercabut pintu kereta saya tu karang".
Iman membuat reaksi muka terkejut melihat Emiraa menghempas pintu kereta
sehingga merasakan gegaran.
Dalam perjalanan..
Iman memulakan perbualan selepas menyedari Emiraa hanya diam membisu.
"Awak oo awak, sakit lagi ke bahu awak tu? ada luka dekat mana-mana tak
kesan rempuhan hari tu?". Iman cuba memaniskan muka dengan gadis di sebelahnya ini
yang masam seperti tertelan cuka.
"Tak..". beribu patah yang ditanya. sepatah juga yang dijawab oleh Emiraa.
"Nama awak sapa ya? saya lupa nak tanya masa kita main rempuh-rempuh hari tu.."
"Saya Kashaf Emiraa. panggil je Kash..". Emiraa sudah tidak senang duduk.
Dia sibuk duduk menilik jam di tangan. Tinggal lagi 10 minit, ishh masa ni lah
mamat ni nak bersoal jawab dengan aku pula..
"Ohh Kashaf Emiraa. cantik nama awak macam tuannya. tapi kenapa panggil Kash?
kenapa tak panggil Emiraa? kalau panggil Emiraa lagi cantik tahu..".
Emiraa memandang sekilas ke arah Iman yang tekun pada pemanduannya itu.
Ayat yang terakhir serupa dengan kata-kata yang pernah di tuturkan oleh
Fitri Syazreen Hakim. Dia pernah menyuarakan isi hatinya supaya Fitri hanya
memanggilnya dengan panggilan Kash tetapi oleh sebab Fitri lebih gemar akan
nama keduanya itu, dia bersetuju menggelar dirinya sebagai Emiraa. Tapi
hanya dengan Fitri. Orang lain cuma memanggil namanya dengan panggilan ringkas,
iaitu Kash.
Panggilan Emiraa hanya untuk Fitri sahaja.. bisik hati kecil Emiraa.
"Eh awak, berhentikan saya dekat simpang kampus tu jelah. saya jalan kaki je.
terima kasih sebab bagi saya tumpang..". Emiraa tersenyum manis. ikhlas.
Mamanya selalu berpesan. Jika kita meminta pertolongan daripada orang lain, jangan
bermasam muka. Tak baik. Muka yang comel nanti jadi hodoh.
"Oh dekat sini aje ya? okay hati-hati Emiraa. belajar rajin-rajin tahu..".
sakat Iman. dia tahu Emiraa tidak suka dia memanggil namanya begitu dari reaksi
mukanya sebentar tadi.
Emiraa yang baru ingin menuruni kereta milik Iman itu, pantas berpaling.
"Panggil Kash lah. bukan Emiraa. faham?. Emiraa lantas memperlajukan langkahnya
tanpa menoleh ke arah Iman lagi.
Dua kali Iman di tinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.
Tak faham aku dengan perempuan ni. comel, comel dah. tapi mood tiba-tiba okay
tiba-tiba tak okay pula. haishh tak habis kajian lagi ni. bebel Iman sendiri.
bersambung..
1 orang manusia cantik:
Xde sambungan ke
Post a Comment