Dikau begitu perfecto.




Assalamualaikum. untuk kali ke berapa entah post kali ini. aku di sini masih tetap tegar
dan rakus sekali menganyam keyboard di kaki laptop sehingga hendak tercabut segala
alphabet yang setia berada di body mengancam kak top. hah apa aku meroyan ini ha?

Di kala ini. aku hanya menghitung hari untuk pulang ke pangkuan rumah sewaku
seterusnya ke Politeknik yang tersergam indah terceruk di beruk hutan sana. puas
aku kaji. memang institusi pengajian tinggi memerlukan hutan untuk membina
bangunan yang akhirnya hanya membinasakan student dek kerana lelahnya ke sana ke mari?

Ayuh kaji semula.

Di kala ini juga. aku sedang membilang detik untuk keputusan final di umum kan. aku
seperti tidak punya perasaan ketika ini. tidak seperti debarnya menunggu keputusan final
semester lalu. jadi aku beriak badak selamba tenggelam di dasar sungai. aku menanam
harapan supaya keputusan aku tiada cacat cela. tiada yang lumpuh. serta yang paling
penting tiada sehingga di tahan di wad kecemasan. aku mohon.


Bagi menghapuskan sisa-sisa kehidupan semenjak berada di rumah yang ku kira asyiknya
mengalahkan memenangi loteri namun sungguh ku tidak menyangka begitu cilakak nya
cuti kali ini dek kerana bosannya seperti menghempapkan batu ke kepala secara berpasukan.

Mari maju dua tiga tapak.

Aku tampil ke sini. aku hadir ke sini untuk melayani kerenah bayi dan kanak-kanak. aku
jenguk ke sini untuk melampiaskan kerakusanku terhadap bayi yang sudah lama ku
tidak bermanja-manja. aku obses terhadap bayi. ya di sini Taska Tunas Suria.

Jika kau punya bayi dan tidak punya waktu untuk menjaganya. mari aku jagakan.
aku punya kasih sayang untuk di berikan kepada bayi itu. 

Memandangkan aku punya ramai cousin yang bayi-bayi lagi dan bila tiba berkampung
di rumah tok. maka aku adalah salah seorang yang akan membasuh beghak cousin ku
itu tidak kira baby lelaki mahupun baby perempuan. memang bau nya tidak terperi
dashyat kehampaan itu namun boleh saja cuci tangan dengan carry junior. terus wangi.

Jadi tidak menjadi masalah jika aku ingin menjaga baby di taska pula. aku ini
penyayang sebenarnya. please trust me baby Syed Daniyal? 

Aku tiba di situ tepat jam 6:45AM. wah! aku terpegun sebentar. rumah sebesar itu
di jadikan taska? rumah dua tingkat besar. luas dan selesa. ha.

Staf taska itu dalam empat orang. baby dan kanak-kanak ada dalam 26 orang. tetapi
memandangkan sekarang cuti sekolah. ada yang parent tengah cuti. jadi hari ini
dalam belasan sahaja kot. itu pun nak bergegar rumah.

Dalam jam 7:30AM. Syed Daniyal datang bersama ibunya. first time tengok Syed Daniyal
ohemgee jatuh cinta. punya lah handsome Syed Daniyal ini. 


"..Assalamualaikum kakak abang. saya lah Syed Daniyal yang teacher Ain sebut kan
tadi. saya yang paling macho tahu dekat Taska Tunas Suria tu.."

Jika bisa ku culik ini baby bawa pulang ke rumah dan sorok ke dalam almari. arghh
terasa kejam pula. namun tidak dapat di nafikan. Syed Daniyal begitu menggoda dengan
bibirnya yang cukup seksi dan mempersonakan. aku tampar baru tahu budak ini.

Setelah membaringkan Syed Daniyal ke tilam kecilnya. aku macam biasa setelah berabad
lamanya tidak ketemu baby dan giannya makin memuncak. terus di agahnya Syed Daniyal.
mujur Syed Daniyal layan aku sambil tersenyum. kalau tidak. baik aku saja yang baring
di tilam itu. ha.

Kemudian lepas seorang demi seorang parent hantar anak ke taska itu. ha sangat 
ramai ok. baby hari ini cuma ada empat orang sahaja. biasa dalam lima enam orang.


Ini pula si kembar. lelaki dan perempuan. si kakak nama Amani. si abang itu ha tak tahu
apa nama. tapi seriusli si kakak sangat comel. muka macam arab. bulu mata lentik you.
tak payah pakai bulu mata palsu. Amani ada yang original punya. ha gituw.

Tetapi..

Kalau mengamuk nak tidur ke nak susu. pasti Amani akan melalak sampai bergema satu
rumah kan Amani? comel. kesian teacher kena layan sampai tertidur.

Aku suka melayan babies saja. kah kah kah. tak banyak kerenah. yang besar semua
buat bersepah dalam rumah. nasib baik rumah besar ya salam. tapi tak ada lah lasak
sangat yang kanak-kanak itu. alahh bagi aku. itu perkara biasa untuk kanak-kanak nak
membesar. bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak. katengko.

Puas aku layan Syed Daniyal. Ya Allah! Syed Daniyal ini baik budaknya. ahaks.
senyap saja. tak banyak merengek. kalau aku layan dia. dukung dia. bawa jalan-jalan.
senyum lebar lah Syed Daniyal. cuba kalau letak dia dekat tilam. tak layan atau
layan si kembar. dua saat lagi bergegar satu rumah dengar teriakan dia ni ha.
dulu praktis vokal dekat mana baby Syed Daniyal sayang?


Suasana di taska pada waktu pagi bagi aku cukup tenang. nyaman. dan harmoni.
dengan bunyi burung berkicauan. ha mendeeee.

Dalam jam 11 semua kena ambil beg masing-masing untuk prepare mandi. bersusun beg.
semua dah siap mandi. jam 12.30PM bagi makan suap semua. kemudian bagi semua
telentang dekat ruang tamu tu ha. dengar cakap juga budak-budak ini. mostly yang
ada dekat sini yang mendengar kata.

Tetapi bila semua sudah bangkit dari lena yang panjang..

Ha ini masa untuk berperang! dengan suara budak-budak itu main lagi. dengan Syed Daniyal.
Amani dengan si abang itu melontarkan vokal yang terpendam masing-masing. maka
tercetus lah perang dunia ketiga.


"..saya dah cakap saya memiliki bibir yang seksi. kakak abang tak nak percaya. 
tanya teacher Ain kalau tak percaya. i'm sexy and i know it.."

Bila Syed Daniyal sudah menunjukkan taringnya dengan huarghhh huarghhhh aku
mengantuk ini tahu tak. terus aku bawanya ke bilik bayi bagi Syed Daniyal yang begitu
macho sekali ini. buat susu terus sumbat ke mulut. Syed Daniyal hisap dengan rakus
sekali. kemudian sudah habis susunya itu. eh melalak lagi. awak marah teacher ke susu 
awak dah habis? sumbat puting dalam mulut. dukung tepuk tepuk sikit terus tidur.
ha kalau macam ini baru teacher Ain sayang Syed Daniyal

Kalau si kembar itu meraung pun. aku pergi sumbat saja puting. ha tapi aku ini jenis yang
perajin tahu. jadi aku bawa pergi round satu rumah. sebab itu si kembar itu sangat
mengada bila aku mula letak dia atas tilam.


Setelah berhempas pulas aku meniduri kesemua babies ini. maka aku turut sama terlelap.
mengantuknya subhanallah. memang lena lah. terjaga pun sebab Syed Daniyal yang
tidurnya hanya beberapa minit kemudian terjaga. alah Daniyal ni, tidur lah lama sikit.
duduk dalam bilik pun masih kedengaran huru-hara di ruang tamu. mana babies ini
tak cepat terjaga. Syed Daniyal bila sudah terjaga jangan harap nak tidur semula.
aku tepuk sampai berlubang seluar dia pun still senyum. ingat teacher nak bergurau la tu?

Si kembar itu pun puas berteriak sana sini huha huha. bagi susu terus sambung tidur.


Ini pula Keisha namanya. nama secantik tuannya uolss. Keisha sangat comel dan gebu ok.
Keisha ini jenis yang pendiam dan suka tenung orang lama-lama. dia ada satu penyakit.
penyakit pemalas. teacher suruh merangkak pun masih nak mengengsot macam 
suster ngesot. dia sangat pantang bila orang ada dekat dengan dia. dia suruh orang
dukung dia.

Kalau badan kecik-kecik boleh lah teacher dukung Keisha oii. ini badan beratnya 
masyaAllah. lagi satu. dia tak boleh imbangkan badan dia yang macam garfield itu.

Ha. ingin aku katakan juga. Keisha ini suka sangat kutip puting Syed Daniyal atau
yang si kembar itu. pakat masuk aje dalam mulut dia kalau jumpa. banyak cantik?


Aku begitu cintakan foto di atas ini. Ya. Syed Daniyal! teacher Ain jatuh cinta dekat awak ok.
sila cepat besar ya? awak mesti handsome nanti. boleh teacher Ain buat menantu.

Mulut tu ha. tak boleh nak seksi lagi? tergugat segala iman di dada.

Hisap susu botol tak lepas tangan aku. cengkam kuat pula tu. kuku dah lah panjang.
mata sudah terkebil-kebil nak tidur.

Hari ini macam-macam aku buat. basuh beghak Syed Daniyal. tidurkan Syed Daniyal.
mandikan Balqis. ha balqis muka sangat lah cantik! me adore her so much.

Me: Balqis.. mana baju Balqis? meh teacher tolong pakaikan cepat. 
Balqis: cice(teacher) Ain.. tolong ambik bekas baju kaler pink Balqis tu.
Me: Dekat rumah Balqis mandi dengan sapa?
Balqis: Balqis mandi sorang lah cice. Balqis kan dah besar. cice.. tolong ambik bedak tu.
bedak ni wangi tau cice. *hulur baby johnson pink*

Balqis pun jenis tak banyak kerenah. senang nak jaga dia. comelnya hei rasa nak culik!

Sudah saya bilang. saya begitu seksi dan gagah perkasanya. Ya Allah! bibir tu ha
jangan nak menggoda sangat boleh tak Syed Daniyal? love you infinity.

Maka dengan itu. kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini adalah hendak mengendalikan
kanak-kanak di taska memerlukan kesabaran yang cukup tinggi! tak boleh separa tinggi.
tak boleh suku tinggi. semua itu tidak boleh.

Harus tinggi. kena tahan segala kerenah. 

Bagi aku. aku suka baby. jadi bukan satu bebanan untuk aku kendalikan baby yang
suka mencuba vokalnya itu sedap atau sumbang. mudah. cuma kita kena pandai.

Bila sudah teriaknya melampau-lampau. sumbat saja puting dia dalam mulut apa kata?
ha kan senyap. ahakz.

Akhir kata. I love you, Syed Daniyal. Assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)