Kau kata tidak, aku kata ya.




Assalamualaikum. tujuh hari aku meletakkan jurang antara aku dan segala social network
yang ada membuatkan aku separuh nak gila. baru separuh ok. bukan penuh lagi. 
sebab aku nak kahwin dulu. amendeeee Ain. sekarang aku nak lepaskan gian. ayuh!

Sebenarnya semalam aku ada mimpi aku kahwin. tapi kan pengantin lelaki tak nampak
siapa. apakah?

Aku ketagih nak menulis. aku ketagih nak menghentam badan keyboard. jadi untuk
melepaskan segala nafsu terpendam yang menghasutku dari dalam itu. aku berkarya.
aku tulis cerita sesedap rasa. dan sekarang dalam microsoft word aku itu ada satu manuskrip
yang sedang dalam pemprosesan. aku akan update cerita itu dari hari ke hari.

Tiada apa perkara berfaedah yang boleh mendatangkan keseronokan dalam diri
sepanjang menunggu sisa baki percutian semester yang begitu hambar ini. tak lain
dan tak bukan aku akan tidur dan tidur dan makan bila lapar kemudian menonton
cerita di Astro. lifeless bukan?

Aku ini memang ditakdirkan sejak azali lagi kurang makan bila ada di rumah. tapi bila
ada di luar aku tiba-tiba jadi hantu makan yang akan menerkam segala benda di depan
mata. bila di rumah. selagi perut tidak mendendangkan irama musik serta berparti
sakan di dalam sana. selagi itu aku tak akan makan sebarang makanan. ha gitu.

Aku sedang membilang detik untuk pulang ke rumah sewa. Ya Allah! rindunya aku pada
semua housemate aku tahu. lagi-lagi si Syafiqah Sulaiman. dua bulan tidak memeluk
bantal busuk aku itu. seakan seperti berkurun lamanya. aku rindu nak bernasi kukus
dengan dia sehingga abang yang jual nasi kukus itu pun tersengih bila kami berdua selalu
datang kedai dia. rindu nak mendengar hasutan dia suruh aku makan itu dan ini supaya
boleh jadi sihat macam dia. yang paling dirindui, nak lepak berdua dekat mall sambil makan
kinder bueno. perghhhh aku rindukan kamu.

Aku dan keluarga jarang sekali makan di luar. dalam setahun boleh kira pakai jari berapa
kali menyantap di kedai makan. sebab aku masih punya umi. masakan umi jauh lebih
sedap dari masakan makcik indon dan makcik myanmar di luar sana. tapi bila sekali 
umi dengan abah ajak kami tiga beradik melahap di kedai makan. aku tidak sama sekali
melepaskan peluang yang ada untuk mengoder makanan yang paling mahal di situ.

Untuk malam bersama keluarga ini. aku telah meninggalkan satu episod rancangan favourite
aku abad ini iaitu MasterChef Selebriti Malaysia (MCSM). aku bawa badanku ke luar tapi
hati aku masih di rumah. ha begitu taksub aku dengan MCSM. dari siri pertama aku jadi
penonton setia rancangan yang satu itu. mujur dia mengulang tayang banyak kali esoknya.
jadi tidak lah aku begitu hairan. kalau tidak. mahu aku suruh umi bungkus saja.

Walaupun umi dan kakak sering perli aku suka tengok rancangan ini tapi masak tak pandai.
eh. kisah pulak kita ya? hahaha jam 9:00 malam setiap Sabtu hingga Selasa aku akan
mencangok depan televisyen mensia-siakan hariku. waktu itu jangan ada alih cerita lain. 

Tapi dalam banyak banyak selebriti dekat situ. aku paling benci si mulut Michelle Ang.
kenapa perlu dia sampai TOP 7?

Tak semestinya yang suka tengok rancangan itu. perlu yang pakar masak memasak.
aku tak teliti pun cara mereka masak. aku suka setiap cabaran dia. aku adore
dapur MasterChef. pantri dia cukup semua. macam dalam pasar raya oii.

Abah cakap abah suka gambar aku yang di atas sana. muka yang bersahaja membuatkan
gambar nampak berseri dan comel. ha yang comel itu aku tambah sendiri. letak gula secubit
untuk sedapkan gulai. itu aku.


Untuk kali ke entah berapa kalinya. terima kasih umi sebab belanja makan sempena
memperingati hari kelahiran abah. abah marah kalau aku selalu ajuk umurnya. hahaha.

Walaupun abah selalu marah. tapi abah tak pernah lupa selit duit celah kalender setiap
pagi sebelum pergi kerja waktu aku tengah tidur. walaupun suara umi selalu membingitkan
telinga ini bila umi tak kerja. itu lagu yang terindah yang pernah aku dengar. sehari
tak dengar suara umi boleh buat aku jadi sasau. aku jadi kosong. urut umi setiap hari
selepas umi balik kerja. itu kebahagiaan aku yang sebenarnya. aku bahagia lihat umi
suka bila dia tengah penat. aku urutkan. umi abah tunjukkan kemesraan di depan kami
tiga beradik setiap kali berkumpul bersama di ruang tamu. buat aku tak sabar nak kahwin.

Kalau boleh aku nak juga dapat suami macam umi. tetap mesra walaupun usia perkahwinan
dah jangkau 21 tahun. aku nak suami macam abah suatu hari nanti. tak merokok. beriman.
pemurah. tegas tapi tak garang pun. baik dengan semua orang. yang penting sayang umi.
kalau suatu hari nanti aku dah boleh cari suami, aku nak yang macam abah. ya macam abah.

Aku nak lelaki yang boleh jaga aku macam abah jaga aku dari sekecil-kecil manusia sehingga
sebesar alam ini. ya aku sudah besar. tahun depan dah 20 tahun. 

Walaupun umi ramai 'anak ikan' atau yang paling tepat anak angkat lelaki. kadang-kadang
aku rasa tergugat sebagai anak kandung. jeleous tahu? setiap hari balik rumah ada saja
cerita perihal anak angkatnya. gembira betul umi. tapi itu yang buat aku jatuh cinta
pandang pertama pada dua insan di atas sana ini saat pertama kali aku lihat dunia.
anak umi ini tetap cintakan umi dan abah. ha ada ciri-ciri anak mithali tak?

Ok untuk malam bersama keluarga itu. kakak cadangkan nak makan dekat KFC. mula-mula
semua macam, "why KFC, whyyyy?". tak ada tempat lain ke. lepas tu siapa entah
cadangkan kita makan dekat RADIX FRIED CHICKEN.


Restoran RADIX ini tak semua negeri ada. aku rasa. sebab restoran ini baru lagi. kot?
secara jujurnya, aku tak pernah lagi melantak di sini. umi yang cadangkan kita makan 
dekat sini sebab yang paling utama. restoran ini 100% HALAL. sebab dia bawah HPA.
tak payah ragu-ragu ayam dia sembelih tak, makanan dia halal tak ni. In shaa Allah memang
halal. tapi quite expensive lah. ChickenChop satu pinggan RM14 ok. normal?

Tak dinafikan. aku satu family makan ChickenChop. but seriusli i told you, sedap nak mati!
memang kenyang sebulan makan satu pinggan ChickenChop ini.


Yang paling buat aku rasa kagum. pekerja di situ semua tudung labuh-labuh. pakaian
pun tak menyakitkan hati bila tengok. baru boleh makan dengan tenang. hahaha.

Mungkin kentang putar dia dengan coslow tak berapa sesedap KFC tapi yang penting
kentang putar dia ada rasa yang tersendiri. yang penting di yakini halal. itu yang penting
sebenarnya. restoran dia pun cantik. nampak macam grand sangat. suasana pun
tenang saja waktu makan. tak apa mahal janji sedap. kan?

Nasi Ayam dekat sini pun sedap. tapi aku tak makan lagi. perut penuh dengan ChickenChop ni.
rasa nak termuntah semula. ha.

Hari Ahad minggu lepas. aku menggantikan puasa aku yang terbabas tahun lepas. alah
biasalah bila puasa ganti ini dugaannya datang bertubi-tubi tak macam waktu bulan puasa.
mood pun kurang stabil. bila duduk tengok tv. ada bau dari dapur orang tengah masak
maggi. bila macam nak lelap sekejap. ada bau cekodok. perghhhh tergugat iman daku tahu?
mula lah nak emosi segala bila suruh buat itu dan ini.

Teman umi ganti puasa sebenarnya. bila berbuka, berbuka berdua makan makan. how sweet?

Padahal hari biasa aku tak makan pun. kadang-kadang maghrib baru aku makan. tapi
mengapa bila tiba puasa di ganti, imanku sebegitu lemahnya. syaiton turun padang sekali?

Jadi untuk itu aku sedang menanti tarikh 21th June ini. perjumpaan dengan PA dan
bermula semester ketiga. pejam celik pejam celik. dah masuk semester ketiga? 
cepatnya aku besar? eh.

Dan yang terpenting dalam catatan memori ini. duduk serumah dengan housemates yang
baru mungkin bertambah seronok. semoga indah belaka. aminn. 

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)