Ini reunion akan daku kenang.



Bahan-bahan untuk menu aku hari ini adalah seperti berikut, 

Back from left: Fatin, Anum, Kerry, Syairah, Sue, Ain, Dila
In front from left: Apih, Firdaus, Aliff, Farhan, Syamim

(Credit to kereta Myvi Putih milik Pak Farhan)

SATURDAY, 18th MAY 2013
Assalamualaikum. termasuk entry kali ini, ku rasa kan sudah berjuta kali diri ini
menyemak tidak tentu hala di dalam blog budakakimaginasi ini. terasa roh aku
bertempiaran di segenap pelosok celah celahan kangkang blog mahupun di celah
celahan ketiak entry yang aku saji kan sebelumnya.

Kali ini tidak lain dan tidak bukan menu yang ingin aku hidangkan di hadapan kalian
untuk pembuka selera adalah reunion bersama classmates daku sewaktu form four
dan form five di masa zaman muda mudi dahulu. gambar ini yang akan aku hamparkan
di kaca mata anak cucu aku nanti bila dah tua. 

"ini lah gambar mummy masa zaman muda-muda dulu. kawan-kawan mummy ni semua
dah tua dah gamaknya sekarang ni.."

kah kah kah. kalian nampak kegatalannya begitu tertonjol apabila di situ?

Jadi untuk melaksanakan peristiwa yang bermakna ini dengan amat lancar dan begitu 
smooth nya, seperti biasa di mana-mana pasti supirnya adalah Pak Farhan. Pak Farhan
baik orangnya. kuang kuang kuang.

Makanya, bagi yang merempat dan tiada kenderaan untuk ke sana ke mari bagai
peminta sedekah lagaknya eh oh maaf tiada kaitan sebenarnya di sini. ahaks.

Mari maju selangkah.

Jam 8:30 pagi waktu Malaysia.

Dengan itu, mula-mula Farhan kutip Sue dulu dekat rumah beliau kemudian Anum dan
kemudian baru diri ini. selepas itu pick up Kerry pula di rumahnya sambil mengelek
agar-agar di celah ketiak. sungguh ayu.

Pak Farhan bawa Myvi seperti beliau merasakan beliau seorang sahaja di dalam keretanya
itu. maka beliau bawa kereta macam cina mabuk. cina mabuk tahu cina masuk? ha begitu.
beliau tidak tahu kah beliau sedang membawa sekali empat anak dara orang ini?
woi aku nak kahwin dulu lah woi. ha kan keluar statement bangang minta kaki siku segala.

.
Maka bermula our persinggahan ke merata tempat untuk beli arang lah, beli pinggan
polisterine lah, beli ais batu lah. semua itu di tanggung beres oleh Pak Farhan
merangkap supir kami. untuk kelihatan gentle nya tertonjol di hadapan mata kami,
maka beliau tanggung segalanya itu. kah kah kah gentle lah itu?

Pak Farhan sebuah kereta. Pak Aliff sebuah kereta. penghuninya Dila, Syairah dan
Fatin. nampak tak kami keluar awal dahulu then tup tup Aliff tunggu dekat Batu Hitam
dahulu? dalam kereta kutuk-kutuk Pak Aliff sebab masa kitaorang singgah punya
singgah itu Aliff baru bangun. nampak dah dekat situ Aliff kurang gentle. gentel boleh lah.

Like usually. janji melayu mana nak betul kan? kata pukul 8:30 pagi bermula misi
panggang memanggang buntut masing-masing ops eh lucah pula ha alih-alih pukul
10 juga mula. ini aku bengang ini ha. kau kenapa Ain?

Setibanya di Pantai Batu Hitam. kelihatan di situ sebuah kereta kancil berwarna putih
milik Pak Aliff bersama isteri-isterinya kah kah kah tak pasal pasal aku kena 
pelangkung karang. ha kemudian Farhan suruh Aliff ikut beliau dari belakang untuk
ke tempat yang lebih nyaman dan damai. katakau. 

Along the way. kelihatan pula tiba-tiba kemunculan Syamim dan Firdaus yang dikhabarkan
oleh Farhan yang Syamim tidur mati kesian Firdaus tunggu lama. tiba-tiba muncul
di antara kereta Farhan dan Aliff? terkejut kot. sehingga kepala di telengkan seberapa
banyak kali untuk lihat adakah itu benar-benar Syamim dan Firdaus naik motor apa entah.

Maka dengan itu. Pantai Balok here we come. ramai sungguh makhluk bernyawa di sini
yang berkhemah lah, berfamily day lah. jadi kami memilih tempat yang agak terlindung
sedikit supaya ayam-ayam BBQ kami nanti tidaklah di curi oleh pihak di sebelah sana itu.
ahaks hodoh perangai.



Jadi dalam jam 10:30 pagi terlaksana lah reunion kami ini. walaupun tidak serupa reunion
sangat huha huha sahaja banyak engkau. tetapi aku rasakan perjumpaan kali ini
seperti sepuluh tahun tidak ketemu. begitu tamparan hebatnya saat itu mengena di pipi.

Si abang-abang macho pergi bakar ayam segala. si kakak-kakak yang begitu comel
sekali semuanya wah masuk lift tekan naik tingkat tujuh begitu tekun sekali bergosip
serupa tidak ketemu berabad lamanya. duduk bersila atas surat khabar sambil
huha huha. nampak tak dekat situ perbezaan si teruna dan si dara zaman moden ini?

Wah rasa macam hari raya tahu. ada sandwich. ada mee goreng. ada agar-agar.
ada kek batik. ada ayam-ayam. ada air perisa best. ada arang. ada ais batu.
wow fantastic bebeh! rugi lah siapa classmates aku yang tidak mahu menampilkan
diri bersama ke sini. rugi tahu rugi? tepuk dahi sekali.

Setelah puas bergosip itu ini bergelak ketawa sebatu boleh dengar suara. kitaorang
ke laut pula. dengar sini aku mahu katakan, air laut dia jernih gila tahu! sejuk. masin?



Apa lagi perempuan apabila sudah berjumpa lalu bergosip dan huha huha sesama
sendiri kemudian tangkap gambar serupa kanak-kanak tadika kemas? kah kah kah.
aku suka gambar di atas ini. susunannya sekata dan boleh pergi jauh lagi. ahakz.
siapa susun ini?



Ini yang di namakan si teruna-teruna rajin abad ini. siapa nak ajak kahwin, mari sini
aku rekemen kan. yang dua sudah habis matrik. yang seorang politeknik. yang seorang
lagi KPTM. dan yang seorang lagi itu aku kurang pasti statusnya yang sebenar.
Syamim kau penganggur ke kerja ha?

Kemudian pergi atas balik. makan mee goreng buatan Farhan. boleh tahan juga ya
macam anak dara masak. kah kah kah. daddy kasi ayam seketul seorang.
aku makan mee goreng separuh dan ayam BBQ itu sudah buat aku terasa nak
termuntah lalu terpengsan. ha penat tahu walaupun makan separuh dan sebelum itu
tak makan apa-apa pun. serta air yang Sue buat sungguh manis seperti tuannya juga.
aku boleh terkena virus kencing manis jika tidak campurkan dengan air masak. ahaks.

Memandangkan semalam birthday Fatin, maka kami punya satu rancangan. sebetulnya
aku pun tak ingat birthday dia jatuh pada haribulan bila. bila godek facebook, baru tahu.
kah kah kah punya lah kurang ambil tahu.

Pak Farhan bawa kek. aku bawa tepung. tepung gandum cap sauh. baik punya.
aku ingat lagi aku suruh abah beli tepung semata-mata untuk ini. 

"Abah boleh tak tolong beli tepung?"

"Ha? nak buat apa?"

"Ada lah bah. beli ye. beli ye..". separuh merayu. padahal tak merayu pun abah beli 
juga.

Sehingga ke saat ini, abah tidak tahu untuk apa aku suruh beliau beli tepung itu.
maafkan anakmu ini abah sebab membazir ke arah ini. alah sekali sekala nevermind kan bah?

Lalu mereka ajak Fatin ke laut. aku dengan Sue menapak ke kereta Farhan lalu mengeluarkan
kek yang lazat itu dan nyum nyum sungguh. pasang lilin.

Dan aku pula. tidak sabar mahu merasmikan tepung gandum yang terletak elok di dalam
beg mickey mouse aku yang sebesar alam itu. hua hua hua. *gelak jahat*

Kek di bawa ke Fatin. aku tahu dia tak terkejut pun. haha apa lah Fatin ni.

Setelah itu. aku mula senyum jahat ke arah Sue. misi kita yang satu ini bila mahu
lancarkan? Sue memberi isyarat mata lalu aku segera bergegas mengambil beg
mickey mouse aku dengan segan segan. aku cakap slow-slow dekat Syamim,

"woi Syamim, aku bawa tepung ni. nah mulakan!". sambil keluarkan tepung dalam beg
dan dengan rakusnya Syamim koyak kan plastik tepung itu. engkau bab-bab
mengenakan orang nombor satu.

Aku sebagai ketua membawa tepung itu, maju dahulu ke hadapan. jarak kan sedikit.
dan yang pasti sasaran pertamanya pasti lah birthday girl yang dah basi ini.



Ha ini baru di namakan aksi spontan. salji turun dekat Malaysia? fuyo magik!
lalu tepung tadi beralih tangan. dan tangan yang beruntung sekali yang dapat
menakluki tepung itu adalah diri sendiri. best apa baling tepung. 



Sudah jelas segala-galanya. si pengkhianat sedang beraksi dengan menunjukkan
riak muka yang gelojoh dan jahat mahu melemparkan tepung kepada orang yang tidak
bersalah. ha terlibat tak terlibat belakang kira bro. masalahnya sekarang gua mahu semua
rasakan tepung yang gua bawa dari rumah ini. self made ok. kah kah kah.

Jadi di mana Aliff dan Firdaus? choi awal-awal lagi sudah melarikan diri di sebalik pokok.
bangang apa tahu. kau ni teruna lagi ke tak ni woi? tepung pun nak takut.

Lalu aku jerit dekat Aliff sebab dia dengan Fidaus langsung tidak merasa tepung yang
aku bawa dari rumah ini. sekurang-kurangnya hargai lah orang bawa ni. ini tidak.
tahi apa lari lintang pukang. shit you bebeh.

"Aku tak puas hati kau tak kena Aliff! dah aku dengan Sue nak pergi beli 
tepung lagi.."



Ha bajet-bajet dengan Aliff kasi dia takut. padahal masa ni pinjam motor Syamim nak
pergi toilet nak cuci tepung-tepung ini ha. aku naik motor dengan Sue semua orang
pandang pelik apahal tahu budak ni. sampai kakak dekat toilet tu siap tanya,

"Awak main apa ni..?"

Sengih-sengih masuk toillet. kah kah kah.



Jelas sekali kami begitu anggun dengan tepung gomak cap sauh keluaran Ain.
ha tangan tu ha still tak lepas pegang tepung walaupun tinggal sedikit lagi.
alang-alang biar kita habiskan sehingga ke titisan yang terakhir. baru bererti hari ini.



See? muka gelojoh masih jelas kelihatan. ha semua kena. Aliff dengan Firdaus begitu
licik orangnya. tak apa tak apa. ada ubi ada batas. lain hari aku balas. tunggu kau tunggu.



Ini dia Aliff yang tidak bertepung. ramai perasan dia makin terbantut. ha?
makin pendek lah engkau! orang makin tinggi engkau makin pendek. tell me why bro?

Maka selesai bertepung tawar segalanya, acara ini di kira terlunas. segala perancangan
alhamdulillah berjaya di laksanakan. aku mohon. reunion ini akan terwujud lagi
akan datang. bukan penat makan woi. aku penat berlari baling tepung dan di tepung kan
oleh orang. ha karma bukan?

Jadi selesai. siap kemas semua. ontheway balik singgah solat kejap then melawat
mak soleha sakit dekat hospital. pity her. patut lah tak join kami. kami bergelak sakan
di sini, soleha sedih-sedih di hospital. tabah ok kawan? In sha Allah mak akan sembuh.
Aminn.



Mummy daddy dan anak-anak mereka. Farhan daddy. Dila mummy. aku dan Sue anak-anak
mereka. kah kah kah old scandal.




You know sayang why I heart you more than them? kerana awak begitu memahami
saya. awak tak pernah tinggi daripada saya tahu. oleh kerana itu saya sayang
awak, Sue. kuang kuang kuang.

Satu benda sahaja aku perasaan dari gambar-gambar di atas ini ha. aku ketara
yang tinggi dalam setiap gambar? Eh.

Terima kasih untuk hari yang begitu bermakna ini. akan aku lakar ia sebagai memori
terindah di dalam diari hidup. In sha Allah.

Mohon undur diri. Assalamualaikum kacak.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)