Mari flashback kisah lama.




#ThrowBack

Tika ini. aku sedang merenung. menyingkap kisah lama yang ku kira sudah lama mati
tertimbus dek tanah. jauh ke dasarnya. fikiran aku kosong. pandangan aku juga
kosong. maka semuanya pada aku kosong. ya zero. aku tidak pasti sampai kapan aku
bisa menggenggam secebis harapan yang aku semai sejak dahulu untuk memujuk rindu
yang tiada titik noktahnya mahupun tanda koma sekali pun. ya tiada.

Kala ini. aku perasan sendiri. aku sering mengelamun. entah apa yang aku lamun kan,
aku juga kurang pasti. sudah aku khabarkan, fikiran aku kosong. maka apa yang aku
fikirkan saat ini tidak ubah seperti pontianak harum sundal malam yang tiada arah tujunya.

Entah kenapa. malam kelmarin aku jadi sebak. aku rasa nak menangis. ya aku memang
sudah menangis. aku rasa aku lemah. aku tak kuat untuk menanggung perasaan
maha hebat ini. kadang-kadang aku menyesal. jika aku tahu perasaan ini membunuh,
tak akan aku tanam rasa ini hingga ke dasar hati yang paling dalam. Ya Allah!

Kadangkala aku rasa aku hanya berlagak aku seorang perempuan yang kuat. aku
tampil ceria di hadapan teman yang ku kira perlukan aku untuk berjenaka saban hari.
luaran aku tampak ceria. tetapi dalaman. aku punya seribu satu rasa. ya.

Kemudian mata aku beralih pada kotak coklat yang tersimpan kemas di laci meja.
aku capai. aku buka penutupnya. dahulu bila aku rasa sunyi. aku rasa aku perlukan
sesuatu untuk aku luahkan apa yang terbuku di hati. aku mula menggeledah bekas
pensil dan cari pen kesukaanku. serta koyak sehelai kertas kajang. lalu aku luah apa
yang aku rasa saat itu. apa yang aku rasa jiwa aku perlu kosong kan dek penuhnya
rasa di dalam. aku tulis. tulis dan tulis. aku tahu tiada gunanya mengadu pada sehelai
kertas kosong. dan jelas bodohnya di situ. selesai ke noktah terakhir, aku kesat air mata.
dalam aku terasa kepuasannya. terasa sedikit lapang. alhamdulillah.

Aku tahu seberapa banyak dakwat pen sudah aku habiskan untuk menulis sesuatu
yang tidak penting. ya tidak penting untuk sekarang. tetapi penting untuk kemudian
hari. aku yakin Allah tidak pernah sekali tidur. perasaan ini terbentuk atas kehendak-MU jua.

Bila aku coretkan apa yang sedang terbuku di hati, tiada tokok tambahnya. aku
ikhlas segalanya. aku tidak mampu ungkap pada sesiapa. aku takut aku akan menokok
tambahkan apa yang tiada dalam memori ini. semata-mata untuk menceriakan hati
yang sedang gundah.

Mungkin aku terlalu obses bermain dengan perasaanku ini. aku ingin tetapi malang sekali
aku tidak dapat capai apa yang berada di seberang pulau itu. kemudian aku cuba
pujuk hati sendiri. sabar. mungkin bukan masanya lagi. In Sha Allah.

Aku boleh sahaja lupakan. atau mungkin aku buat-buat lupa. mungkin juga aku boleh
hantukkan kepala ke dinding supaya hilang ingatan. atau ya, aku boleh pilih lelaki yang
sedia menanti aku walaupun aku tidak pernah memberikan jawapan. tetapi mengapa
saat hati ini begitu seiringan dengan minda untuk lupakan insan tersebut, wajah itu
tiba-tiba mengintai? makanya jiwaku tidak merestui kehilangan insan tersebut.

Lelaki kedua. aku mengenalinya sekitar tahun 2010. sejak aku kenal lelaki itu, aku
mula jatuh suka. aku suka cara lelaki itu. aku suka cara pembawakan dirinya.
aku suka cara lelaki itu mempamerkan lawaknya yang kadangkala buat aku tersengih.
aku tahu lelaki itu bukan seperti lelaki biasa yang bisa di dapati di tepi jalan chow kit.

Aku cuba. ya dalam tempoh itu cuba lupakan lelaki pertama. aku cuba buang segala
yang ada. tak. aku cuma buang apa yang ada dalam fikiran tetapi surat-surat masih
ada. kenangan masih ada. semakin aku cuba untuk singkirkan, semakin ia makin 
mendatang. aku rasa aku tidak boleh teruskan dengan sandiwara ini. ya aku harus
hentikan supaya lelaki kedua itu tidak mencipta harapan setinggi langit.

Maka aku berterus-terang. ternyata kenyataan serta kejujuran aku itu sungguh
menyakitkan. sedangkan aku turut merasai tempias jujurnya kata-kataku itu,
inikan pula lelaki itu yang sudah memang menghamparkan sejuta harapan yang aku
rasa terlalu berlebihan. aku tahu lelaki itu mempunyai niat yang baik. tetapi hati aku
kata tidak. aku tahu aku salah.


Aku tahu lelaki itu amat kecewa dengan kebenaran yang sedang aku saji kan di hadapannya.
aku dapat rasa walaupun aku menaip kata melalui cell phone. tetapi aku harus.
aku tidak mahu lelaki itu terus-terusan menbina harapan dengan kebahagiaan dalam
pembohongan ini.

Jujur aku katakan aku masih menunggu lelaki pertama walaupun sudah bertahun-tahun.
aku jujur. namun aku tahu lelaki itu panar mendengar kenyataan aku yang satu ini.
tetapi lelaki itu berlagak biasa seperti lelaki kuat. lelaki itu masih menanyakan itu dan ini
dan aku jawab segala apa yang di tanya dengan jawapan yang jujur. aku serba salah.

Aku pernah menangis baca text lelaki itu. aku mendalami apa yang lelaki itu rasakan.

"..untung ex awak tu. saya harap ada jugak orang rindu kan saya macam awak rindu
kan dia. jujur awak, saya jeleous sangat dengan ex awak. Good to be him.."

"..endah kan hati saya. ada hati yang awak nak kena kejar kan. just pass through mine.
I be prepare for the consequence. I failed to catch what I chase. I failed to hold what I had.
hope awak bahagia dengan dia.."

"..kalau betul awak sayangkan dia sampai macamtu sekali, pergi lah bagitahu dia awak.
High posibility awak boleh dapat dia.."

Saat itu baru aku tahu aku insan yang paling kejam. ikhlas lelaki itu tuturkan semuanya.
mulia sungguh hatimu. jika boleh aku aturkan rasa cinta ini sesuka hati atau pada
sesiapa pun, pasti dirimu aku pilih lantaran keluhuran hati yang sering kau tonjolkan.
namun aku gagal. aku tewas dalam percaturan ini. maafkan aku. aku tak berniat.

Walaupun penerangan aku sudah cukup jelas. kadangkala lelaki itu seakan lupa apa
yang aku pernah beritahunya. apa yang pernah aku kecewakannya. lelaki itu tetap
mencorak angan yang aku tahu seolah mencarik kan luka di hati sendiri. masih 
memasang impi walaupun tiada respon positif daripadaku. 

Lelaki pertama. walaupun hampir empat tahun sudah. lelaki itu masih tiada tanda-tanda
punya hati pada perempuan lain. aku harap Allah kekalkan itu.

Lelaki kedua. walaupun hampir dua tahun, lelaki itu juga turut sama. tiada tanda-tanda
mencari insan yang boleh mencintai dia setulus hati seluhur hatinya.

Aku pernah bertanya pada lelaki kedua. bukan aku pelik. tetapi aku sangsi. aku tidak
mahu lelaki itu terus menerus menunggu cinta aku. kalau boleh aku mohon jangan 
tunggu aku.

"..aura awak kuat sangat kot. sampai nak cari lain pun, macam nak tak nak je.
ada je yang comel yang cantik dekat matriks ni, tapi hati saya kata dia ada pilihan
sendiri.."

Aura? aura apakah yang aku pernah tiupkan ke dalam diri mereka? setahu aku, tidak
pernah lagi aku berjumpa bomoh untuk mendapatkan minyak senyoyong mahupun
minyak guna-guna jauh sekali nasi kangkang. jadi aura apa yang aku punya? sehingga
mereka tetap berdiri pada tiang yang lama.

Mungkin juga kerana reaction aku yang di gelar comel, lelaki itu kata aku punya aura.
kadang-kadang aku rasa nak tergelak.

Jadi aku tidak mahu lelaki ketiga terkena tempias aura aku ini. cukup lah dua yang
terdahulu.

Lelaki pertama. setahun yang lepas, aku bertemu dengannya dalam situasi yang
aku tidak jangka itu terjadi. ia pernah menjadi impian aku. tak duga pula ia
menjadi satu kenyataan yang terlaksana akhirnya. perancangan Allah adalah
sebaik-baik rencana. kata orang, ini di namakan jodoh. setelah dua tahun, akhirnya
aku dan lelaki itu bertemu dalam pertemuan yang singkat pada pertengahan tahun 2012.

Tiada apa yang aku dapat ungkap saat itu. rasa aku bercampur baur. aku rasa
aku sedang bermimpi. mudahnya pertemuan ini termeterai. tiada apa yang aku
mahu katakan. segalanya terkunci. cuma dalam diam. aku doakan supaya kau sentiasa
jaga diri. jaga iman. jaga mata. jaga hati. kau sentiasa wujud dalam setiap doaku.

Di sebabkan dua tahun tidak bersua. aku jadi sekaku-kaku manusia. aku jadi kekok
padahal sejuta soalan sudah aku rangka di ruangan minda. saat terpandang wajah itu,
tumpuan aku hanya pada satu sudut. dalam hati, aku memuji ciptaan Allah yang
satu ini. kacaknya. penampilannya juga jauh berbeza daripada zaman kanak-kanak
waktu di sekolah dua tahun lepas. Ya Allah! rindunya aku pada seraut wajah itu.

Aku tahu lelaki itu juga terkejut saat pertama kali lihat aku selepas dua tahun. aku
beriak selamba. aku cuba tahan getar di hati. walaupun hanya 15 minit, aku bersyukur
kerana Allah memenuhi permintaan aku yang satu ini. alhamdulillah.

Jujur. aku tidak mengharapkan lebih. cuma bertemu dalam jangka masa yang singkat,
sudah cukup lama bagiku.

Tetapi apabila aku merancang untuk bertemu lelaki kedua. ada sahaja halangan.
halangan yang aku rasa datangnya daripada aku. aku nampak kesungguhan dari
gaya lelaki itu. sanggup bersusah payah tetapi kenapa begitu payah pertemuan ini
menjadi? Allah sudah tetapkan segalanya. belum tiba masanya lagi.

Bagi aku. kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri. kedua-duanya ada baiknya
yang aku kagumi. kedua-duanya ada sifat bertolak ansur yang aku hargai.
dan yang terpenting, kedua-duanya ada cara nak handle reaction aku yang di katakan
comel ini. serta kedua-duanya ada kelebihan yang boleh buat aku tergelak dengan
sendirinya. aku hargai kehadiran kedua-duanya. terima kasih.




Tetapi hati aku cuma satu. dan hati aku dari dahulu sehingga kini untuk lelaki pertama.
kita boleh jadi kawan. kau kawan yang teristimewa yang pernah aku ada.

Aku tak tahu sehingga bila hati aku bisa bertahan. mungkin selama-lamanya? aku
mohon dalam dalam supaya rasa ini kekal. selagi aku rasa aku boleh tunggu, aku akan tunggu
selama yang boleh. kun faya kun.

Ini rasa aku. ini juga medan penulisan aku. aku tulis apa yang aku rasa. aku tak pernah
jelek bila orang cerita perihal hati di blog mereka.

Jadi jika tidak suka, apa guna lagi berada di sini?

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)