Silakan mati bersama memori itu.




Aku duduk. sambil itu tangan aku masih ligat meneliti inbox lama. usang. lama aku amati.
mata aku tertancap pada nama kau pada inbox itu. mata aku beralih pada tarikh terakhir
kita message pada 23 March 2013. aku pelik. kemana kau pergi selepas daripada tarikh itu?
adakah kau sudah tertimbus dek tanah? ataupun kau telah mati di baham jerung?
persoalan itu menjadi tanda tanya pada aku.

Jika kau di baham jerung pun sudah memadai, maka populasi seperti kau tidak akan
wujud lagi di atas muka bumi ini. bukan aku minta tapi ya kalau jadi bagus juga.

Aku hairan. aku cuma mahu berkawan. ikhlas aku katakan. tapi itu pada mulanya.
lama kelamaan kau semakin menunjukkan belangmu yang seakan-akan harimau
jadian itu. kau menjadi sweetalker yang berkaliber serta bijak tanpa aku memikirkanmu
sebenarnya syaiton yang cuba untuk melalaikan aku dari segenap sudut inci di hati
kecil ini. kau tahu kau syaitonnirojin?

Berlandaskan keikhlasan ingin berkawan yang aku punya, kau katakan dirimu sudah
anggap aku lebih dari seorang kawan. ya sebagai perempuan biasa yang agak naif,
ada ragu dalam kenyataan kau beri. tetapi kau tahu apa hukum kau mempermainkan
perasaan perempuan sedangkan sejengkal hatimu pun tidak maksudkan apa yang
kau katakan? hanya kebodohan yang aku mahu katakan serta palitkan ke mukamu
yang berlagak suci itu.

Ya aku memang kurang cerdik. tetapi aku masih mampu berfikiran secara waras,
mana mungkin seorang lelaki dan seorang perempuan baru berkenalan selama
dua minggu boleh jatuh cinta sesingkat itu? kecilakaan apa yang sedang kau
corak kan di atas keikhlasan aku itu ya?

Mungkin kau fikir aku boleh di perbodohkan dengan sandiwara kau itu, tetapi
kau tak fikir aku lebih bijak mengatur strategi bagaimana mahu memainkan lakonan
ini supaya lebih kelihatan ummphh nya serta di filemkan di layar minda kau
yang sempit seluas kangkang kera itu.

Walaupun aku tidak pernah berdepan dengan manusia bertopengkan harimau
seperti kau ini tetapi minda aku terbuka melihat keadaan sekeliling. aku tak
bodoh serta murahan seperti banyakkan wanita sekarang ini. kau kena sematkan
di otak kau itu kemas sekemas-kemasnya supaya ia tidak terbuka.

Aku kenal kau secara tidak sengaja. kemudian kita bertukar nombor telefon dan
pada saat itu tiada apa yang aku inginkan selain menjadi kawan kau. aku dan kau
menjadi rapat. kadang-kadang aku mulakan text antara kita. tetapi kau yang
selalu mulakan dahulu sebab aku tahu kau sibuk dengan gym kau. aku tak suka 
kacau dan kadangkala aku sibuk dengan assignment. kadang-kadang pula kau
call aku. kita ikut giliran siapa kena call. kita borak sampai lewat malam dan 
selalunya sehingga ke pagi. paling lewat sehingga 4:30am. aku tidak tahu syaiton
apa yang merasukku saat itu padahal esoknya kelas aku bermula pada pukul 8:00am.
oh lupa aku sedang berborak dengan syaiton ketika itu. aku bukan berbual dengan
kau tetapi aku berbual dengan syaiton yang berada dalam badan kau sebenarnya.
aku ingat aku amnesia ke apa tak dapat tidur malam sebab terlalu leka.

Aku tak kata kau terlalu jahat. dan tak pula aku bilang kau terlalu suci serta baik
budi pekertinya. tetapi kau masih tidak mampu mengawal apa yang sepatutnya
lelaki sepertimu kawal supaya diri tidak tenggelam ke lembah hina.
ya, kau tahu hina jadi lelaki murahan?

Kau jujur. aku tahu kau seorang lelaki yang jujur. aku tak nafikan itu sehingga 
kadangkala aku hampir terjatuh dengan kata-katamu. tetapi bila aku tersedar, aku
bangkit semula untuk menolak segala bisikan syaiton itu. sepanjang 19 tahun aku
hidup di muka bumi ini, aku tak pernah jumpa lelaki yang cerita segala perihal nakal
mahupun buruk dia dekat perempuan yang baru dia kenali. buka segala aib diri
sendiri yang aku rasa aku sendiri pun tidak mampu untuk ceritakan. itu peribadi.
tetapi mungkin kau percayakan aku dan kau buka semua pekung di dada. aku tak
kisah sebab aku boleh jadi pendengar. kau tahu nakal kau nakal comel sebenarnya?

Muka kau seperti budak baik-baik. first impression aku, aku nampak kau baik. ada cahaya
di wajah kau. tetapi kenapa kau perlu jijik kan first impression aku itu terhadap
kau dengan menonjolkan perangai kau yang tidak semengah itu? kau suka orang
anggap kau lelaki jahat? muka kau dah nampak cahaya tetapi sayang akhlak kau
tidak bersama-sama pantulan cahaya di muka kau itu. tingkatkan iman pasti kau tak
mudah tergoda hasutan syaiton yang cuma merosakkan akhlak kau itu.

Aku tak akan berkawan dengan lelaki yang muka mat mat rempit serta muka macam
pecah rumah itu semua. bukan aku memilih tetapi ya seperti yang aku katakan
sebentar tadi, aku bukan seperti perempuan zaman sekarang. aku sudah terdidik
oleh umi untuk jadi seperti zaman muda umi dahulu. tidak suka di layan dan melayan.

Tetapi kau berplastik surgery kan kejambuan yang jelas kelihatan manisnya terlebih
gula itu, aku tahu kau baik. namun kau tewas dengan kehendak hati kau.
kau boleh jadi baik tetapi mungkin tak sampai masa lagi syaiton itu mahu beralih
dari hati kau. aku doakan kau berubah.

Makin lama aku kenal kau, ya aku jadi makin sayang. aku tidak boleh tipu hati aku.
tetapi sayang aku cuma berlandaskan bagai seorang kawan. tidak terlintas pun
di hati mahu ajak kau berpacaran sebab aku tahu itu tak akan kekal lama. tetapi 
setelah mengetahui aku cuma anggap kau teman, kau mula berubah. aku tak expect
pun kau boleh anggap aku selebih itu. permainan hati apakah yang sedang kau
bentuk kan selama ini?

Aku tak tahu samada kau ikhlas ke tidak, setelah beberapa minggu kita kenal kau
minta alamat rumah aku. kau kata kau nak post something untuk aku. aku rasa
kau ikhlas dari cara kau, kau begitu bersungguhnya. tetapi aku silap. lepas aku
bagitahu kita cuma boleh berkawan dan aku tak mahu tanggung risiko kalau aku
terima kau, kau mula berjauh hati. kau tak jadi nak post something yang kau kata
barang yang kau akan bagi itu agak mahal. jadi kau mahu suruh aku terhutang budi
dengan barang mahal yang kau akan bagi itu? aku bersyukur kau tak jadi bagi sebab jelas
di situ niat kau nak bagi pun tak ikhlas. dan jika aku terima, pasti kau akan tuntut
kembali suatu hari nanti. aku yakin itu.



Ayat-ayat yang cuba kau permantapkan supaya lakonan ini nampak gah di mata aku,
sungguh puitis sehingga terkadang halwa telinga aku tidak sanggup mahu mendengar
sebab kegeliannya ke carta yang paling maksimum. aku pasti jika orang yang sedang
koma setahun di unit rawatan rapi itu dengar kepuitisan ayat kau itu, pasti mereka
terus tersedar lalu mencekik kau supaya jadi hantu momok serta cungkil mata kau
supaya buta tak bermata. baru kau tahu seksanya memainkan perasaan orang dengan
ayat geli geli bangang kau itu.

Aku rancang untuk ketemu. kau setuju. kita keluar sebagai kawan, tidak salah bukan?
sebelum itu, aku sudah tetapkan kriteria apa yang perlu kau patuhi sebelum kita
bertemu empat mata. aku tidak mahu pegang-pegang. aku tidak mahu bersentuh-
sentuhan. bukan aku mahu katakan aku baik, bukan. aku tidak mahu kerana kau,
prinsip yang aku teguhkan selama ini tercalar. jadi kau setuju dengan semua itu.

Tetapi pada hari itu ternyata kau bawa sekali syaiton kau bersama ya? kau lupa
janji kau pada aku. kau lupa kita sudah buat satu perjanjian walaupun itu tidak rasmi.
kau sudah break the rule! 

Aku belajar undang-undang komersial. jika kita telah buat perjanjian tetapi pembuat
janji atau orang yang berjanji itu tidak mematuhi apa yang di persetujui, maka
pihak yang terlibat dalam pembuatan janji itu boleh saman di bawah seksyen 4a 2(2).
aku boleh saman kau sebab kau dah breach the agreement. kau tahu tak kau boleh
di saman? tapi malangnya perjanjian ini tidak di kuatkuasakan.

Kan tak pasal pasal aku buka fakta undang-undang di sini. baru aku tahu belajar
undang-undang ini perlu supaya bila berhadapan dengan situasi kebangangan
seperti ini, kita dapat protect diri kita supaya hak kita terpelihara.

Maka setelah aku mengetahui betapa jijiknya perangai kau yang satu itu yang
terselindung dek kesucian muka kau yang ala bajet itu, aku diamkan. aku terfikir
kenapa aku boleh jumpa lelaki murah seperti ini. mula aku terdetik, mungkin Allah
nak uji setakat mana keimanan serta keteguhan prinsip aku dengan pertemukan
aku dengan lelaki seperti ini. ya mungkin juga. Alhamdulillah aku tidak bersama-sama
menjadi syaiton sepertimu. mujur aku boleh tahan hasutan syaiton dari telinga aku.
dalam dua jam aku tahan, aku bersyukur aku bebas selepas itu. aku rasa aku seperti
mahu memberi anjing memamah kau sebagai santapan pada hari itu.

Di sebabkan tiada respon daripada aku, aku tahu kau malu. kau malu sebab sebelum itu
kau dah berjanji dengan aku lepas tu kau mungkir janji. wajah kau berubah.
aku perasan. kau tak banyak bercakap dengan aku selepas itu. kalau aku, aku tak tahu
mana nak letak muka aku yang orang bilang suci itu. mungkin sorok dalam tangki
sisa kumbahan? sebab tidak ketara beza jijiknya itu.

Selepas daripada tarikh 23 March itu, kau langsung tidak text aku. aku pula tidak lah
menghegehkan diri ini untuk terus menagih dan bertanya soalan bodoh kemana kau
menghilang. itu bukan aku. jujur aku katakan, aku tidak murahkan diri aku semurah itu.
aku tidak akan jadi seperti perempuan jalanan yang menagih cinta murahan daripada
lelaki murah seperti kau. tidak sama sekali. noktah.

Nak kawan, ya kita boleh berkawan. tetapi biar ada batas. mungkin kau tak baik,
tetapi kau kena hormat perempuan yang tidak suka bila di pegang. tidak semua
perempuan suka di sentuh atau di pegang sesuka hati. kalau perempuan itu 
berfikiran matang, pasti dia akan terfikir kau cuma mainkan dia. kita sama-sama
dah besar, mak ayah kita dah didik dari kecil jangan sentuh bukan muhrim, kau
pekak atau kau mentulikan dirimu itu sehingga tidak boleh beza yang mana halal
yang mana haram? atau kau nak suruh aku jeritkan di telinga kau supaya lebih jelas?

Aku ikhlas nak berkawan tetapi kalau ikhlasan aku ini di perkotak katikkan dan 
di salah erti, aku lebih rela tiada kawan seperti ini. walaupun aku begitu kagum
dengan kejujuran yang sering kau tonjolkan. kau tak sedar yang kau sedang
memcelakan diri kau sendiri.

Aku diam. kau diam. maka kita sama-sama membisu. aku bersyukur Allah buka mata
aku supaya lebih nampak apa yang ada dalam hati kau itu sebenarnya. dan Allah
masih lindungi diri ini supaya aku tak alpa. syukur ya Allah.

Aku tahu kau sayang aku dan kau suka aku. tetapi di sebabkan kau rasa malu atas
perbuatan kau, kau terus diamkan diri. konsep apa yang kau amalkan ini?

Akhir kata, jangan anggap perempuan itu senang dapat. bila kau dapat yang murah
yang ada jual tepi jalan dua seringgit, kau jangan samakan semuanya dua seringgit.
mungkin ada yang lebih mahal daripada itu dan tidak mampu kau miliki sebab kau
tak cukup duit. pada kau, aku harap kau berubah. kau sanggup terus bergelumang
dengan dosa akibat keinginan kau itu? bodoh kalau kau terus tunduk dan tak mampu kawal.

Jika kenal dengan aku buat kau rasa menyesal sebab kau di malukan dalam diam, aku
tak kisah. aku harap kau tersedar dari lena yang panjang.

Aku cuma mahu bilang, text kau masih tersimpan rapi dalam inbox aku. kalau aku
bosan, aku buat macam komik. gelak sorang-sorang kenangkan ayat manismu.

Assalamualaikum.





Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)