Ku harapkan ini, yang itu kemari.




Assalamualaikum. walaupun cuti semester sudah berada di minggu kedua hendaknya,
namun ingin sahaja gua war-war kan pada dunia bahawa diri ini tidak rasa cuti semester
kali ini adalah cuti yang harus di kenang hingga mati, maka cuti semester yang
begitu panjang bagi gua serasa sungguh menghampakan. pendek kata, tiada erti
heaven dalam kamus cuti kali ini. titik.

sejak sem break ini, gua sudah pandai menjinakkan perut gua untuk makan pada 
lewat malam. cepat lapar katanya. engkau mahu gemuk dalam erti kata yang
sebenar-benarnya kah Ain? kah kah kah gelakkan beliau yang tak gemuk gemuk.

nak kantoi kan gua ini pemakan, tak juga. gua makan bila perlu. gua makan bila
perut gua sudah membuat provokasi secara serentak. gua makan bila gua nampak
ada makanan di atas meja. dan yang paling penting gua ingin katakan, gua akan
makan bila gua rasa gua rajin mahu menapak ke dapur. nampak tak sifat-sifat
kemalasan itu sudah di tanam hidup-hidup dalam sanubari hingga ke dasar hati?

di rumah sewa gua, gua begitu menitikberatkan soal makan. boleh di katakan hampir
setiap hari gua akan memamah segala benda yang ada. tak cukup makan nasi
putih ayam paprik dan laici kang di kedai uncle, gua masih sanggup menggagahkan
diri ini ke kedai runcit aunty atau ke seven eleven untuk membeli makanan sampingan.
dan ya, gua ingin katakan juga. gua begitu cintakan jajan durian jagung yang
apabila di buka plastiknya, maka semua akan pengsan tersedut bau semerbaknya
durian itu. gua seorang sahaja yang mencintainya, housemates gua yang lain
membencinya lalu mengugut gua jangan makan dalam bilik. gah nampak tak dekat situ?



kalian pernah makan kan jajan ini waktu kalian zaman hingusan dahulu? jangan tipu.
tak baik. masuk api neraka. haa

di sebabkan gua begitu taksub dengan durian jagung ini, gua akan beli dua tiga bungkus
juga lah bawa balik rumah sewa. bukan senang nak pergi kedai aunty semata-mata
nak beli jajan ini, maka gua ambil jalan alternatifnya beli secara borong.
kalau ikutkan ketaksuban ini, hati ini ingin sahaja borong se plastik besar yang
ada 30 bungkus di dalamnya, tetapi gua tahu aunty mesti tak jual punya. uhuk.

dalam sehari, gua mesti kena makan jajan durian ini. nampak tak taksubnya gua?
tapi yaya marah makan selalu. uhuk uhuk lagi.

bila sahaja gua melangkah untuk ambil jajan tersebut, housemates gua mula
bersuara di belakang, "haaa sudah. Ain dah ambil dah durian dia..".

dan di sebabkan juga gua tahu hampir kesemua housemates gua begitu memusuhinya,
maka gua beli secara marathon. maka tiada siapa yang minta. maka gua boleh
menikmatinya secara individu. maka gua terasa nikmatnya makan berseorangan.
gua suka acah-acah hulur dekat hidung Syafiqah, mahu menggelepar dia lari
lintang pukang. Ainnnnnnnn!

jika ada lebih, gua akan sambung makan dalam kelas. beg bawa pergi kelas besar
gedabak, jadi bukunya kemana jajannya yang melimpah. gua makan dalam kelas,
classmates gua pun semua macam, "Eh lama tak makan jajan ni, beli dekat mana
Ain? dekat kamsis takda pun jual..".

ada satu hari itu waktu kelas ganti Business Maths dekat dewan kuliah, dewan
itu memang di kenali ramai sebab menyediakan sauna percuma untuk student
dekat situ. (sauna lah sebab kipas semua selalu rosak). jadi hari itu gua tidak
dapat menampung nafsu gua asyik intai-intai durian gua di dalam beg, maka gua
putuskan untuk makan. sekali gua buka, semerbak harum bau durian satu dewan.
memang kuat, gua tak nafikan. then lecturer lalu sebelah gua,

"sapa makan nangka ni dalam dewan ni?". hah nangka? nangka pun boleh cik.
segera gua sorokkan dalam beg balik. yang lain jeling-jeling arah gua. ketawa kan
gua secara berpasukan lah tu. ahaa.

jujur gua katakan, gua sudah jatuh hati pada jajan durian jagung tersebut sejak
hari pertama gua nampak ia di kedai aunty. fuh iman gua tergugat. tapi..
housemates gua tidak merestui. kata mereka, nak makan boleh tapi makan dekat
ruang tamu. sebab dalam bilik semua tak tahan bau durian. FAHAM KAN AIN? OK CUN.

malah gua bukan sahaja menghabiskan masa menapak ke kedai aunty untuk
jajan itu sahaja, gua juga penggemar cloud 9 kini. kah kah kah. Syafiqah juga
mencintainya juga. kami sama-sama pencinta cloud 9. ada satu balang cloud 9 itu
kami saut segenggam. gua segenggam, Syafiqah segenggam. maka dua genggam.
aunty tengok sahaja kerakusan kami. kadang-kadang dalam segenggam dapat
dalam lapan pek. nampak tak tangan panjang? hua hua hua.



kalau dekat kedai aunty itu tak habis RM5 dan keatas jangan panggil gua Ain. 
padahal sebelum itu dah makan nasi putih ayam paprik dengan laici kang?
ya Allah! laici kang kedai uncle terbaik di abad ini. RM2 berbaloi.

malah bukan itu sahaja. gua juga sanggup menguruskan badan yang sedia ada
kurus kering ini untuk turun ke kedai aunty bersama-sama housemates gua waktu malam
semata-mata tekak terasa mahu makan aiskrim cornetto. ulang tayang.
semata-mata untuk aiskrim? YA, UNTUK AISKRIM! kau mengidam ke apa?

bila dah sampai kedai aunty, rambang mata nak pilih yang mana satu. aiskrim potong
pun best. aiskrim ini pun best juga. aku pilih aiskrim ini lah. hah nafsu sering tidak
dapat di kawal apabila berdepan dengan situasi tersebut. 

sampai satu saat, gua rasa terlalu kenyang sampai susah nak berak. seksa kan?
kah kah kah haih perempuan perempuan.

itu nasib baik kedai aunty dan seven eleven membuntuti diri masing-masing,
kalau tak lepas pergi kedai aunty, pergi seven eleven pula. 
nafsu ini jangan terlalu di belai, makin menjadi-jadi hendaknya.

sebab itu, faktor sampingan sungguh menggodai apabila menetap di luar kampus.
ini lah ini.. gua sudah alaminya. nak pula rumah sewa dekat dengan macam macam
jenis kedai yang kadang-kadang buat diri rasa tercabar kalau tak pergi,
tetapi kedai uncle tetap di hati. rindu nak makan nasi putih ayam paprik kedai uncle tahu.



kadang-kadang gua rasa diri ini sudah melampau. ya terlalu memanjakan diri dengan
segala makanan dan segala hantu jajan. tetapi melampau pun itu siapa?

bila buat assignment waktu malam, gua akan pastikan sebelah gua ada coklat.
apa-apa coklat lah. tak coklat, ya jajan durian jagung gua. bila gua tengok reaksi
muka housemates gua yang begitu memusuhi jajan tersebut, gua tak jadi nak makan.
ada aku sumbat dalam hidung masing-masing karang. hua hua hua.

itu lah gua ingin katakan ini, sejak menjadi outsider ini gua secara kentalnya
menjadi pemakan yang sungguh tegar. tegar dari segala sudut. tegar tahu tegar?
tetapi berat gua tetap takat itu sahaja. sebab apa, sebab pagi petang siang
malam exercise turun naik tangga. terima kasih tangga kerana banyak memberi
dorongan dan sokongan menghadapmu hampir setiap masa. shit.

berbalik pada cuti semester yang begitu menghampakan ini bagi gua, tiada apa
yang harus di banggakan. gua seperti menunggu orang datang meminang ke rumah.
katakau. umi memperlakukan diri ini seperti bibik part-time. tiap hari basuh pinggan,
tiap hari jemur kain, tiap hari basuh kain, tiap kemas rumah? sungguh tragis.

umi sungguh berdengki bilamana gua mula menghadap laptop. bermula saat itu,
umi akan mengerah keringat gua untuk buat itu dan ini. thats why i love you, umi.
damn much. and a lot. thank you.

jadi untuk membalas jasa umi yang telah membesarkan gua dari kecil hingga ke
usia 18 tahun 7 bulan ini tanpa merungut sepatah habuk pun, gua pun tak
mengeluh dan gua ikhlas. nampak tak muka ikhlas ni wei? NAMPAK TAK?

begitu lah hari-hari cuti gua yang begitu tak-seronok-gila-tahu-gila-bosan-tak?
tetapi gua tidak kisah. gua duduk rumah cuma makan dan tidur dan kemas apa
yang patut tanpa any vacation. oh shit. tapi gua tak kisah ya. 
sebab di kesempatan cuti yang panjang ini, gua ingin memutihkan kembali muka
yang sudah menunjukkan belangnya. lengan kesan gua pakai jam, juga
sangat berani meninggalkan bekasnya di situ. dan kaki gua kesan gua pakai kasut
tertutup itu pergi kelas, juga dan juga begitu dasyatnya efeknya di situ.
ketara sungguh perbezaan warnanya. tahu kah kalian, gua tidak sesaat pun menjemput
kalian untuk menempelkan diri kalian ke tubuh gua ini? hah damn.

dahulu pergi kelas kasut macam itu juga, tapi tak ada lah sampai berbelang.
tapi kini pergi kelas panas terik then berbelang ya salam. cilakak.

harapan gua, sepanjang cuti ini adalah juga perbezaannya sebelum masuk
semester ketiga nanti. tak ketara pun, gua harap ada walaupun cuma sedikit.
gua mohon. bila dah masuk nanti, bermula lah kehidupan gua seperti biasa
kulit di mamah cahaya matahari sehingga hitam legam. mat mat bangla serta
mat mat myanmar akan tersenyum senang melihat populasinya bertambah
di kawasan rumah sewa gua itu. fuh terkenang gua akan busuknya bau mereka
di dalam rapidkuantan. kau bawa saudara mara kau dari kampung kah?

maka tiada apa yang gua harapkan. tetapi cuma satu.

di harapkan reunion kita 18 haribulan nanti, dapat gua catatkan sebagai hari
terindah dalam diari cuti semester gua kelak. gua cuma harapkan yang satu itu
sahaja. harapan yang lain gua anggap dah terkubur tak bertanda. mati katak.
atau gua tanam ia hidup-hidup supaya ia jadi hantu kemudian gua akan cekik
ia sampai mati. maka gua akan letak tanda pada kuburnya. annoying bukan?

kesimpulannya di sini, gua tidak sabar mahu memulakan semester ketigaaaaa!
okay gua tak esaited nak balik ke Politeknik semula. tetapi gua lebih esaited
nak balik ke rumah sewa gua. kini tiada lagi yang senior. tinggal yang geng gua,
geng housemates gua dan yang paling penting kami satu batch. 
dan apa yang penting, ramai course Accountancy dalam rumah itu! kah kah kah.

tak sabar nak decorate bilik masing-masing. gua satu bilik dengan Syafiqah!
sebelum cuti hari tu dah kemas sikit-sikit, tak sabar naik cuti ni nak kemas
gila mak engkau. hah jelas kesengalan di situ.

maka dengan itu, assalamualaikum.



gua belajar makan Crunchie ni daripada my super duper barnie, Syafiqah.
di sebabkan dia pencinta coklat sebegini, makanya dia pun nak ajar gua juga
jadi pencinta seperti dia. kalian patut cuba tahu! rasa dia memang heaven gila.
cuba jangan tak cuba.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)