Aku dan kecintaan.




Assalamualaikum. aku mulakan post kali ini bersama gambar yang begitu palsu aslinya.
disebabkan Syeffy menggunakan Camera 360 serta cahaya di waktu pagi yang begitu
menyokong kepalsuan kami ini. maka terhasil gambar fake ini ya. cahaya pagi itu sungguh
menggila. seakan-akan mengejek kami. ya ini aku tidak membohong.

Sementara menunggu bermulanya class Financial Accounting 2 untuk permulaan semester
ketiga ini ditambah pula keawalan kami berangkat ke kelas. maka ini perkara seperti
ini normal. K.

Jujur aku katakan. aku begitu cintakan budak contact lens ini. maksud aku cinta itu bukan
rasa cinta seperti berlainan jantina. cinta yang aku maksudkan ini adalah rasa kasih kepada
teman yang boleh aku katakan aku akan menghadap dia twenty-four-seven setiap hari.
dia bukan sahaja coursemate aku. malahan classmate aku juga. bukan itu sahaja.
serta housemate dan merangkap roomate aku sekali. nampak tak dekat situ aku sedang
terangkan dengan begitu terperinci sekali maksud twenty-four-seven itu?

Pada aku. dia dan aku begitu serasi dalam apa jua situasi. sifat sekepala itu dapat
diiktirafkan kepada kami. aku gila. dia juga dua kali ganda gila. maka kami sesuai dalam
momen apa-apa juga. gurauan kami tidak melibatkan emosi. jadi tiada istilah terasa hati
apabila aku bersama dia.


Apa yang paling ketara yang dapat kalian lihat adalah soal ketinggian. aku malas nak
berbasa-basi dengan Syafiqah Sulaiman ini. nanti dia tarik muka comel dia. kemudian
aku peluk bahu dia sambil gelak. itu kebiasaan. aku ada ciri kawan yang baik sebenarnya.
katakau noks.

Paling aku rimas. aku ada dengar suara-suara sumbang yang cakap belakang aku tinggi
serupa model. jadahnya struktur model sebegini rupa. model apakah? cukup 40 kali
sebut. aku jadi model betul-betul karang baru tahu.

Baru kali ini. aku ketemu kawan yang tiada rasa marah. tidak menyakitkan hati. sejak aku
kenal dia aku cuma tahu gelak dan senyum dan bergurau. bersama dia hilang segala jenis
masalah yang ada walaupun aku bukan yang jenis bermasalah. dengan dia aku rasa nak
gelak sepanjang masa. tahu? 

Dalam kelas kami akan berdua. kadang-kadang bila aku berdua dengan Syeffy,
aku suka berfikir luar kotak. aku gemar imaginasi berlebihan. then bila maksud itu sampai,
aku dan Syeffy akan gelak bersungguh. Syeffy kalau gelak bukan pandai slow-slow.
sekali gelak. satu kelas boleh terdiam sesaat.

Maksud berfikir luar kotak itu serupa orang tak imagine pun akan berlaku benda itu tetapi
kami siap create satu cerita yang berkait-kait. Ya Allah, ikhlas aku cakap aku gembira
yang amat. dengan sorang muka punya serius create cerita kemudian yang sorang lagi
sambung. maka di situ tercetus tawa yang bergema.

Syafiqah Sulaiman. bukan sahaja comel serupa moskot barnie itu, malah aku tak
pernah nampak dia marah samaada aku atau orang lain. aku fikir dia tak punya rasa marah.
kot? aku pula jenis cepat kasihan dekat orang. muka Syeffy selalu muka minta prihatin.
tak prihatin minta kaki pun boleh sebab mimik muka dia ada aku lempang karang. ha emo.

Aku ingat lagi. dipertengahan semester kedua lalu aku bercadang mahu duduk serumah
dengan ada sorang classmate aku ini. ternyata bukan budak debab ini. tetapi entah
bagaimana perancangan itu terpesong jauh sehingga aku akhirnya serumah dengan
Syeffy ini. lalu aku percaya dengan kata-kata ini, 
"...kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya..". 
jadi aku happy tersangat sekarang. aku tak tahu kalau aku duduk serumah dengan
budak tersebut. mungkin setiap hari akan bergaduh dan tarik muka. habis cerita.


Ini sebahagian classmates aku. ini selepas kelas Tamadun Islam dan kami sedang menunggu
Zul merangkap wakil kelas kami mem-fotostat-kan nota Costing sebab belum apa-apa
lagi Isnin ini kelas lalu teruskan dengan Quiz 1 dan Reflective Jurnal dan semua macam
blurghhh sedikit lah kan. tapi Puan kata cuma teori sahaja. TEORI PUN.

Aku the leopard one. kah kah kah Syeffy semangat tarik hujung jari aku. tersadung kejap
aku kedepan lalu Atin snap the photo. ok ini cantik k. CANTIK!

Dimana-mana gambar. penyerinya adalah Syafiqah Sulaiman. aku rasa nak culik dia letak
dalam almari dan jangan ke Poli ok duduk diam dalam almari sebab kau comel sangat
sayangku.

Dengan orang lain aku ber-aku ber-kau walaupun sejak masuk Poli baru mulut aku lancar
ber-aku ber-kau dengan kawan perempuan. tapi dengan dia aku ber-Ain ber-Syafiqah.
ada masa ber-kita ber-awak. aku kalau orang bernama-nama ini. aku akan automatik
panggil nama. aku rasa itu lagi sopan. bagi aku.


Nampak tak kami sangat comel di sini? K ini betul-betul perasan taik kucing. Azmel tak
dinafikan begitu macho sekali. itu tidak lihat lagi wakil kelas aku. lagi comel tahu.
Pelat 'S' lagi. Ohhhh Zul. aku suka sangat menyakat dia. malangnya sudah ber-makwe.

Jadi untuk permulaan minggu kedua ini. kelas banyak lengang lagi. banyak yang bocor lagi.
lecturer masuk kelas then ambil attendence kemudian sign daftar kursus. then
go back ke rumah sewa. aku rasa macam sia-sia sahaja gosok baju kurung pagi-pagi
semata-mata untuk kelas yang hanya tak sampai setengah jam itu? eh eh.

Dan yang paling aku teruja dan tak sabar menunggu lecture minggu hadapan adalah
kesemua lecturer yang mengajar kelas aku majoriti yang sporting dan boleh bawa 
bergurau. tetapi tak tahu lah kalau permulaan ini baru baik-baik dulu. nanti.. takut
macam singa. 

Yang best Cost Accounting (Costing) nanti by group pergi melawat kilang industri.
tak sabar k. aku memang tak boleh berpisah dengan Syeffy so kami satu group dan
sorang lagi senior extend kelas kiteorang. pergi tengok cara-cara kilang tersebut
kendalikan Akaun mereka. 

Semester ketiga banyak aktiviti outdoor. Soft Skill nanti ada aktiviti outdoor juga. tapi
tak bincang lagi. boleh pilih nak buat aktiviti apa sahaja. perghhh! aku dah imagine
macam-macam ini tahu tak.

Dan yang paling aku bersyukur yang amat. masuk semester ketiga ini. dengan classmates
semua dah ngam. dah boleh bawa bergurau apa semua. dulu waktu mula-mula cakap
kelas terpaksa dirombak kan waktu semester kedua, mula tak tentu hala. rupanya ini
dia hikmah tersembunyi. aku rasa lagi better classmates sekarang daripada yang
mula-mula dahulu. syukran Ya Allah!


Maka setelah ini. aku akan amat jarang-jarang bersua muka dengan kesayangan ini.
aku tak boleh buat aku update serupa semester break sebulan lalu. assignment akan
terus-terusan mengganggu hidup aku selepas ini tanpa jemu. belum apa-apa lagi sudah
ada Quiz Costing. jadahnya semua ini.

Konklusinya. nanti ada masa terluang. akanku buangkan di sini. Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)