Mimpi itu harapan.




Seperti malam yang terbuang di kala sepi
aku masih mimpi kan engkau
apa yang aku harap
kau hadir di setiap langkah aku
tapi itu cuma angan bodoh
kau cuma wujud dalam khayalan
ya cuma mimpi
pasrah. terdiam.

Mimpi semalam bagiku indah.
makanya kau juga sedang merindui aku.
aku cuma meneka
tapi aku berharap lagi
tekaan aku itu tepat mengena
walau mustahil untukku sasarkan.

Aku cuma ada harapan
supaya kau selalu datang dalam mimpi
tiada angan secerah itu
lihat kau tersenyum dalam harapan mainan
sudah cukup meruntun segala jiwa yang ada
masyaAllah aku mohon
tuntun jiwa aku supaya lebih menanti.

Aku sering mengubah mimpi itu
harapanku supaya hal itu boleh jadi nyata
aku sanggup
sanggup menunggu selama mana yang mungkin
walau terpaksa merangkak ke langit ke tujuh sekali pun.

Empat tahun sudah mimpiku terukir
aku harap ia cepat berakhir
tidak sanggup aku menahan lelahnya menanti.
penat. semput.

Lihat kau mengukir sebaris senyuman
dalam kotak mimpi itu
sudah cukup rasa jiwa ini tenang
bisa buat aku tersenyum ketika dalam tidur
hebat sungguh panahan rasa kau.

Kau terdiam. aku menyepi.
tetapi mengapa aku dapat rasa 
kita sedang berinteraksi dalam sunyi
dalam longgokan bunga mekar di dalam sana
aku senyap. kau membisu
Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita
In sha Allah kita akan bersua kelak
dalam suasana yang tidak terduga dek akal.

Kau lelaki pertama aku cintai
serta aku mahu lelaki terakhir yang huni lubuk hati ini
kau lelaki suci. aku tahu itu
kau lelaki limited edition. aku perasan itu
kau lelaki rare. aku fikir itu
kerana itu aku rasa tiada ruginya 
aku menanti.

Empat tahun ini aku masih
masih menanti dengan penuh kesabaran
aku cuba tahan segala kehendak serta keinginan remajaku
aku tahu ada hikmah Allah aturkan
Allah lindungi aku dari bahana di luar sana.
Allahu.

Aku tidak menyesal
aku punya akal yang wajar berfikir
kadang aku rasa aku lebih matang dari usia sebenar
bila lihat melalui tingkah laku pula
aku masih remaja hingusan yang perlu di gula-gula kan.

Walau kita tidak berkomunikasi secara realiti
tetapi kita tetap punya talian
talian doa yang tidak pernah putus
aku ada rasa itu. kau juga punya
ayuh kita bicara dalam itu
aku yakin kesyahduan itu dapat di cuit sedalamnya.

Empat tahun sudah aku merindu yang jauh
aku merasakan rindu ini tersangat ikhlas dan indah
aku cuba usap rindu itu dengan kasih meruah
tidak mahu ia hilang apatah lagi makin pudar di mamah senja
aku hendak ia makin mewarna di setiap bangunku
sewarna harapan jiwa yang di limpahi cerahan mimpi.

Aku bersyukur atas percaturan ini
terima kasih kerana memberi aku
rasa rindu yang sebenar-benarnya
aku tidak pernah lagi merasa sakit perindu sebelum ini
pada aku sakit ini indah
tusukannya bahagia.

Tiada harapan lain yang aku kejarkan
cuma aku berdoa supaya kau baik-baik di sana
aku tidak tahu menahu perihal kau bagaimana
walau kaki kita tidak sehaluan
tetapi jiwa kita seiring berjalan di satu lorong penantian
diam. gelap.

Aku harap masa itu berlari sepantasnya
supaya kau tahu aku juga menanti sama
maka kita bisa bina rasa itu
pasti indah khayalan ini jika jadi nyata.
aku tunduk. berserah.

Ya Allah aku mohon padaMU 
usah balik kan rasaku ini
jangan toleh kan jiwa ini pada yang lain
aku masih mahu berada di teratak ini
walau sudah usang pondoknya
akanku bersihkan ia di setiap hembusan nafasku. 

Aku masih mengintai hikmah itu. tetapi sehingga bila?





Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)