Jiwa bersalut nanah.




Aku tertunduk. kaki ditenung lama. cuba berbicara melalui hati bersama kaki. yang hanya
aku fahami bahasa itu sendiri. bahasa kaki. aku cuba beriaksi menggunakan bahasa
badan. orang sekeliling tidak memahami. maka aku guna bahasa kaki. moga ia memahami
rasa aku ini.

Aku juga punya jiwa. aku juga punya naluri. aku juga punya hati. malah aku juga punya
rasa. semuanya cukup serba serbi. sama seperti manusia bernyawa yang lain. alhamdulillah
setakat ini cukup segalanya. aku normal. jadi mengapa kau sukar mahu mendalami
lagu jiwa yang sedang aku dendangkan ini? aku alunkan lagu sedih. kau tidak mengerti?

Jadi aku lupa tentang sesuatu. oleh kerana aku cukup perencah rasa jiwa itu. aku juga
mudah di datangi satu perasaan halus. tipisnya sekadar angin lalu. membisik di jiwa
mengatakan aku mahu makan. ya makan hati. lalu ia pergi merentasi pintu dada.

Makan dalam. atau kata yang lebih indah makanan yang tidak dijual di warung tepi jalan.
aku tak mampu melahap hati melalui rongga mulut aku sendiri. hanya rasa yang bisa memamah
hati hingga ke cebisan yang terakhir. hanya dengan satu rasa yang menyelinap secara
sembunyi mampu meramas hati dengan tiba-tiba lalu memijak hingga lumat. itu makan dalam.

Ini bukan sifat aku. aku bukan seorang heroin yang begitu murahan dengan air mata palsu.
air mata yang aku alirkan apabila situasi itu benar-benar mampu mengoyakkan jiwa aku
sehelai demi sehelai. lalu aku seka air mata berharga itu. jadi aku terfikir sejenak.
untuk apa aku menaruhkan air mata ini untuk sesuatu yang bisa buat orang tertawakan aku
dalam sepi? aku tahu aku kuat. maka aku simpan air berharga ini.

Aku cuba menghantar rasa itu melalui hati. tetapi lalat sedang menghurung makanan secara
berjemaah. lalu rasa aku di biar mati. aku cuba pula menghantar perasaan sayu itu
melalui aliran air jernih. segerombolan nyamuk sedang bermesra yang pasti hanya mereka
sahaja fahami. lalu jiwa aku saat itu terasa di sental berus dawai. tersayat. tersadai 
di penjuru tiang. terbiar.

Lalu aku membawa langkah ini. membawa jiwa yang terbiar. dalam diam. aku cuba menahan
sebak yang sedang berlagu lara di dalam sana. mahu juga aku bisik kan pada jiwa.
mengapa begitu lemah kali ini sayang? awak sentiasa bersama saya. tetapi kali ini
awak mahu bersendirian?

Jika boleh aku aturkan aliran air ini. aku tidak mahu tumpah sewaktu bersama mereka.
kalau bisa. aku mahu peramkan seperti buah anggur. biar masam. biar tiada rasa.
biar semuanya samar belaka. maka aku tidak perlu menahan perit ini.

Kadangkala aku terpaksa menipu dalam senyuman keterpaksaan. aku tidak mahu menunjukkan
aku terlalu membenci sesungguhnya dari dalam. aku terima jika cerita itu di lagukan 
ke telingaku sekali sekala. tetapi jika sepanjang hari nama itu meniti di bibirmu.
aku rasa aku akan mati dalam keadaan berdiri. jasad aku lumpuh. dalam aku bernanah busuk.

Kadang juga. aku cuba belai jiwa dengan pujukan mesra. mungkin itu hanya untuk
hiburan semata sepanjang yang kandung tiada di hadapan mata. aku masih mampu
menerima. tetapi mengapa sukarnya bagimu untuk memeluk erat jiwa ini dan cuba tafsirkan
tsunami ragaku?

Aku tidak tamak. semua ini milik Allah. maka semua boleh merasainya. tidak kira kau datang
dari pelosok mana bahkan di gurun mana sekali pun. namun kadangkala hak itu mutlak
untuk tertentu yang sepatutnya menjadi milik insan yang istimewa yang di kendong
selama sembilan bulan tetapi di ganggu gugat hak itu oleh orang lain. mahu berkongsi
sama perhatian yang sama itu. aku tidak melatah. ayuh kita raih perhatian itu.

Tetapi jika kita sudah sedia maklum bahawa kita hanya lah penumpang di bahagian
belakang dan tidak mampu berada di kerusi hadapan mahupun menjadi pengemudi kapal
tersebut. maka bersederhana itu adalah lebih baik. usah sehingga penumpang di bahagian
hadapan terasa hati mahupun rasa terpinggir dek kerana pengemudi terlalu memberat
kepada penumpang belakang. walaupun hak itu sewajarnya tertakluk kepada penumpang
di hadapan.

Aku paling benci bila diri aku terbabit dalam siri membenci orang. namun jika keadaan
memaksa. aku juga harus berfikir. risau kelak diri aku tiada nilai di mata kalian.

Aku memandang luar cermin kereta. air mata berpusu-pusu menerjah ke pipi. walau sudah
aku cuba menahan gelodak di jiwa. tetap air itu tidak mahu berkompromi. sudahnya aku
biarkan ia turun bersama-sama lebatnya tangisan awan yang memberat. esakan kecil masih
berlagu. sendu juga mengalunkan irama.

Sejujurnya. ini bukan aku. ini bukan sifat mutlak aku. dahulu aku sedikit kasar. aku
keras kepala. aku suka melawan. aku suka memberontak untuk tunjuk diri aku ini bagus.
yang buruk semua datang dari aku. ya itu dahulu.

Tapi kini. aku sudah research tujuan hidup aku. aku yang dahulu kasar, makin berlembut
dari hari demi hari. aku yang dahulu keras kepala, cuba terima kadang cara aku bukan
semuanya betul. aku yang dahulu suka melawan, cari jalan untuk menyekat kata-kata
yang bisa buat hati seseorang terguris. ya kini aku berubah. ada yang peduli.

Juga aku katakan. berduka lara bukan sifat mutlak aku yang tulen. aku yang original
seorang yang ceria. jarang sekali yang lain lihat aku meraung. amat rare.

Jadi kau faham cerita yang aku cuba pamerkan ini? tahniah jika kau boleh olah.
sebab aku sehabis mungkin mengiaskan cerita ini. wallahualam.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)