Kacuk.



Tajuk nak gah. kacuk bagai. kacuk apa perempuan oii. amboi nak marah. relaks ok.
aku akan cerita kisahnya.

Kacuk terhasil apabila aku malas nak create dua entry dalam satu masa. aku busywoman.
katakau. jadi untuk mengelakkan kekangan masa serta mood aku untuk menulis ini masih
tebal beberapa inci dalam diri. makanya lebih afdal aku gabungkan dua kisah dalam 
satu buku cerita aku ini. ha maka terjadi kacukan. mudah.



PART 1: SYAWAL

Mungkin sudah terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kawan-kawan! perghhh
aku rasa macam baku gila ayat aku. lantak. di kesempatan ini aku mahu mensepatah-dua
katakan kisah syawal aku yang tak berapa nak gilang-gemilang sangat lah. menyampah.

sebab apa?

Nak bilang indah pun. aku tak tahu mana yang indahnya. cuma yang paling terindah sebab
boleh pakai jubah kembang bawah tahun ini. bukan jubah sangat kot but more to dress
i think. tapi ada baiknya aku cakap jubah lah. raya kan. dress macam nak pergi dinner
segala apa ada hal kau?

kisahnya jubah aku ini simple bak hang aku cakap. simple nak mati lah aku cakap cuma
manik sedikit. tiga hari sebelum raya aku pergi shopping dengan umi haha shopping dengan
umi apalagi aku kerah duit umi sehabis boleh. contoh anak yang baik. eh?

aku pula jenis yang tak suka labuci labuco crowded atas badan. ok aku geli sebenarnya
liplapliplap sangat ha. aku tak suka then i meant it. seronok betul aku tengok umi dengan
kakak aku beradu tenaga memilih jubah yang penuh labuci di lengan dan sekitar dengannya.
aku pun naik bosan. mata aku tertancap dekat luar kedai First Lady tu ada di gantung
dress kot simple nak mampus cuma kain dia berlipat-lipat. ok susah sebenarnya aku nak
explain. erghh.

Warna hitam. then aku nampak macam 'wowww!'. serius aku monolog dalaman ketika itu.
aku pun apalagi. terus pergi dekat salesgirl tanya baju itu ada saiz ke free saiz ke 
macam mana. kemudian dia tunjuk lokasi baju tersebut di gantung di dalam butik. aku
terus terkam. amboi.



Dalam hati nak beli lah cantik, simple dan elegance. aku tanya pendapat umi dan harapan
aku cuma satu. aku harap umi setuju. itu sahaja. tapi jawapan yang aku terima dari umi
di sambung dengan kakak aku yang begitu meminati jubah yang bermanik itu bercanggah
sama sekali.

"Umi. boleh tak anak umi nak beli yang ini?"

"Haa? tak lawa tak lawa. pilih lah yang bermanik sikit. ni kosong je. macam beli 
dekat pasar malam je tahu? awak ni perempuan ke lelaki ni tak suka manik? pelik betul".

"Alaa. orang tak suka yang bermanik ni. aduh boleh lah umi".

"Pilih yang lain pilih yang lain".

Dan aku letak kembali jubah tersebut. aku pilih yang lain. aku tetap dengan pendirian aku.
tak suka yang crowded. titik. jadi aku tetap pilih yang tiada labuci dan simple. 
yang penting aku suka. senang je sebenarnya jadi aku ini ha. umi sudah give up mungkin
aku asyik dengan material yang sama. maka umi pun setuju dengan pilihan aku.
ha kan mudah kalau bersetuju dari awal? muah!

Baik jubah ataupun baju kurung. aku tak suka yang crowded satu baju dengan sampah sarap.
rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. amboi berperibahasa pula kau.
mungkin aku begini. orang lain pula begitu dan yang jenis suka labuci semua itu.
pendapat masing-masing. rasa masing-masing. maka proceed.

Jenis aku lagi aku kurang suka barang kemas. maksud biasa barang kemas di sini adalah rantai,
gelang dan cincin. aku tak kisah ada ke tak ada. aku tak demand nak minta umi beli kan.
sebab aku kurang minat. sampai satu masa umi tanya dan umi belikan. aku sebagai anak
tak ada sebab tak nak hargai barang pemberian mak sendiri. aku pakai. aku selesa,
aku teruskan. umi tak tanya dan umi tak bagi, aku tak akan minta dan aku tak akan mendesak.
sebab bagi aku itu tak penting pun. tapi bagi sesetengah perempuan penting.
ada, aku pakai. tak ada, aku senyap dan tak ada apa-apa effect pun dalam diri aku. mudah?

Make up dan barang-barang perempuan lagi aku tak pandai. aku cuma ada 
uv-whitening moisturiser dan bedak compact silky girl. aku tengok kakak aku punya lah
banyak barang-barang toner lah, apa lah, itu lah, ini lah. jadahnya aku tak ada.
serius talk aku tak pandai. pernah juga aku cakap dekat someone dan dia mula gelakkan aku.
dan soalan KBKK yang diajukan serta tiada jawapan adalah,

"awak ni perempuan ke lelaki? cuba check semula kot kot salah jantina". you are shit babehh.

Bukan nak kata aku natural. bukan. tidak. tapi lebih kurang macam tu lah. ha lagi satu.
pelembap bibir pun aku baru pandai pakai since sambung belajar tahun lepas. bibir kering.
terpaksa lah.

Aku ambil satu-satu perkara itu mudah. sebab itu hidup aku berjalan dengan mudah.
mendesak dan anggap sesuatu benda itu penting padahal remeh je tak bagi aku.
aku nak memudahkan bakal suami aku nak sara hidup aku nanti. haha miang juga kau.

Kemudian berbalik kepada kisah syawal yang tergantung tak bertali sebentar tadi.

Memandangkan cucu nenek aku sudah boleh di anggap sebagai bukan setakat team
bola sepak mahupun futsal serta netball dan bola keranjang yang mencecah hampir
80 orang kesemuanya. maka jika berkisar tentang duit raya bagi aku baik senyap sudah.
aku malas nak bercerita. sebab buat aku sakit hati tahu?

Aku ingat makin besar. maka makin banyak duit raya aku perolehi. hipotesis aku tak tepat
sama sekali. ku sangkakan hujan selama 30 hari tetapi terkandas di raya pertama.
mungkin ramai lagi yang kecil-kecil. yang besar di pandang sepi. sadis tahu. tak lepas
nak beli mini cooper satu. kejam.

Paling kejam aku rasa. orang ingat aku dah kerja dan dah kahwin. faktor ketinggian aku
mungkin buat orang fikir macam itu. sangat tak adil bagiku!

Over all. raya pertama best gila juga aku dapat godam-godam baby yang aku rasa nak
gigit pipi kalian sampai lebam dan meninggalkan kesan yang mendalam. ok itu melampau.
terubat juga hati ini walaupun tak dapat duit raya sebab orang fikir dah kahwin. spoil.



Raya yang kedua pula umi buat open house dekat rumah. sebab ramai adik-beradik
umi balik Kuantan rumah nenek. then riuh suasana malam itu. seronok habis aku rasa.
macam haha night party ke apa ni oii. memang ramai gila kau bayangkan. aku pula 
rasa nak termuntah.

Ok aku rasa setakat ini sahaja kisah syawal aku yang tak gilang-gemilang macam orang
lain tapi dalam aku seronok sebenarnya malas nak show-off dan buat muka ketat je.

Dan dan tahun ini adalah tahun terakhir aku beraya sebagai remaja belasan tahun.
next year sudah duaplohan. aku rasa cepat betul usia mengejar aku. ouch.

Bosan kan? aku tahu. macam baca buku cerita orang putih bukan? kah kah kah.


***

PART 2: CAMERON HIGHLAND


Aku rasa perancangan untuk ke Cameron Highland ini adalah perancangan yang begitu 
drastik sekali. bagus aku suka plan yang sebegini. kalau plan dari awal, penghujungnya
hanya hampa belaka. sakai. jika on the spot. aku rasa lebih berkesan.

Pergi raya keempat bersamaan hari Ahad. sudah alang-alang mahu hantar kakak semula
ke rumah sewanya di Ipoh, terus cadangkan nak ke Cameron Highland. bersyukur
sebab hari Isnin aku tak punya kelas apa pun lagi. jadi aku boleh join the club sekali. yahoo.
kelas aku bermula hari Rabu. yahoo sekali lagi. yahoo yahoo.

Gerak dari Kuantan ke Ipoh dari jam 7 pagi sehingga jam 12.30 tengahari macam itu lah.
wow pungkuk aku kematu duduk dalam kereta. gelisah sana sini. bangun tidur dan
bangun tidur kemudian bangun. pelik juga tak sampai-sampai ke destinasi lagi ini.

Singgah RNR Temerloh untuk breakfast sekejap. then sambung pergi sampai Ipoh.
bosan tak duduk dalam kereta cuma tidur dan tidur dan tidur tahu?

Sampai Ipoh. pergi rumah sewa kakak kemudian solat apa semua dulu then nak gerak
ke rumah Ayah da. Ya Allah! dari Ipoh ke Chemor bapak ah jauh gila. bapak ok bapak.
kawasan perumahan dua tingkat tapi nak masuk ke dalam macam nak masuk ke hutan.

Then beraya rumah Ayah da apa semua kemudian umi cakap dekat Ayah da nak turun
ke Cameron Highland. then Ayah da's family pun nak join sama. on the spot betul.
then Chek da terus naik atas kemas baju-baju anak dia semua. anak tiga orang semua
kecil-kecil lagi. seronok lah Alan, Aqeef, Asha main dekat bawah tunggu mama kemas barang je.

Gerak jam 5 petang. aku mengaku sepanjang 19 tahun aku hidup ini pertama kali aku
jejak kan kaki ke Cameron Highland. excited? mungkin separa sebab aku macam kena
culture shock sepanjang dalam perjalanan nak naik ke puncak yang di namakan 
Cameron Highland. 

Aku rasa dalam jam 10.30 malam baru sampai. pening tak pening sepanjang jalan asyik
berpusing macam nak drift pun ada aku rasa. memang aku rasa nyawa di hujung tanduk
katakau. memang kena fokus. aku respect abah sebab boleh fokus sepanjang jalan
selama 5 jam berpusing naik ke puncak. kalau hilang fokus. tak kereta menjunam ke
bawah. kereta lain naik atas kereta kita. memang kena banyak berzikir lah.

Sampai jam 10.30 malam. terkejut aku tengok suasana dekat situ. dengan jalannya yang
sekangkang kera dan begitu sempit sekali. dekat Brinchang ada pasar malam so dengan
orang jalan kaki laginya lah. aku rasa kebarangkalian nak tergilis kaki begitu tinggi sekali.

Jadi Brinchang begitu ramai. kami gerak ke Restoran Hotel Titiwangsa tak silap aku.
Ayah da ajak makan steamboat dekat situ. perghhhh aku mana pandai makan yang
barat-barat ini. kekok rasa mak noks. sempat aku tanya umi,

"nak order nasi goreng boleh tak umi?"

"alah Ayah da dah order untuk kita set steamboat untuk enam orang dah pun. alah dekat
sana nasi. dekat sini pun nak nasi juga ke".

Aku pun buat blurr. guana entah nak makan benda alah ini. ok selepas perhatikan
sorang-sorang makan. lalu aku lebih expert kutip barang-barang dalam periuk steamboat itu.
like a boss. kambing.

Perut aku sudah membuyung ke hadapan. penat tahu makan. dalam jam 11.30 malam
kami gerak cari hotel atau apartment. ramai orang jangan cakap lah oii. pergi waktu
musim perayaan feeling-feeling dapat tenangkan fikiran. jadah apa. bukan makin tenang.
makin berserabut otak aku.

Lepas makan gerak ke Tanah Rata pula. nak masuk ke Tanah Rata dalam sejam lagi
main pusing-pusing. benda yang aku makan tadi rasa nak muntah hijau semula. mual bak hang.
untuk elak semua itu. aku tidur. tapi masih rasa. ouch.



Ini masa dekat ladang teh kot. perghhh biasa aku tengok dalam tv je. hari ini real.


Line membangangkan dirinya. lalu aku minta diri dulu ya. jumpa lagi. Assalamualaikum.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)