Warkah jiwa.




Jika bulan bisa memahami bahasa manusia. akan aku mengadu lelah jiwa yang sedang
bersemak di hati tika ini.
Jika bintang mampu mendalami lirikan dalam sang mata. mungkin ia tempat aku 
meluah resah yang abadi kekal di dalam sana.
Aku tahu. kadang-kadang aku terlalu mengukir harapan palsu.
 
Aku tahu juga. harapan itu kadangkala bukan sering menjadi yang terpenting.
Dan akan menjadi yang paling penting jika orang itu terlalu berharap.
Nama lagi harapan. untuk masa hadapan. tak pasti kau dapat garap atau tidak.
Maka usah terlalu membina bongkah harapan di persada langit sana.
Kelak kau merana sendiri. mati raga wahai jiwa.

Kadangkala corak yang kita ukir pada kertas harapan terlalu melimpah ruah.
Sehingga tiada ruang kosong. manfaat sepenuhnya.
Maka sehingga satu tahap corak yang di ukir di musnahkan oleh si pengkhianat.
jiwa di ibaratkan baru sahaja di landa gempa bumi yang terbesar. tersayat mati. kosong.

Aku juga begitu. sejak empat tahun lalu aku kini sedang giat mencorak angan dan
harapan di atas kertas jiwa berlatar belakangkan keindahan fantasi.
Aku hidup dalam bayang-bayang sang pencinta tegar. setianya aku usah di tanya.
Jiwa aku mati sejak empat tahun lalu. lelah aku hidupkan kembali sesuatu yang sudah 
terkubur tidak bertanda. hanya Allah yang tahu.

Luaran aku kelihatan aku suka melawak dan bergurau senda dan orang akan pandang
aku seperti tiada masalah jiwa.
Padahal dalam aku tiada siapa tahu. kosong aku tidak terisi. sunyi aku tiada hiburan.
Aku bijak dalam menghiburkan teman. tetapi hiburan untuk aku cuma kosong. zero. tiada.

Tetapi dari sudut positif. aku terfikir keindahan hikmah yang Allah susun untuk hamba-Nya ini.
Aku tahu di celah celahan cabaran dan dugaan yang DIA bentangkan di hadapan aku.
terselit satu dua atau tiga hikmah yang mungkin tidak kelihatan lagi di padangan
kasar aku. aku tahu Allah tidak pernah menghampakan hamba-Nya.

Aku juga punya keinginan. aku pun punya fitrah yang sama. tetapi alhamdulillah setakat
ini aku mampu kawal. kawalan jiwa supaya bersabar.
Allah suka orang yang mampu mengawal kesabarannya. maka tidak salah jika aku bersabar
sebentar lagi. empat tahun aku boleh tunggu dan menanti tanpa jemu.
Tak akan cuma empat hari atau mungkin empat minggu juga kebarangkalian empat bulan
aku sudah give up dan menyerah lalu pasrah? itu bukan aku.

Semua orang pernah di uji. aku juga pernah di uji. ujian terbesar seumur hidup setakat ini
yang pernah aku terima adalah ujian lelaki.
Lelaki nampak macam sesuatu yang remeh. mudah. simple.
Tetapi di sebalik perkataan lelaki itu sebenarnya malapetaka lebih hebat dari angin.

Aku di uji bagaimana mahu mengawal nafsu di samping lelaki ini. aku rasa ujian yang
Allah tampilkan di hadapan aku begitu berat sekali. sukar.
Dengan mulut manis bak madu di limpahi semut hitam di bibirnya lancar
mengeluarkan kata-kata.
Aku hampir jatuh ke gaung. hampir. mujur Allah selamatkan aku dengan tali kesedaran.
Allah buka minda aku untuk fikir lebih jauh. lebih matang.
Lelaki seperti ini kah yang aku ingin dambakan untuk menjadi imamku suatu hari nanti?
Jawapan aku tidak. aku tidak gemar yang murahan. demi Allah.

Bila lelaki ini sudah makin berani menunjukkan belang. aku tahu ini sudah pengakhiran
ujian buat aku.
Tidak perlu aku teruskan sandiwara ini walau hanya memandang rupa.
Aku noktahkan segala kisah di catatan memori usang aku.
Allah tanam rasa tidak suka padanya selepas itu. dengan mudah perasaan itu berlalu pergi
dan jauh. alhamdulillah Allah permudahkan urusan jiwa aku.
Allah sekadar menguji di mana paras iman aku. dan ternyata aku masih punya iman.
masakan tidak. lelaki ini sentuh tangan aku dan sejak dari itu aku tanam rasa benci
untuk selamanya-lamanya.
Bagi sesetengah orang pegang tangan bersentuhan itu normal untuk zaman sekarang.
Tapi bagi aku itu sesuatu yang jijik. parent aku tak pernah didik aku jadi manusia keji.

Lelaki sebegini cuma hanya ingin mengambil kesempatan. 
Jangan percaya jika dia mengatakan dia mahu memperisterikan kau setelah apa yang
kau miliki sekarang telah di cerobohi. tiada nilai. 
Perempuan bodoh. dia akan percaya bulat-bulat.
Hanya perempuan yang bijak dan matang. dia mampu berfikir dua tiga kali untuk lelaki sebegini.
Perempuan tak pernah sedar sebenarnya dirinya lebih berharga dari batu permata.
Percayalah.

Aku tahu Allah sedang menulis cerita yang begitu comel yang aku tak pernah sangka
akan dapat untuk hamba-Nya ini. aku tahu.
Aku hanya perlu bersabar sedikit lagi supaya jalan ceritanya lebih indah.
Aku tidak kisah jika aku terpaksa menelan rasa kesunyian jiwa ini sementelahan kelak
aku dapat merasai keindahan cerita yang menakjubkan untuk aku duduki di atas sana.
Biarkan jiwa aku sunyi. aku tidak sunyi sebenarnya. aku masih punya Allah. trust Allah.

Tabahlah jiwa. mungkin insan di sana juga sama seperti kamu. 
menunggu sang rembulannya tak kunjung tiba. kerana Allah masih meletakkan jurang.
Meletakkan jarak antara dua pemilik hati. supaya lebih merasai nikmat kesabaran.
Tembok besar ini akan aku jaga sehingga tamat tarikh tempohnya. 

Bila agaknya ya? aku penasaran.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)