Untuk seketika, maafkan aku.




Assalamualaikum. sementara menunggu video untuk assignment english yang perlu di hantar
kepada Madam Rin by email sedang loading macam kura-kura lagaknya dan mulut aku
seperti gatal mahu menyebut haiwan harommm itu lebih baik aku mengapdate sepam dua.

Dua jam aku tunggu untuk loading video itu. baik aku sabar.

Mengikut firasat minda kecil aku. sudah hampir sebulan aku tidak menjengah ke sini.
bukan apa, aku sibuk sebenarnya. kah kah kah bajet sebentar. dalam sebulan ini
macam-macam sudah berlaku dalam kehidupan seharian aku. rumit.

Bukan aku mahu mengadu. jauh sekali mahu menempelak. tetapi pada aku. kalau kita nak
tahu perangai seseorang itu yang tulen lagi asli. mohon duduk satu rumah dengan dia.
maka dari situ kita akan tahu dia macam mana. bagaimana? sikap sebenar pasti timbul ok.
yakin. 

Di luar, lain. bila bersama di dalam, lain. maka ini palsu belaka. sumpah.

Pada aku. aku tak peduli langsung orang begini. jadi aku cuma beri kata maaf sekali
walaupun alasannya kolot semata. aku tidak hairan jika aku jadi insan pengalah itu.
walaupun aku tidak tahu apa sebenarnya salah aku. tiada ruginya mengalah dalam berkawan.
yang rugi apabila ego menjadi batu penghalang pada persahabatan yang terjalin. itu.

Mengalah itu bukan bermakna kau kalah sebelum bertanding. itu kemenangan dalam diri.
semat dalam-dalam.

Aku senang mengalah dalam apa jua situasi sebenarnya. aku tidak suka bermasam muka
bermuram durja sana sini. aku akan kekok. jadi jalan pintas. aku mengalah. oleh sebab itu
mungkin orang suka pijak kepala aku dan ambil kesempatan atas kelemahan aku yang satu
itu. bingung.

Sudah aku bilang. kata maaf hanya terbit sekali cuma. tiada yang kedua mulai kini. 
aku tidak mahu jadi bahan pijakan orang lagi. cukup sekali. teman aku pesan begitu.
setelah kata maaf telah aku beri lalu kau masih menonong buat taik. kau boleh hidup
dalam dunia kau sendiri teman.

Aku tuju kata maaf tetapi tiada respon. sunyi. aku rasa seperti kena omol taik lembu
di muka. tahu malu itu rasa bagaimana?

Patut orang kata penat jaga hati orang. setiap langkah perilaku kita kena sentiasa ikut
kehendak hati manusia lain. kalau seorang tak mengapa, tetapi kalau 10 orang macam itu.
mahu mati berdiri semuanya.

Luar aku memang keras. tetapi dalam aku lembut macam jelly. aku cepat tersentuh.
kalau tidak, macam mana Syafiqah kata nak berbuka dekat luar tempoh hari aku tiba-tiba
jadi sebak lalu menitik air mata. feeling katakau. entah mengapa.

Bila aku mula sedar semua sudah besar dan boleh berfikir secara matang. aku mula
terduduk. jadi selepas ini tak perlu terlalu menjaga hati. ala kadar cuma. tak rela kepala
setiap masa di pijak oleh orang yang sama. titik.

Habis cerita pertama. ayuh sambung kepada cerita kedua.

Semester kedua aku acap kali di mark oleh Cik Fardhila setiap kali kelas Law beliau di kelas aku.
aku pun tak pasti cik Fardhila mark aku sebab aku selalu duduk depan dan mulut potpetpotpet
tanya soalan atau sebab test 1 aku dapat highest mark. setiap kali kelas nama aku pasti
di sebut.

Lalu semester ketiga ini pula aku di mark oleh Madam Rin gara-gara Madam Rin kenal
umi aku. kalau bagi contoh apa-apa, mesti nama aku. sebab Madam Rin tak hafal nama yang
lain. nama aku simple dan mudah. tick. alasan di terima.

Untuk projek English yang kedua. setiap group kena hasilkan satu video yang menunjukkan
itu adalah Prosesses and Procedure. aku group dengan Syafiqah jadi memudahkan kami
untuk buat something dan benda yang kami pilih untuk assignment kali ini adalah
'How To Make Biscuits Merry' atau nama lain Cake Batik. Syafiqah punya idea nak buat
nama Biscuits Merry segala. nak lain daripada yang lain sangat.

VIDEO TAK BOLEH UPLOAD PULA DAH NI KENAPA??!!!!!!! INTERNET SERVER DOWN
APA BENDA. MUJUR TENGAH PUASA. SABAR YE AIN.

Siapa nak cuba. boleh cuba. ternyata idea minah ini boleh pakai. lepas siap terus makan.
perghhh ok perghh! lokasi di rumah sewa dan background sangat tak terurus. biasa lah
rumah anak dara yang bujang semuanya. muka masing-masing tengah penat baru balik
dari bebuka puasa di luar. balik rumah terus masuk dapur dan record video ini.

Nak bercakap pun macam nak tak nak saja. nasib baik semua keluar dan boleh buat
video ini tanpa rasa malu. woi sambil speaking woi. mohon Madam tenang melihat video
yang kami buat selama 12 minutes something ini tanpa rasa bosan.

Kemudian. hari itu berbuka dengan classmates sekolah menengah dekat padang. ok sangat
best. selepas berbuka solat then lepak Teluk Chempedak kejap. lepas dah rasa TC
sangat bosan gerak pergi Kuantan Parade sebab Farhan dengan Syafiq nak karaoke
dekat situ. sementara tunggu mereka kami lima gadis merayap sekitar ruang legar
usha baju raya. nasib baik aku dah berjanji nak beli dengan umi. kalau ikutkan nafsu,
nak juga angkut sehelai dua.

Then pukul 10 mall tutup sudah. kami naik tingkat dua pergi tempat karaoke dorang.
perghhh sampai 11.30 menggila dekat situ. kami terpaksa tunggu sebab nak suruh 
hantar balik punya pasal. nasib baik kelas esoknya jam 10 pagi. tak apa Farhan tak apa
aku tunggu kau. 

Berapa kali aku remind janji jam 11 nak gerak balik. tak habis habis lagu last pleaseeee
lagu last please ye please. puihh.

Dalam 11.35 mungkin kami bertujuh gerak turun pergi tempat parking. cuba bayangkan
kereta Myvi yang sekangkang kera itu di sumbat dengan dua lelaki di bahagian hadapan
dan lima gadis di bahagian belakang. nampak tak dekat situ oksigen tersekat di skala enam.
Syafiq pula sepanjang drive buat lawak bodoh yang sumpah bodoh itu dan kami 
di belakang penat gelak. naik kereta Hafiz semua senyap sebab Hafiz bajet cover macho
depan perempuan. ciss.

Then hantar aku, Solehah dan Teha balik rumah sewa dulu. kalau umi tahu ini, nahas aku.
kepercayaan umi tak aku kotori lagi.

Untuk modul Soft Skills. kami harus buat Mini Projek yang menyumbang sebahagian
besar untuk lulus seterusnya layak pergi praktikal semester depan. by group kena pilih
satu tempat dan kena buat meeting dalam kelas. meeting tu dah pun selesai dan 
sambil meeting lecturer ambil markah dari situ. one group by one group kena pergi depan
kelas then meeting macam betul ok sambil di saksikan satu kelas.

Majoriti nak pergi camping. poyo korang semua. yang aku tak tahannya nak gelak.
Syafiqah dia tak pernah pergi camping apa-apa pun dan sebagai AJK Makanan.
dia siap nak buat barbeque setiap malam sepanjang camping itu. semua pakat gelak.
lawak ok. then aku explain slow-slow.

Aku sebagai Naib Pengerusi dan Ecah sebagai Pengerusi tak banyak sangat tugas dan
aku banyak juga menyampuk dalam meeting tu. kalau bab-bab bercakap, bagi aku.
sepanjang meeting itu, semua buat muka serius padahal dalam nak gelak gila sebab
tengok muka masing-masing habis serius. macam meeting betul-betul pun ada tahu.

So ada empat group maka ada empat lokasi yang berlainan. paperwork dan minute meeting
pun dah buat. lecturer akan decide sendiri tempat mana yang terpilih dan menjimatkan
kos. andai kata lokasi group aku terpilih, maka group aku kena handle semua untuk
satu kelas. k.

Seperkara lagi. kelas aku cuti raya sehingga 13 August. yang lain 11 August dah kena
berangkat pulang sebab isnin ada kelas. classmates aku habis kautim dengan lecturer
nak cuti raya lagi. terima kasih banyak-banyak lecturerku sayang. 

Maka aku boleh cuti sepuasnya. tak sabar ok nak raya! akanku update cerita raya nanti.
nantikan.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)