Lara.



Untuk kau: Mrs. Perfecto.
Dari: Aku yang tak matang.

Aku tak tahu mana salah aku.
Puas aku buat research tentang diri aku pada pandangan kau.
Bagi kau.
Mimik muka aku semua buruk.
Semua macam sampah sudah berkurun tak di buang.
Segalanya macam tahi.
Very the shit.

Sudah aku bilang.
Kalau kau tak suka.
Kau boleh pergi mati dengan pandangan buruk kau pada aku.
Aku tak kisah.
Tapi semua itu hanya bergema di hati.
Kau tak pernah dengar.
Sebab itu kau masih bergantung pada aku.

Mungkin salah aku.
Aku yang tersalah memilih dalam pencarian aku sebelum ini.
Aku yang terlalu gopoh terhadap paras.
Salah aku sebulatnya.
Pilih kau sebagai teman sebantal.

Memang kadang aku jahat.
Kalau aku tak suka attitude orang itu.
Reaction aku terhadap orang tersebut totally 100% berbeza.
Aku layan lebih kurang.
Aku pendam lebih banyak.
Sebab itu aku meluat bila berhadapan.

Tapi aku tak benci.
Tidak sama sekali.
Menyampah aku ada sebab dan musabab.
Tak ada masa aku nak benci orang tanpa reason.

Aku jenis yang suka menyimpan sesuatu di hati.
Aku bukan jenis yang suka sound direct bila aku tak puas.
Itu bukan sifat aku.
Tapi aku tabik spring orang ada sifat sebegitu.
Berani. kuat.

Disebabkan aku adalah penyimpan.
Bahana terlalu menyimpan rasa sakit di dalam.
Bila tiba masa sudah sampai ke kemuncak.
Mahu menggigil satu badan.
Peluh merecik di dahi.
Jantung berlari dengan kadar kelajuan luar biasa.
Fokus jauh terbuang ke dasar.
Lalu air mata deras menuruni bak air terjun.

Kau tak pernah terfikir.
Kenapa aku dan perempuan itu duduk bersama.
Hampir satu tahun setengah.
Tetapi kami tak pernah bergaduh atau bermasam muka.
Kau juga tak pernah terfikir,
Kenapa reaksi aku berbeza terhadap kau lately.
Cuba muhasabah diri.
Perbetulkan mana yang silap.
Aku juga.

Bagi aku.
Daripada aku sakit hati terima respon orang.
Baik aku buat sesuatu itu sendiri walaupun kerja berjemaah.
Biar aku rasa sakit satu ini.
Daripada aku terima satu lagi rasa sakit di hadapan.

Sejujurnya aku.
Sudah puas menjaga hati orang.
Aku sudah cukup penat menjadi hamba perasaan manusia.
Sekeliling aku.
Sehingga hati aku dibiar berdarah nanah.
Aku sudah lelah nak menang dalam perlumbaan ini.
Berlumba untuk kejar hati manusia bila aku tersalah laku.
Bodohnya aku.
Demi Allah aku kata.
Aku terlalu bengap dalam bab ini.
Aku sering kali tewas dalam percaturan hidup.

Kalau aku jahat.
Kalau aku terlalu membenci.
Tak aku bersusah payah tunggu kau yang lambat.
Setiap pagi ke kelas.
Tunggu di luar koridor flat.
Baik aku naik bas secepatnya.
Yang sering tertinggal sebab kau juga.

Kalau aku terlalu menyampah.
Aku tak akan ajak kau berkongsi makanan.
Aku akan biarkan kau kelaparan.
Biar.
Tapi aku tak sampai hati.
Itu maknanya aku masih ada rasa kasih.

Kata kau.
Adakalanya aku mengongkong hidup kau.
Bila masa aku suka jaga tepi kain orang pun.
Aku tak tahu.
Tetapi mungkin kau silap tafsir.
Aku cuma nasihat kadangkala.
Fahaman kau aku cuma mahu mengongkong.

Tak ada waktu aku mahu peduli.
Hal hak asasi orang lain.
Banyak lagi kerja aku boleh buat.
Daripada terus menerus mencungkil hal peribadi manusia.
Kerja sia-sia.

Sekarang aku sudah takut mahu menegur salah kau.
Aku sudah terhenti untuk nasihat kau.
Sebab kau bukan jenis yang menerimanya dengan terbuka.
Dalam aku.
Aku rasa bersalah sebab terus perhati kau melangkah bersama salah silap.
Sebabnya teman yang baik akan sentiasa menasihati temannya.

Disebabkan rasa takut itu.
Kini aku admit.
Aku bukanlah kawan yang baik untuk temanku.
Sebab aku tak berani untuk nasihat.
Walaupun nasihat itu tetap harus diberi.
Sedangkan orang tersebut tak sudi untuk menerima.

Bila kau tak suka orang peduli hal kau.
Jadi fahaman aku pula.
Semua benda kau tak suka orang peduli.
Maka memang totally aku tak peduli langsung.
Kau pula melenting tak memasal.

Bila hati aku sudah tawar tak bergula.
Memang aku akan buat bodoh.
Aku masih boleh bergurau dan gelak.
Tapi dalam aku.
Sudah lama berhujan lara.

Kau kata lagi.
"Be matured, please?".
Aku tak faham sebenarnya.
Siapa yang tak matang sekarang ini.
Aku.
Atau kau si perfecto.



Ikhlas dari hati ke hati,
manusia yang kau kata tak matang.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)