Kemahiran lembut.



Kemahiran lembut di sini membawa maksud Softskill ya anak-anak. bukan kemahiran menjahit
mahupun kemahiran memasak di rumah itu. tetapi Softskill ini termasuk dalam silibuse
untuk semester ketiga aku di Politeknik dan bagi melayakan diri ke Industrial Training.
(latihan industri) pergh. speaking bak hang engko.

Sebelum aku mulakan kisah indah ini, mari aku show-off kan satu gambar yang bagi aku
awesome bapak ah bapak. bapak di sini 'sangat' ya.

Entah kenapa. aku cinta akan gambar ini. sebab gambar ini nampak aku begitu tinggi 
daripada yang lain walhal aku sememangnya antara yang tertinggi. bajet.

Event ini berlangsung pada hari Isnin 23 September bersamaan tahun 2013. aku tak
pasti ayat apa yang patut aku ungkap untuk imagine kan hari yang terindah ini
tetapi over all memang enjoy gila nak mati. 


Sukaneka yang ajk arrange kan pun kami tak dapat expect tahu. memang aku sangka 
sukaneka macam biasa main-main itu ha. tetapi ini sukan lagi gila. yang aku tak expect,
yang itu muncul dan menggelikan serta jijik. ergh.

Saat paling seronok bila bermula dari warming up sehingga ke habis acara. kerja aku
asyik menjerit hampir hilang suara ha. bukan setakat nak hilang suara tapi waktu
main langsung tak fikir apa-apa. masalah semua campak tepi pantai. mind set datang
nak enjoy puas-puas. bukan selalu dapat bersama macam ini dan nasib baik ini
wajib untuk 30% markah silibuse Softskill.


Aku tak tahu lah bila aku dalam gambar aku fotogenik atau fotogedik. sebab selalunya
kalau dalam gambar kekadang aku menyampah sendiri tengok mimik muka diri sendiri.
taik aaa.

Aku rasa sangat gadis bila pakai tudung pink dan kasut pink. begitu gegirl sekali.

Bagi aku. semua game di luar kotak pemikiran kami semua kot. part paling best dalam
antara semua game part kena minum air gas yang dalam tin sampai habis then 
bila dah habis kena penuhkan tin itu dengan air menggunakan sudu secara bergilir-gilir
dalam group. lenguh tak lenguh berlari ulang alik tak payah cakap aaa kan.

Aku group two dengan hafiz, asrina, kavitha dan vivega. group pilih secara random.
memula itu rasa spoil gila aaa kan kenapa tak group sekali dengan auni, anis, syafiqah
mood down gila nak main sebab tak sama group bapak bebudaknya. nak tak nak.
terpaksa redha aaa. 

Rupa-rupanya group two ini bawa tuah. hahaha berlandaskan suara aku yang agak
lantang dan nyaring sekali ini aku jerit bila part group's member sedang dan tengah
tercangok-cangok nak habiskan game yang sememangnya suara aku aje yang paling
kuat waktu itu. suka betul aku.


Setiap games yang kami main ajk akan ambil mata. jadi semua games kumpul mata
untuk tahu group mana first, second, third, forth, fifth semua. yang tak boleh blah
group two iaitu group aku yang dapat first prize! yehoooo! tak sia-sia aku buang
suara jantan aku. kahkahkah.

Mula-mula tak sangka sebab group first main bapak aaa mentipu dan asyik menang dan
memang akhirnya group first dapat second prize saja ok. puas aku.

Dan game yang paling kotor yang pernah aku main seumur hidup aku bila nak cari
coklat dalam tepung. itu aku tak berapa nak kisah. yang aku kisahkan bila dalam
tepung itu berserta dengan telur yang pure dan fresh. pergh. 

Orang first dalam group aku yang pergi cari coklat dalam tepung itu hafiz. aku pelik
gak aaa kenapa lama semacam dia dekat situ padahal ambil coklat je pun then aku
jerit aaa, "cepat apih..cepat apihhhh" sambil perati group lain pun still mencangkung
dekat tempat yang sama. jadahnya.



Sebelah aku itu lah Hafiz. then bila aku tengok hafiz dah ambil coklat itu. mulut dia
habis berlendir. aku pun berlari lah dekat tempat kejadian sebab lepas dia, aku.
aku sentap kejap aaa. pebenda berlendir jadahnya ni. 

Lama jugak lah aku nak decide benda aku patut buat sebab terkejut kegelian ya ampun buk.
paham tak telur kuning itu hafiz dah pecah kan dalam mulut dia dan muntahkan balik
dalam polisterine tu dan aku dalam keterpaksaan nak menang dan tak nak lambat dalam
game ini terpaksa ambil coklat yang berlendir campur telur dengan tepung itu dalam
keadaan penuh geli. muka habis aku benam dalam polisterine. pergh. macam telur letak gula
aku rasa sebab manis lain macam oii. 

Patut pun hafiz lama semacam termenung depan polisterine tu. choii. dengan muka penuh
dengan lendir telur patah balik dekat group uwekk uwekk. bila ingat part terpaksa
benamkan muka itu aku rasa erghh erghh sangat. 


Aku rasa memang tuah aku hari ini bila main musical chair dengan bebudak kelas seramai
29 orang mungkin dan aku juara untuk games ini. fokus tak fokus aku main game ini.
nampak tak permainan dia. 

Sarah siap sound sebaik sahaja tamat game ini dan aku tersenyum puas. hahaha

"Lepas ni tak payah lah ajak Ain main. sebab tahu dah dia menang.." -Sarah

Maafkan lah saya. bukan salah saya. saya tengok dan dapat agak bila fazlina nak 
hentikan bunyi musik itu aaa. itu macam. aku pun tak expect senanya.



Lepas habis sukaneka. kami gerak pergi ber-barbeque pula. waktu ini lecturer kan
dah balik. so enjoy tak payah cover sangat aaa.

Yang best. makan memang puas. sukati bapak hang lah nak makan nasi goreng, mihun
jadah apa pun bila masa dan waktu serta ketika pun yang hang mahu. serius mihun putih
bapak gila sedak oii. 

Akhir sekali penyampaian hadiah. dalam jam 4 something kot semua bersurai. 
aku, syafiqah, anis, auni, fandi naik myvi pergi karok. dengan bau telur, seluar penuh
corak tepung, muka selekeh. masuk mall semua macam pandang pelik. pasukan apa
semua baju hitam macam baru habis bersukan. amendeee.


Yang tudung pink tu muka bangga dapat konker hamper satu sebab menang musical chair.
kambing aaa.

Last but not least.


Makanya, esok pula adalah Family Day Dip. Akauntansi. bayangkan, dalam satu
minggu buat dua sukaneka. memang mimpi aaa nak datang kan. dan paling heaven
minggu ini adalah minggu paling relaks sebab tak belajar sangat pun. perghh.
bagus. heaven aaa sangat final kau nak taram apa jadah.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)